Khamis, 20 Ogos 2009

Awas ! ! ! DNA pun boleh dipalsukan

Berdasarkan berita dibawah yang sudah pun berlaku dan betapa pantasnya pergerakkan sesuatu perkara baik berupa musibah seumpama influenza A(H1N1) yang merebak dari satu negara kesatu negara lain, atau berupa ciptaan teknologi baru seperti kejayaan seorang penyelidik di AS yang telah berjaya membuktikan bahawa asid deoxyribonucleic (DNA) boleh dipalsukan.

DNA boleh dipalsukan


SATU babak dalam drama bersiri CSI: Crime Scene Investigation. - Gambar hiasan


WASHINGTON - Seorang penyelidik berjaya membuktikan bahawa asid deoxyribonucleic (DNA) boleh dipalsukan, demikian menurut kajian yang diterbitkan jurnal Forensic Science International: Genetics.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, Dr. Dan Frumkin mendedahkan bahawa, penyelidik mampu memadamkan semua kesan DNA daripada sampel darah dan memasukkan bahan genetik individu lain di tempat kejadian jenayah.

Pertukaran sampel tersebut turut berjaya memperbodohkan saintis forensik yang menjalankan ujian pengesanan cap jari untuk pengesahan bukti DNA bagi kegunaan penyiasatan mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sendiri.

Perkembangan terbaru itu mungkin mencetuskan senario sampel darah atau air liur yang lazim menjadi standard DNA diubah dengan individu tidak bersalah.

"Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau tisu lain, anda boleh menjadi jurutera kejadian jenayah. Pelajar biologi di universiti pun boleh melakukan perkara ini," katanya yang memiliki sebuah syarikat pengeluar kit pengesahan DNA asli.

Sampel material DNA mudah diambil daripada gelas kosong, puntung rokok, bulu rambut atau gula-gula getah. Syarikat milik Frumkin juga membangunkan 'kod bar' genetik daripada 20 tempat di tubuh manusia yang membentuk sebuah perpustakaan DNA.

Pakar forensik terkenal, Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik dibiayai kerajaan British ketika mengulas isu itu berkata, penjenayah yang hebat sekali pun sukar mencapai peringkat mengubah DNA. - Agensi


Didalam keadaan yang sebegitu rupa, maka usahlah kita merasa hairan, jika ada individu-individu tertentu yang berpengaruh didalam masyarakat dan menyedari dirinya menjadi saingan kepada pihak yang kini sedang berkuasa didalam negara dan sedang dikenakan tuduhan-tuduhan tertentu yang telah enggan memberikan sampel badannya untuk di DNA.

Rupa-rupanya kebimbangan individu tersebut memang berasas, berdasarkan berita diatas adalah jelas bahawa jika sesuatu pihak mahu melakukannya memang boleh.

Tambahan pula didalam zaman modern ini, pembunuhan secara fizikal seperti mana yang dilakukan oleh Raja-Raja di zaman dahulu terhadap pesaingnya tidak boleh dilaksanakan lagi, oleh itu pilihan yang ada ialah membunuh kariernya.

Antara cara yang paling mudah untuk membunuh karier seseorang ialah dengan mencipta sesuatu masaalah kepadanya, setelah itu diperlukan bukti, maka berdasarkan berita diatas yang DNA boleh di manupulasi, bolehlah dipaksa kepada individu terbabit untuk memberikan DNAnya, setelah diperolehi DNA tersebut maka pandai-pandailah untuk menjadikannya seperti benar-benar terjadi.

Oleh itu kepada pihak-pihak tertentu yang gemar memanggil individu terbabit dengan berbagai-bagai gelaran sedangkan ketentuan bersalah atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu, maka saya menyeru supaya anda berpada-padalah.

Saya ada juga menulis mengulas terhadap tokoh-tokoh tertentu yang tidak sehaluan dengan saya tetapi tidak pernah sampai memanggilnya dengan gelaran-gelaran buruk, mencarut atau yang sangat mengaibkan...............semoga kita sama-sama menjaga adap dan tata susila didalam menulis blog.........................sekian.











Tiada ulasan: