Jumaat, 28 Mei 2010

Subsidi di mansuhkan... wajarkah ?

thumbnail

KUALA LUMPUR: Subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak dicadang dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan ...(Berita selanjutnya)

Sesungguhnya pasti pelbagai pendapat akan menyusul berkaitan dengan cadangan kerajaan yang mahu menghapuskan pelbagai subsidi barangan yang selama ini ditanggung oleh kerajaan.

Malah bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Malaysia mungkin menjadi sebuah negara bankrap dalam tempoh sembilan tahun lagi jika dasar pemberian subsidi masa kini tidak di mansuhkan.

Begitulah gerunnya amaran yang diberikan oleh pihak Kerajaan sebagai permulaan kempen "mansuhkan subsidi" yang dilakukan sekarang.

Persoalannya apakah tindakkan memansuhkan subsidi itu betul ?

Apakah kesannya nanti kepada rakyat yang berpendapatan rendah, sudahkah dicongak akan untung ruginya didalam tindakan yang bakal diambil itu. ?

Apakah kita sudah lupa kepada kesan yang diambil oleh Pak Lah didalam tindakkannya menaikkan harga petrol sebanyak 70 sen seliter dahulu ?

Inilah masaalahnya, didalam keghairahan kita untuk mengatasi masaalah, kita kadang-kadang sengaja mencipta masaalah.

Contohnya didalam menghadapi masaalah depisit belanjawan sekarang ini, cara mudah yang kita cuba ambil ialah dengan memansuhkan pelbagai subsidi, alasannya ialah subsidi tersebut turut di nikmati oleh orang-orang kaya.

Sebenarnya didalam menghadapi masaalah orang kaya turut mendapat subsidi ini, cara mengatasinya memang diakui bukan mudah, ibarat durian, menggolek kena, digolekkan pun kena, apa juga yang dilakukan, memang orang kaya sentiasa untung, nak buat macam mana................

Cuma satu sahaja yang kita mushkilkan, kenapa kerajaan tidak membenteras perlakuan membazir dan penyelewengan yang sering dilakukan oleh kerajaan sendiri, begitu banyak perlakuan membazir dan penyelewengan yang disedari atau yang tidak kita sedari berlaku dengan nilai beratus billion ringgit dari dulu sampai sekarang.

Usaha membenterasnya sangat perlahan kalau pun tidak sampai hati kita nak kata tidak ada lansung, namun memang macam tidak ada, itulah sebabnya pihak yang berkenaan tidak takut melakukannya.

Munkin jikalau langkah diambil bagi membendung pembaziran dan segala penyelewengan ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka tidak perlulah penarikan subsidi dilakukan, dan rakyat tidak perlulah berhadapan dengan buat kali entah keberapa pesta kenaikan harga barang-barang......................








Tiada ulasan: