Sabtu, 3 Julai 2010

Cakap ikut sedap mulut

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat keputusan yang betul apabila membatalkan rancangan pergi ke London untuk merekodkan keterangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, kata Anggota Jawatankuasa Penasihat SPRM Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Beliau berkata Balasubramaniam sepatutnya pulang dan memberikan keterangan secara sukarela kepada pihak berkuasa berhubung pembunuhan model wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Saya berasa sedih. Perkara ini telah bertukar menjadi permainan politik.

Sangat tidak munasabah untuk ke sana. Proses ini akan melibatkan kos yang tinggi dan ini membazirkan wang pembayar cukai," kata beliau kepada Bernama, mengulas kenyataan SPRM yang pada Rabu membatalkan rancangan untuk menemui penyiasat persendirian itu di London.

"Memanglah, kita tidak boleh memaksa beliau balik ke sini tetapi lebih baik dia balik dan memberikan keterangannya secara sukarela. Jangan bermain-main lagi," katanya.

Megat Najmuddin, yang juga Presiden Institut Tadbir Urus Korporat, yakin kerajaan akan memberikan perlindungan sewajarnya kepada Balasubramaniam.

Megat Najmuddin juga meminta parti-parti politik berhenti menggunakan isu agensi penguatkuasaan untuk kepentingan mereka.

"Undang-undang dan peraturan seharusnya tidak dikompromi. Agensi-agensi penguatkuasa perlu mengelakkan perkara ini," katanya.

Balasubramaniam menimbulkan kontroversi apabila beliau tiba-tiba muncul pada 3 Julai, 2008 dan mengumumkan bahawa dia akan mengumumkan afidavit bersumpah tentang pembunuhan Altantuya.

Namun, keesokkannya dia menarik balik menerusi afidavit bersumpah kedua pada satu sidang akhbar sebelum menghilangkan diri bersama keluarganya.

Semalam, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata SPRM telah mengirim soalan-soalan kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu, menerusi kurier.

Beliau berkata Americk bersetuju untuk menghantar jawapan kepada SPRM dengan segera.

"Peguam Balasubramaniam, melalui e-mel, pada Khamis bersetuju untuk mengemukakan soalan-soalan kepadanya dan turut bersetuju supaya ia dihantar melalui kurier," katanya.
(sumber asal)


Sebenarnya aku malaslah nak menulis blog sekarang ini, namun apabila terbaca je berita ini, tiba-tiba darahku menggelegak, tang mana panasnya tu .............(yg diwarnakan merah tu....)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat keputusan yang betul apabila membatalkan rancangan pergi ke London untuk merekodkan keterangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, kata Anggota Jawatankuasa Penasihat SPRM Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Megat Najmuddin, yang juga Presiden Institut Tadbir Urus Korporat, yakin kerajaan akan memberikan perlindungan sewajarnya kepada Balasubramaniam.

Memang kepala hotak betul, cakap ikut sedap mulut je..... mentang-mentang ada kuasa, maka cakap pun hentam keromo je.

Membuat keputusan yang betul apa ? bukankah P Balasubramaniam tu terpaksa melarikan diri keluar nagara kerana bimbang tentang keselamatannya, lagi pun semua orang tahu bahawa Malaysia sebuah negara yang korup, sangat jauh standardnya jika nak dibandingkan dengan negara maju.

Macam mana kita nak percaya bahawa Malaysia boleh menjadi negara maju menjelang tahun 2020 kalau dari sekarang tiada tanda-tanda perubahan boleh berlaku ?

Walau pun DS Najib pernah berjanji mahu melakukan perubahan berkaitan kebebasan penguatkuasa negara melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang, namun janji tersebut nampaknya hanya tinggal janji, tidak munkin boleh dilaksanakan selagi kepentingan melebihi keikhlasan.

Oleh itu ayat kononnya yakin kerajaan akan memberikan perlindungan sewajarnya kepada Balasubramaniam.hanyalah omong kosong sahaja, kalau aku menjadi P Balasubramaniam pun aku tak percaya kepada jaminan mengarut macam tu.......

Kes Atantuya adalah kes yang berkaitan Najib, kes yang kena mengena dengan kapal selam, yang tak boleh menyelam tu.....kes ni semua orang tahu, kecuali budak yang beringus sahaja yang masih tak tahu....

Kerana kes-kes seperti inilah yang menyebabkan Najib gagal menunaikan janjinya..........








Tiada ulasan: