Lama benar saya tidak menulis di blog ini, munkin bagi mereka-mereka yang mengikutinya sudah melupakan terus, bukan apa, kadang-kadang malaslah nak menulis, tetapi hari ini saya gagahkan juga melawan kemalasan itu dan mencoretkan serba sedikit berkaitan kerenah pemimpin kita berkenaan keputusan PRU ke 13 ini.
Saya mulakan coretan saya dengan beberapa persoalan.............
Terfikir saya tentang kenapa pemimpin Umno teraba2 mencari sebab kekalahan mereka di Bandar2, mereka menyalahkan org Cina atas alasan org Cina menyokong DAP kerana semangat perkauman, namun sebab itu tidak boleh diterima kerana DAP meletakkan calon Melayu di beberapa tempat dan menang.
PKR juga meletakkan calon Melayu di beberapa tempat menentang calon MCA dan MIC dan menang, PAS juga meletakkan calon Melayu di beberapa tempat menentang calon MCA dan MIC dan menang, jika mengikut lojiknya, jika org Cina bersemangat perkauman di PRU ini, tak kan pula calon Melayu boleh menang di tempat2 yg saya sebutkan itu.
Begitu juga jika kita melihat cara Anwar Ibrahim berkempen di mana sahaja dari Perlis sampai ke Sabah, sedikit pun beliau tidak memainkan sentimen perkauman malah sentiasa memupuk perpaduan kaum, berbeza dng kempen BN yg sering mengajak org Melayu bersatu dng menyokong Umno bagi menghadapi serangan politik dari org Cina kononnya.
Oleh itu sebab sebenar org Cina dan Melayu Bandar menolak BN bukan atas faktor perkauman tetapi atas semangat mahu melihat M'sia menjadi sebuah negara yg lebih makmur dimasa depan.
Mereka mahu melihat M'sia di tadbir secara berhemah dng rakyat menjadi keutamaan, bukan mcm BN yg menjadikan " rakyat di dahulukan " cuma slogan semata2, buktinya, baru beberapa hari mereka menang di PRU ini, sudah berlaku beberapa kenaikan brg2 atas nama yg sangat lembut, iaitu pengurangan subsidi dari kerajaan, cukai GST akan di laksanakan, kamera AES juga akan di teruskan dan pelbagai lagi tekanan yg di kenakan kpd rakyat.
Berkaitan penarikan balik subsidi kerajaan kpd sesetengah barangan dan perkhidmatan, teringat saya kpd kata2 DSAI, kalau utk rakyat jelata berkira sangat walau pun jumlahnya tidaklah sebesar mana, tetapi jika kpd syarikat konglomerat yg di miliki kroni, nak tarik subsidi takut, bukan apa ! takut rugi, sebab yg terlibat adalah diri sendiri.......
Inilah hadiah kpd rakyat kerana menyokong BN terutama kpd Mak Cik dan Pak Cik di dlm felda dan kampung2 tradisional, belum pun kering basah peluh di badan kerana menyokong BN, hadiah dlm bentuk kenaikan harga brg2 sudah di berikan, inilah janji di tepati dan cekap namanya ........
3 ulasan:
Sahabat, walau saya tidak pernah sependapat dgn tuan, namun menulislah terus untuk luahan perasaan..apapun kita sentiasa benar dalam menyatakan pendapat kita sendiri
Terima kasih sdr bRAVEhEART kerana masih mengingati saya, semoga sukses dlm kehidupan.
sahabat,,
http://goo.gl/BJOoOE | http://goo.gl/gMRAkp | http://goo.gl/0NVkVZ | http://goo.gl/GJFWqa | http://goo.gl/vpndhR | http://goo.gl/gcR4Aq | http://goo.gl/4jzyVH | goo.gl/fVEY9B | goo.gl/zhGo5M
Catat Ulasan