Cadangan melaksanakan hudud di Kelantan telah menimbulkan pelbagai pandangan. Pandangan-pandangan tersebut seperti berikut:
1-Wajib dilaksanakan dan sekarang sudah sampai masanya untuk dilaksanakan.
2-Wajib dilaksanakan tetapi masanya belum tiba.
3-Menentang pelaksanaan hudud.
Pandangan-pandangan tersebut mempunyai alasan@hujjah yang tersendiri. Ada yang memandangnya satu kewajipan yang wajib dilaksanakan apabila cukup syarat-syaratnya. Ada yang beralasan politik semata-mata. Jika hudud membawa keuntungan politik maka dipersetujuinya tetapi ianya membawa kerugian dalam politik maka ditangguhnya atau ditentang.
APAKAH DIA HUDUD?
Hudud adaalah hukuman terhadap jenayah yang mengancam 5 nadi kehidupan manusia yang ditetapkan oleh Islam melalui al Quran al Karim dan Hadis .
SELAIN HUDUD ADAKAH TERDAPAT HUKUMAN LAIN YANG DITETAPKAN OLEH ISLAM?
Selain hudud, islam menetapkan dua hukuman yang lain iaitu qisas dan takzir. Qisas ialah balas setimpal seperti dikerat tangan penjenayah yang mengerat tangan mangsa.
Takzir pula ialah hukuman ke atas kesalahan yang tidak dinyatakan hukumannya oleh Al Quran al Karim dan Hadis. Hukuman ini diserah kepada pihak pemerintah@hakim untuk mengenakan bentuk hukuman. Contoh huluman takzir ialah hukuman ke atas mereka yang meraba wanita ajnabiyyah.
Hukuman takzir ini terserah kepada budibicara hakim.

MENGAPA ISLAM MENETAP TIGA HUKUMAN IAITU HUDUD,QISAS DAN TAKZIR? TIDAK MEMADAIKAH JIKA DITETAPKAN SATU BENTUK HUKUMAN SAHAJA?
Islam menetapkan tiga bentuk hukuman kerana jenayah yang dilakukan ada tiga tahap.
1-Jenayah yang mengancam masyarakat. Oleh kerana kesan jenayah ini amat dahsyat maka Islam menetapkan hukuman yang berat (hudud) bagi membendung ancaman kepada masyarakat manusia.
2-Jenayah yang mengancam individu dan masyarakat tetapi kesannya lebih dirasai oleh individu. Bagi membendung jenayah ini Islam menetapkan hukuman qisas iaitu balas setimpal. Hukum qisas hanya melihatkan jenayah pembunuhan dan kecederaan.
3-Islam menetapkan hukuman takzir bagi kesalahan yang tidak dinyatakan hukumannya dalam al Quran al Karim dan Hadis. Kesalahan yang dikenakan takzir ancamannya lebih dirasai oleh individu dari masyarakat.

Penetapan tiga bentuk itu adalah memandangkan tahap bahaya jenazah adalah tiga tahap. Tahap yang paling bahaya maka dikenakan hukuman hudud.
Tahap bahaya dikenakan hukuman qisas.
Tahap bahaya ringan maka dikenakan hukuman takzir.

MENGAPA PERLU HUDUD JIKA PEMERINTAH MELAKSANAKAN KEADILAN MENURUT ACUAN ISLAM YANG SEBENAR?
Hudud wajib dilaksanakan walaupun pemerintah melaksanakan Islam kerana manusia yang diperintah tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Sebab itulah di zaman nabi juga dilaksanakan hudud.
Ianya adalah langkah pencegahan dan kawalan kepada ancaman kepada.kehidupan manusia.
Islam mengawal manusia bukan melalui undang-undang hudud semata-mata.Islam memelihara kehidupan melalui undang-undang dan melalui didikan hati.

ADAKAH HUDUD WAJIB DILAKSANAKAN?
Hudud wajib dilaksanakan dengan nas yang nyatakan.

SIAPAKAH YANG WAJIB MELAKSANAKAN HUDUD?
Pelaksanaan hudud hanya boleh dilakukan oleh pemerintah. Individu biasa tidak boleh melaksanakannya.

APAKAH KEPENTINGAN HUDUD?
Hudud adalah pengawal kepada keamanan masyarakat. Hudud adalah langkah paling berkesan untuk menjaga 5 perkara asasi dalam kehidupan itu keselamatan agama, nyawa,akal,keturunan dan harta.
5 perkara tersebut adalah menjadi objektif utama Islam. Ianya dikenali sebagai Maqosid Syariah.
Maqosid Syariah bermaksud setiap ajaran syarak adalah bermatlamat untuk menjaga dan menjamin keselamatan 5 perkara tersebut.

BILAKAH IANYA WAJIB DILAKSANAKAN?
Hudud wajib dilaksanakan apabila ada kemampuan iaitu kuasa memerintah dan cukup bilangan kakitangan yang mampu menjayakannya.
ADAKAH ADA SUATU ALTERNATIF YANG LAIN DARI HUDUD DALAM MEMASTIKAN KEAMANAN SESEBUAH MASYARAKAT?
Ketika cukup kemampuan untuk melaksanakan hudud
maka hududlah satu-satunya yang menjamin keamanan sesuatu masyarakat. Ianya membawa kehidupan sebagaimana yang ditegaskan oleh al Quran al Karim.

APAKAH SIKAP KITA TERHADAP USAHA MELAKSANAKAN HUDUD?
Setiap muslim wajib menyokong setiap aktiviti yang diwajibkan oleh syarak. Sokongan tersebut hendaklah dizahirkan kepada masyarakat sekitar bagi menghilangkan perasaan jijik dengan hudud. Bagi yang berkemampuan menerangkan hudud maka hendaklah memberi penjelasan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan