Selasa, 9 Jun 2009

Kisah pelanduk yang lupakan jerat .........

Sungguh lebar senyuman para pemimpin Umno apabila di sahkan Nasharuddin Md Isa mengekalkan jawatan timbalan presiden Pas, munkin pada perkiraan mereka bahawa jerat yang dipasang sudah mengena.

Bahawa sesungguhnya idea unity government adalah satu malapetaka kepada Pakatan Rakyat, tiada siapa pun boleh menyangkal bahawa kesepakatan didalam Pakatan Rakyat akan beransur- ansur renggang selepas ini.

Kita sebagai penyokong bawahan sangat tidak faham diatas idea yang dipelopori oleh Hj.Hadi ini,
apa itu kerajaan perpaduan ? kononnya kerajaan perpaduan bukan sebuah ikatan sebagaimana Barisan Nasional, kononnya ianya sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang, semua ahli boleh menjadi pembangkang dan penyokong.

Maksudnya jika timbul sesuatu isu, dan dikehendaki membuat keputusan, anggota kabinet boleh
menyokong dan boleh menentang, dan akhirnya keputusan dicapai melalui keputusan majoriti,
mana-mana negeri yang telah di perintah oleh dulunya parti pembangkang, terus dibawah penguasaan mereka dan begitulah seterusnya.

Indah sungguh idea ini, kenapa Hj.Hadi tiba-tiba dapat idea sebegini rupa, apakah sebelum tidur, Haji Hadi mengelamun jauh memikirkan tentang nasib hubungannya dengan PKR, tentang Anwar Ibrahim yang telah diwar-warkan bahawa jika PR menang, sahlah Anwar yang akan dilantik sebagai PM.

Apakah Hj. Hadi tidak rela Anwar menjadi PM ? malah lebih rela Najib yang jadi PM ? atau Hj.Hadi benar-benar memikirkan nasib masa depan umat Islam di Malaysia yang kononnya kuasanya semakin terhakis kini ?

Apakah Hj.Hadi dan Nasharuddin mampu mempengaruhi Najib agar membuat perubahan atau HJ.Hadi dan Nasharuddin yang berubah nanti ? ....................oi....serabut sungguh .

Kononnya idea ini telah datang selepas PRU12 dulu lagi, cuma di perhangatkan lagi menjelang muktamar baru-baru ini .

Yang lucunya Umno berlakun seolah-olah mereka tak kisah pun, didalam perhimpunan mereka baru-baru ini, tidak pula kedengaran ada di bincangkan tentang kerajaan perpaduan ini, tetapi didalam muktamar PAS, isu ini meletup pula dan di bayangkan kononya mendapat sokongan.

Andainya nanti kerajaan perpaduan tersebut benar-benar menjadi kenyataan, maka sudah pasti PAS akan berpecah dua, separuh menyokong dan separuh lagi menentang.

Yang sudah pasti, jangka hayat nyawa Umno akan semakin panjang dan setelah Umno kembali kukuh nanti, maka bolehlah dirancang bagaimana cara untuk menyembelih leher para pemimpin PAS yang kebulur sangat nak jadi menteri tu.

Nampaknya ada segelintir diantara pemimpin PAS yang sudah lupa bahawa lubang yang dilaluinya itu dahulu pernah di patuk oleh ular, atau munkin mereka kali ini telah menuntut ilmu yang boleh menawarkan bisa ular tersebut.


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org


1 ulasan:

putrady berkata...

Salam semua ..
Saya sesungguhnya tak bersetuju dengan TGHH yang ingin bermuzakarah dengan UMNgok ni seolah2 sudah melupakan apa yang berlaku di Perak. Kalau tidak kerana UMNgok sudah tentu kerajaan Perak masih lagi berada di bawah pertadbiran Pakatan Rakyat dimana Menteri Besarnya orang PAS. Walaupun perkara ini berpunca dari wakil rakyat PKR yang berpaling tadah, tetapi fikirkanlah kalau tidak kerana Najis/UMNgok yang menculik dan memerangkap mereka takkan berlaku perkara tersebut.
Sekarang kita sudah kehilangan sebuah negeri disebabkan UMNgok ni, Masakan kita masih mau berpakat dengan mereka??? Fikir-fikirkan dan renungkan kembali. UMNgok ni tak pernah berubah dari dulu kini dan selamanya. Makin nak punah adalah. Kalau benar UMNgok ni ikhlas nak bermuzakarah, Benarkanlah DUN Perak dibubarkan terlebih dahulu. Barulah boleh diajak berunding. Kepada pemimpin-pemimpin PAS Tolonglah.. jangan buat kerja bodoh.Fikirkanlah apa akan jadi pada Pakatan Rakyat sekarang(kalau PAS bekerjasama ngan UMNgok ni) Baru nak rasa berbahagia dan bersatu. Takpayahlah fikirkan pasal UMNgok ni. Lupa-lupakanlah UMNgok ni. Walaupun nak bersatu atas nama Melayu(kononnya), Melayu di Malaysia takkan bersatu selagi wujudnya parti bernama UMNgok ini. So marilah kita menghapuskan UMNgok ni dulu baru boleh kita bersatu dibawah satu panji Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya 2012. Insya Allah...