Ahad, 28 Jun 2009

Nasi sudah jadi bubur ...........

Saya sejak akhir-akhir ini semakin malas menulis, entah apa sebabnya saya pun tidak tahu, tetapi apabila terpandang berita ini MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika' yang disiarkan oleh Malaysia kini, saya jadi seperti orang tua menelan pil viagra, tiba-tiba bingkas dan cergas semula.

Puncanya adalah kerana saya terbaca kata-kata, " Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi," kata menteri besar Johor.

Aik... apa hal ni................ tiba-tiba melenting Datuk Abdul Ghani Othman dengan marahnya "Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya,"

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."

Adoh ! kenapa melenting sekarang weh............ setelah nasi sudah menjadi bubur, sesudah gelas jatuh kebumi dan hancur berkecai.

Inilah masaalahnya kita, jika kerajaan terlalu kuat, apakah kita lupa bahawa dasar PPSMI ini di wujudkan semasa zaman Tiger Dr.Mahathir, semasa itu tiada siapa yang berani menyanggahnya, dimasa itu jika papan yang berwarna hitam dihadapan tetapi Mahathir kata putih, maka orang lain turut kata putih.

Sebab itulah kita dengar di kalangan penyokong kerajaan dimasa itu semuanya menyokong dasar tersebut, malah jika ada yang menentang akan dianggap sewel, begitulah kuatnya pengaruh Mahathir.

Kini barulah berani beberapa pemimpin dikalangan Umno yang menghujahkan bahawa, jika kita mahu pelajar kita mahir berbahasa Inggeris, yang perlu dilakukan ialah menambah masa pengajaran bahasa tersebut tetapi bukan dengan mengajar matematik dan sains didalam bahasa Inggeris.

Munkin kerana menyedari kesilapan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, sokongan terhadapnya terlampau kuat, terutama diawal dan di pertengahan pemerintahannya, maka semasa mengulas issue kerajaan perpaduan Hj.Hadi tempoh hari, Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa kerajaan yang terlampau kuat sokongannya, tidak bagus untuk negara.

Persoalannya kenapa baru kini beliau mengatakan bahawa sokongan yang terlampau kuat kepada kerajaan tidak bagus untuk negara ?

Oh... kerana beliau kini telah tidak berkuasa dan tidak memerlukan sokongan sebegitu lagi...............Kini semuanya sudah terlambat.

Satu lagi perkara yang munkin mengalami nasib yang sama ialah Pusat latihan khidmat negara (PLKN), ini adalah kerana, perbelanjaan untuk mewujud dan mengadakan latihan di pusat tersebut menelan belanja melebihi RM500 juta setahun.

Kita khuatir setelah puluhan tahun dan puluhan billion wang negara dihabiskan, maka baru disedari bahawa ianya tidak setimpal dengan belanja yang di keluarkan, hasilnya tidak seberapa, akhirnya dasar tersebut dikaji semula, malah munkin dibatalkan terus.

Begitulah nasib beberapa dasar yang dilaksanakan namun berakhir dengan kegagalan dan kita sebagai rakyat tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya mampu bertekak di kedai kopi, tekak semakin kering dan order air secawan lagi................. lagi satu cawan!!!...


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

Tiada ulasan: