Khamis, 6 Ogos 2009

Apakah kita pakai dua cermin mata ?

Dulu semasa Nizar Jamaluddin jadi menteri besar Perak, beliau telah meluluskan geran tanah kepada penduduk yang menduduki tanah tersebut sejak berpuluh-puluh tahun yang lampau tanpa mengira dari kaum apa.

Pada masa tersebut Umno telah menjadikannya satu issue besar, sehingga dibawa kedalam Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Nizar di tuduh kononnya sebagai pengkhainat bangsa Melayu, malah lebih dahsyat di cap, penjilat DAP kerana tindakannya itu.

Penyokong-penyokong Umno tanpa segan silu mengutuk Datuk Sri Nizar dengan berbagai kutukan didalam blog mereka..............

Nah, kini saya nak dengar pula apa kata penyokong Umno terhadap apa yang saya petik dari berita Bernama ini .............


KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak yang bersidang di sini Rabu memutuskan untuk memberi hak pemilikan automatik kepada rakyat negeri itu yang menetap di sesebuah lot tanah untuk selama 10 tahun, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, keputusan itu berkuatkuasa serta merta dan sekaligus penduduk yang telah menduduki tanah milik kerajaan selama itu hanya perlu membayar cukai tanah.

"Keputusan ini dibuat memandangkan ada penduduk yang telah menetap di sesebuah kawasan hampir 80 tahun, tapi taraf mereka masih lagi berstatus TOL sedangkan mereka sudah lama di situ," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri.

Menteri Besar itu juga berkata kerajaan negeri akan memperkemas sistem pengurusan tanah dan menyediakan model terbaik untuk memastikan rakyat sentiasa selesa berurusan di pejabat-pejabat tanah di Perak.

"Untuk itu, kita akan lakukan aspek penambahbaikan dengan meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ke atas setiap pejabat tanah di seluruh Perak," katanya.

Mengenai sasaran setinggan sifar, Zambry berkata ia akan menjadi agenda utama dalam setiap mesyuarat jawatan kuasa tanah dan juga mesyuarat jawatan kuasa daerah.

Beliau berkata, kerajaan sedang mengenalpasti beberapa kawasan setinggan yang sudah pun menjadi perkampungan untuk diiktiraf sebagai kawasan disitu.

-- BERNAMA

Hah, kutuklah si Zambry ni.....................tidakkah si Zambry ni melakukan perkara yang sama seperti mana yang dilakukan oleh Nizar dahulu..............

Atau pun kita ada dua kacamata, satu untuk Nizar yang akan dikatakan salah jika dia melakukannya tetapi apabila Zambry yang buat, sudah bertukar jadi tak salah ?








2 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Salam sahabat,
menarik tulisan sahabat ini, teruskan menulis dan menyatakan kebenaran dengan fakta yang ada. saya bercadang utk mengadakan pertemuan kedua blogger pahang tidak lama lagi, mungkin berupa majlis berbuka puasa. sdr nanti akan turut dijemput hadir jika ada waktunya ~ bRAVEhEART

ababina328 berkata...

Aduh! saya terharu sungguh dengan keikhlasan sdr mengikuti blog saya,
Maaflah jika tidak selesa dng tulisan saya...
Nak buat macam mana kerana memang itulah cara saya...begitulah saya seadanya...