Ahad, 9 Ogos 2009

Tokoh yang layak di panggil " tokok " sahaja

Saya sungguh tidak faham, kenapa suara-suara seperti dibawah, hanya berani disuarakan sekarang, kenapa tidak semasa Tun Dr Mahathir masa mula-mula berura-ura dan melancarkan PPSMI di sekolah-sekolah dahulu ?

3 juta murid rugi jika teruskan PPSMI

Begitulah suara tokoh kita, sepertimana yang disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia hari ini, masaalahnya kenapa keberanian bercakap seperti ini, hanya wujud sekarang, kenapa tidak dulu ? dimanakah semangat perjuangan di ketika itu ? terlalu takutkah jika tidak terpilih sebagai salah seorang jemaah Menteri ?

Semua persoalan tersebut sentiasa berligar-ligar di kepala orang-orang seperti saya, lebih menghairankan saya, semasa Dr.Mahathir masih menjadi PM, tiada seorang pun yang berani bersuara.

Pada masa itu saya dapati semua orang dari jemaah Menteri, ahli majlis tertinggi Umno, Ajk bahagian dan ahli biasa menyokong Projek PPSMI Dr Mahathir, semuanya kata baik, semuanya kata elok, malah keputusan UPSR dan PMR pun dikatakan meningkat didalam subjek Sains dan Matematik.

Betul ke meningkat, atau sengaja direndahkan tahap ukurannya, supaya nampak ramai lulus ?

Kenapa tiba-tiba sekarang berani kata bahawa PPSMI tidak elok, tidak baik ,tidak sesuai ??????? apa ni ? janganlah dijadikan rakyat sebagai mangsa percubaan sesuatu dasar,

Kenapa kita jadikan rakyat kita seperti tikus yang dijadikan bahan ujian oleh para doktor perubatan di Makmal Hospital ?

Kadang-kadang saya terfikir juga, apakah boleh dipercayai semua kata-kata Menteri yang sekarang sedang mengiyakan segala kata-kata Datuk Sri Najib diatas apa juga projek yang dilancarkan.

Kalau berdasarkan kes PPSMI ini, kebanyakkan Menteri dan AMT Umno, kini tidak boleh di percayai atau pun sekurang-kurangnya mereka sedang berada ditahap boleh diragui akan keikhlasan pendapat mereka.

Mereka langsung tiada semangat seperti Syed Jaafar Albar atau Tun Dr Ismail iaitu dua tokoh yang sangat di kagumi suatu ketika dahulu didalam Umno, diatas keberanian mereka menyuarakan sesuatu yang dirasakan boleh merugikan kepentingan orang Melayu pada ketika itu.

Ataupun seperti semangat Mahathir Mohamad yang sanggup menentang Tunku Abd.Rahman, berkaitan kes memberikan kemerdekaan kepada Singapura, sanggup di pecat dari Umno, demi menyatakan kebenaran.

Kita sesungguhnya kekeringan tokoh seperti itu didalam Umno sekarang.

Yang ada didalam Umno kini ialah tokoh " Yes " semasa PM masih berkuasa, tetapi " No" setelah PM tersebut tiada kuasa lagi ...................

Kepada yang berperangai begini sebenarnya, tidak layak dipanggil tokoh, tetapi boleh dipanggil "tokok", apa dia tokok ? iaitu sebagai penambah untuk membanyakkan sesuatu ............ oleh itu tokoh yang seperti ini hanya layak di jadikan penokok sahaja.








1 ulasan:

mosabit berkata...

tokok?..kurang tepat tu...yg tepatnya mereka semua ni hanya laya k jadi toko...apa itu toko?...toko ialah penjual buku...kah kah kah ....