Selasa, 23 Mac 2010

Nasib Anwar Ibrahim

Sejak akhir-akhir ini dugaan terhadap Datuk Sri Anwar Ibrahim sangat hebat, lebih hebat lagi apabila beberapa orang ahli Parlimen dari PKR keluar parti dan seorang terpaksa pula di singkirkan.

Didalam memperkata dan membincangkan masaalah yang dihadapi oleh DSAI ini, kita tidak dapat lari dari mempersalahkan strategi beliau sendiri didalam mengharungi gelora politik negara.

Bagi saya sendiri, sejak isu 16 sept mula-mula di war-warkan oleh DSAI dahulu, saya terfikir, kenapa DSAI seorang yang bijak didalam pelbagai lapangan, tiba-tiba mengambil pendirian yang sangat tidak bijak, apa relevennya isu 16 sept di tonjolkan.

Saya terfikir juga, kalau pun ingin dilaksanakan projek 16 sept tersebut, apa perlunya diheboh-hebohkan, buatlah secara tersembunyi, sampai sekarang saya bingung, kenapa DSAI mengambil pendirian sedemikian rupa.

Akhirnya ternyata projek 16 sept gagal, gagalnya projek tersebut munkin kerana pendedahan terbuka yang dilakukan oleh DSAI mengakibatkan pihak BN sempat membuat persediaan dengan memantau rapi semua ahli-ahli Parlimennya yang berpotensi untuk melompat dengan diberi ganjaran atau ugutan.

Munkin jikalau DSAI membuat projek ini secara rahsia, kerajaan BN telah pun tumbang dan impian sesetengah rakyat untuk melihat perubahan didalam politik negara telah pun tercapai, kini apakan daya, semuanya telah berkecai, ibarat kaca terhempas kebatu.

Kini DSAI bukan lagi berfikir tentang bagaimana mahu meneruskan projek menuju ke Putra Jaya, tetapi sebaliknya memikirkan bagaimana mahu mengelakkan diri dari kejaran anjing-anjing yang ganas yang sedang memburunya.

Munkin didalam diri DSAI kini memikirkan bahawa antara kesilapan besar didalam hidupnya ialah membuat projek 16 sept itu, kini selain kesilapan 16 sept yang menghantuinya, masaalah Saiful juga tidak kurang memeningkan.

Masaalah Saiful ini pun satu hal, walaupun dikatakan bahawa kes Saiful ini adalah satu konspirasi, dan saya percaya ini memang satu konspirasi, tetapi konspirasi ini tidak munkin berjaya jika tidak ada kesilapan di pihak DSAI sendiri.

Antara kemunkinan kesilapan yang dilakukan oleh DSAI ialah, munkin beliau telah termakan umpan yang ditabur oleh musuhnya, disinilah masaalahnya, apabila sudah terjadi sedemikian rupa, bukan mudah untuk melepaskan diri dari jerat yang telah pun menjerut dan kalau pun terlepas nanti, kesan lilitan jerat tersebut tidak mudah hilang dan masih memberi kesan dan diingati sepanjang hidupnya.

Begitulah nasib yang dilalui oleh pejuang kesayangan rakyat ini. Jika difikirkan semula, nasib DSAI ini persis seperti nasib Zulfikar Ali Bhutto, bekas Perdana Menteri Pakistan satu ketika dahulu, yang mati ditali gantung.

Kemudian nasib tersebut turun pula kepada anaknya Benazir Bhutto, pemimpin kesayangan rakyat ini terpaksa menempuh pelbagai gelombang dan badai didalam liku-liku hidupnya dan berakhir dengan mati di bom oleh pengebom berani mati. Peliknya dinasti Zulfikar ini tetap mendapat dokongan rakyat Pakistan dan disambung pula oleh menantunya sehinggalah sekarang.

Apakah nasib DSAI ini nanti akan sama seperti nasib dinasti Zulfikar Ali Bhutto ? hanya masa akan menentukannya, kita tidak boleh berbuat apa-apa, kerana semuanya telah ditakdirkan oleh Allah.

Terkini pelbagai kemunkinan boleh berlaku, melihat kepada tekanan yang dilakukan oleh musuhnya, jelas musuhnya mahu melihat riwayat politik DSAI berakhir secepat munkin, antara kemunkinan boleh berlaku ialah DSAI akan sekali lagi ditahan dibawah akta ISA.

Kemunkinan kedua ialah DSAI dipaksa didapati bersalah didalam kesnya dengan Saiful dan terpaksa meringkok di penjara Sungai Buluh sepanjang hidupnya.

Persoalannya ialah, apakah setelah ketiadaan DSAI nanti, rakyat akan hidup dengan lebih aman ?

Saya merasakan bahawa setelah ketiadaan DSAI, pemimpin UMNO yang memerintah akan berada di zon selesa, diketika itu, mereka yang sekarang pun sedang berebut untuk mendapatkan pelbagai projek, akan lebih berlumba-lumba merebut dan mengumpulkan harta.

Kepentingan rakyat jelata bukan menjadi keutamaan lagi, ini berlaku kerana mereka merasakan bahawa rakyat tidak mampu berbuat apa-apa di sebabkan ketiadaan pemimpin yang boleh menyatukan mereka.

Mereka merancang supaya rakyat bercakaran sesama sendiri dan akhirnya rakyat tetap mengharapkan dan beranggapan bahawa hanya BN sahajalah yang boleh menolong mereka.

Keadaan ini ditambah pula dengan masaalah ketandusan kepimpinan di pihak pembangkang setelah ketiadaan DSAI. Dipihak pembangkang sekarang sebenarnya tiada tokoh yang boleh diterima oleh semua pihak sebagaimana mereka menerima DSAI.

Oleh itu harapan untuk pembangkang mengambilalih pemerintahan negara adalah tipis, ini akan menyebabkan pemimpin Umno semakin bermaharaja lela, diketika itu munkin rakyat sekali lagi menoleh kepada Anwar atau munkin kepada anak-anaknya, disinilah kemunkinan legasi Zulfikar sekali lagi berulang .

Begitulah putaran hidup didunia, tetapi yang pasti, membiarkan BN atau mana-mana parti yang memerintah menjadi terlalu berkuasa, pada pandangan saya sangat merbahaya kepada rakyat biasa, kepada yang memegang jawatan memanglah mereka seronok, sehingga tidak terlintas bagi mereka untuk berhenti dan kalau boleh mereka mahu memegang jawatan itu seumur hidup.

Begitulah adanya.............................wallahhuaklam.








1 ulasan:

Tok Man berkata...

Saya tak berapa minat dengan politik, tetapi baca juga surat khabar