Sepatutnya, apabila seseorang telah keluar dari parti yang diwakilinya semasa pilihanraya dahulu, individu tersebut mestilah mengosongkan kerusinya, kerana dia menang dulu pun bukan diatas kekuatan individunya tetapi diatas kekuatan partinya.
Namun itulah dunia, ada pula yang menyokong dan mempertahankan, kononnya atas nama demokrasi, maka individu tersebut berhak untuk bertindak mengikut nalurinya dan menghalalkan tindakannya.
Oleh itu kita sebagai rakyat biasa, meski pun dulu jika kita pernah berkorban wang dan tenaga bagi memenangkan individu ini dan tidak pernah meminta supaya jasa kita dibalas, tidak dapat berbuat apa-apa, hanya mampu melihat dan dengan rasa terkilan terus memendam rasa.
Didalam kesempatan kali ini, saya tidak mahu mengulas individu yang melompat parti tetapi apa yang mahu saya sentuh ialah mengenai Zulkifli Nordin. Apabila keluar berita mengenai pemecatannya dari PKR tiba-tiba seorang Naib Presiden Pas iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Zulkifli menyertai Pas.
Terfikir saya, patutlah Tuan Ibrahim ini dipersoalkan kewibawaannya sebagai pengerusi lembaga disiplin Pas, rupanya beliau sering bertindak tidak cerdik, apakah beliau tidak terfikir perasaan rakannya didalam Pakatan Rakyat khususnya PKR semasa membuat pelawaan tersebut.
Dia sudah tahu perangai Zulkifli Nordin yang hanya menganggap dirinya sahaja yang pandai di dunia ini dan sering melawan pendapat parti, oleh itu apa perlunya dia mempelawa orang semacam ini ?
Munkin tindakkan Tuan Ibrahim ini ada udang di sebalik batu, yang mana beliau sahaja yang tahu dan sedang merancang untuk berbuat sesuatu bagi kepentingan pihak lain.......itu hanya Allah sahaja yang tahu.
Walau macam mana pun saya lega apabila membaca berita dibawah, berkaitan ulasan Mahfuz Omar dan saya bersetuju dengan pendapat beliau.............
Pas tidak wajar terima Zulkifli Noordin - Mahfuz
PETALING JAYA 8 Mac - Pas tidak wajar menerima kehadiran ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.
"Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti-parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut.
"Tidak wajar kita terima, tiada pertimbangan langsung... saya tidak melihat apa-apa yang boleh membantu meninggikan imej Pas dengan kehadiran Zulkifli ke dalam Pas... ini akan memberi keburukan dan mencalarkan nama baik parti,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan