Katanya, pemimpin Pakatan sepatutnya menggunakan rangka kerja polisi umum (CPF) yang digubal pada Disember lalu sebagai panduan.
"Pakatan harus faham apa yang perlu mereka dilakukan dalam politik campuran kerana setiap parti mesti mendukung polisi dan objektif umum yang sama,” kata Dzulkefly, yang juga adalah anggota urusetia kepimpinan Pakatan ketika dihubungi.
"Dalam Pakatan, kita mempunyai alasan yang lebih daripada mencukupi untuk merangka polisi umum yang dapat diterima semua pihak.”
Sejarah mungkin berulang?
Dzulkefly berkata pemimpin Pakatan mesti belajar dari sejarah dan mengelakkan pergeseran yang mungkin memecah-belahkan mereka sekali lagi.
Katanya, sekutu Pakatan - PAS, DAP dan PKR perlu fokus terhadap rangka polisi umum (CPF) dan matlamat mereka untuk pilihan raya umum akan datang, di samping menghormati ideologi masing-masing.
Dzulkefly menggesa rakan-rakan parti lain supaya menerima hakikat bahawa PAS adalah “parti Islam demokratik” yang beroperasi dalam rangka kerja demokrasi.
Beliau menjelaskan hudud dan penubuhan negara Islam bukan sebahagian dari CPF dan jika ditakdirkan PAS memenangi semua kerusi parlimen yang ditandinginya pada 2008, parti Islam itu masih tidak berupaya melasanakannya tanpa sokongan daripada sekutu mereka di Pakatan. Bertelagah sampai kiamat
"Bagi pilihan raya ke-13, agenda ini bukannya relevan kerana kita bukan berlawan sesama sendiri. Selagi BN mengeksploitasi dikotomi ini, ia menjadi tumit Achilles bagi Pakatan.
Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, baru-baru ini sekali lagi bertikam lidah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencadangkan hukum hudud dilaksanakan jika ditakdirkan Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan.
Menurut Nik Aziz undang-undang Islam diperlukan bagi membanteras gejala sosial, tetapi Karpal dan Lim bertegas, perlembagaan Malaysia menentukan bahawa negara ini akan ditadbir oleh undang-undang dan konvensyen sekular.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan