Ahad, 7 November 2010

Apakah Saranan Dr.Asri itu Ikhlas ?

Saya tertarik untuk mengulas pendapat Dr Asri yang lebih di kenali sebagai  " Bekas Mufti Perlis " ( BMP ), yang sejak seruannya agar Datuk Sri Anwar Ibrahim ( DSAI ) bersara dari arena politik telah di sambut dengan paluan kompang oleh akhbar milik Umno iaitu Utusan Malaysia, saban hari irama ini ditiup agar rakyat mempercayai bahawa kononnya pendapat BMP ini betul dan benar .

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin (gambar) mengulangi pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berundur daripada dunia politik bagi mengelakkan pembangkang hilang momentum sokongan.   ( berita seterusnya )

Hari ini sekali lagi Utusan Malaysia meneruskan tiupan serulingnya dengan penegasan dari BMP itu kononya Anwar tetap perlu berundur, persoalannya apakah pendapat BMP ini benar  dan ikhlas ?

Perkara pertama yang perlu di renungi sebelum kita menerima pendapat BMP ini ialah, siapakah calon pengganti yang mahu kita gantikan tempat DSAI ini,  setakat ini belum ada tokoh yang kita jumpa untuk menggantikan DSAI, lagi pun orang yang boleh kita panggil tokoh itu sebenarnya tidak sentiasa ada, malah ada kalanya beratus tahun baru muncul seorang tokoh .

Perlu kita sedari bahawa di peringkat kedudukan pembangkang di Malaysia sekarang ini, mereka memerlukan se-seorang pemimpin yang boleh di terima oleh semua pihak, kita fahamlah bahawa di Malaysia  dan begitu juga di seluruh dunia, muncul begitu banyak parti-parti kecil,  yang mempunyai hala tuju masing-masing itu, perlu digabungkan  jikalau berhajat mahu menumbangkan parti yang sedang memerintah, adalah tidak munkin sebuah parti sahaja boleh melawan kekuatan parti yang sedang memerintah. Oleh itu disinilah peranan seorang pemimpin yang boleh di gelar tokoh untuk menjadi tunggak penyatuan. 

Siapakah tokoh itu selain DSAI ?  jawapannya setakat ini belum ada, apakah ketiadaan tokoh yang boleh mengambil alih tempat DSAI itu maka kita akan menganggap pembangkang itu lemah ?  tidak juga....... seperti yang saya kata tadi tokoh itu tidak selalu muncul......

Didalam keadaan pembangkang  sedang ketiadaan tokoh penyatuan yang boleh menandingi DSAI ini, tiba-tiba muncul cadangan dari  Dr. Asri supaya DSAI berundur, apakah cadangan ini ikhlas ?  pertama kita meraguinya kerana ada ura-ura Dr Asri ini mahu menyertai Umno dan munkin cadangan ini adalah sebagai bayaran untuknya mendapat tempat di dalam Umno itu sendiri, maklumlah sekarang ini ramai juga mereka yang berpendidikan agama di berikan tempat didalam Umno itu.

Yang sudah pasti jika kita bersetuju dengan pendapat Dr.Asri ini maka harapan pembangkang untuk menuju ke Putra Jaya menjadi mimpi semata-mata dan memang itulah hasrat sebenarnya BMP ini menyuarakan pendapatnya itu, tetapi yang malangnya pendapat Dr Asri yang songsang ini di sambut secara senyap pula oleh sesetengah pemimpin Pas, ada dikalangan  pemimpin Pas yang termakan umpan yang di hulurkan oleh BMP ini dan terus menelannya tanpa berfikir panjang.

Memang di akui aura DSAI kini tidak seperti dahulu lagi, antara penyebabnya ialah tuduhan liwat kedua yang dikenakan keatasnya secara tidak lansung telah mengurangkan populariti beliau walau pun sebenarnya tidak ramai yang terpedaya dengan konspirasi pihak pemerintah itu namun sedikit sebanyak ada juga yang terleka dan menjadi berbelah bahagi keyakinannya dengan drama yang di ulang tayang itu.

Faktor seterusnya ialah projek 916  DSAI, ini juga diakui sedikit sebanyak  telah menjejaskan kredibeliti beliau, pelik juga  macam mana beliau boleh begitu yakin kononya projek 916 itu boleh berjaya, memang memeningkan, akhirnya yang di kejar tidak dapat yang di kendong keciciran ( baca Negeri Perak )

Tidak juga di nafikan,  faktor umur dan masa juga memainkan peranan mengurangkan sedikit sebanyak populariti DSAI, namun kita jangan lupa Ayatollah Khomeini yang di ketika kemuncak kejayaannya di ketika beliau berumur 80 lebih, namun agak keterlaluian jika kita mahu membandingkan DSAi dengan tokoh agung Iran itu, oleh itu kita menerima faktor umur dan masa boleh menjejaskan kehebatan sesorang tokoh itu.

Sebab terakhir bagi saya ialah aura PM Datuk Sri Najib Tun Razak ( DSNTR  ) di percayai berjaya membayangi aura DSAI, walau pun aura DSNTR ini sebenarnya banyak bergantung kepada kehebatan Allahyarham bapanya Tun Razak, namun di akui bagi orang Melayu terutama masyarakat Melayu di dalam Felda  sangat menyanjungi tokoh bersejarah itu sehingga jika ada kesalahan DSNTR pun mereka sanggup mengetepikan demi nostalgia mereka kepada Tun Razak.

Berdasarkan beberapa faktor yang saya bentangkan diatas, jelas buat beberapa tahun kehadapan  ini DSAI masih di perlukan oleh masyarakat Malaysia yang dahagakan perubahan yang tidak mampu malah tidak munkin dilakukan oleh para pemimpin Barisan nasional kini dan selamanya.

Oleh itu saranan Dr Asri itu tidak lebih dari saranan seorang yang sengaja mencari populariti dan mengintai tempat didalam Umno semata-mata, lagi pun kita jangan lupa jiwa DSAI adalah jiwa politik, jiwa membela rakyat,  mana munkin orang yang berjiwa seperti ini boleh bersara dari dunia yang di minatinya, kalau bersara juga munkin DSAI boleh jadi gila.

Jangankan DSAI, Ibrahim Ali pun pernah menegaskan bahawa dirinya tidak akan boleh bersara dari dunia politik, jadi usahlah mencadangkan DSAi bersara dari politik kecuali itu adalah kemahuannya ...........








1 ulasan:

DSAI berkata...

1) mmg patut sgt la berhenti & dok kat rumah diam2. dah la pemilihan parti dah byk penyelewengan, tu blom lg pegang NEGARA MALAYSIA. baru jd ketua parti dah seleweng mcm gila.

2) meliwat tak habis2. orang gila je nak lantik orang GAY macam DSAI bangang tu jd PM. layak mampos je dia tu!

3) Tak habis2 dengan awek dia si Azmin tu... gila bontot betul!