KUALA LUMPUR 12 Dis. – Agensi perisikan Singapura mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara....Berita Penuh
Setelah menatap berita diatas, saya dapati didalam keghairahan Utusan mempromosikan kenyataan yang berasal dari Agensi perisikan Singapura yang kemudian di panjangkan pula kepada agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) memperakukan pertuduhan liwat yang dihadapi oleh DSAI adalah kononnya benar, saya dapati pihak-pihak yang selama ini sering mendabik dada sebagai benteng di dalam mempertahankan kedaulatan Negara senyap dan diam membisu.
Mereka-mereka yang saya maksudkan itu ialah PERKASA dan lain-lain NGO yang sewaktu dengannya, jikalau selama ini bila keluar sahaja kenyataan terutama dari DSAI yang agak konstroversi sedikit walaupun belum jelas akan arah tuju dan buah butirnya, namun akan segera disanggah dan disertakan dengan tunjuk perasaan, tetapi agak berlainan pula bila berhadapan dengan kenyataan dari Singapura ini biar pun jelas ianya boleh menggugat kedaulatan Negara.
Apa yang saya maksudkan ialah, berkaitan berita bahawa badan perisikan Singapura memperolehi maklumat tersebut melalui kaedah memintas talian komunikasi negara..... munkin bagi sesetengah orang, sesiapa sahaja boleh memintas talian tersebut, tetapi bagaimana pula jikalau kita andaikan bahawa didalam usaha Singapura memperolehi maklumat sulit dari Malaysia, mereka bukan sahaja memintas berkaitan maklumat biasa tetapi juga meliputi maklumat-maklumat sulit Negara hatta maklumat ketenteraan Negara Malaysia.
Saya percaya bagi sesetengah pihak, oleh kerana terlampau gembira diatas kesudian Singapura yang turut memperakukan bahawa perbuatan liwat oleh DSAI adalah benar-benar berlaku, maka perbuatan Singapura mengintip perkara rahsia dari Malaysia telah dianggap tidak mengapa.
Kadang-kadang terfikir juga oleh kita apakah kenyataan dari Singapura ini boleh dipercayai ? atau munkinkah ianya di dorong oleh kerana sesuatu kepentingan yang hanya Singapura sahaja yang tahu......... munkin konsep gua tolong lu..., lu tolong gua..... boleh berlaku......... wallahhuaqlam.
1- Diplomat Singapura hina negara jiran
SINGAPURA - Diplomat-diplomat Singapura menganggap para pemimpin di beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia sebagai korup, tidak cekap atau bodoh, menurut kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks semalam. Lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan