Sabtu, 22 Januari 2011

Setelah 53 tahun merdeka ada lagi yang tidak faham

Sempena PRK Tenang, saya terbaca satu blog yang di tulis oleh seorang anak muda yang bernama Azli Shukri yang saya petik seperti dibawah .....


Kakitangan Awam Tidak Tahu Bersyukur : Berapa Ramai Lagi Seperti Cikgu Normala?

1. Calon PAS DUN Tenang, Normala Sudirman bolehlah diistilahkan sebagai manusia yang tidak tahu menunjukkan kesyukuran kepada kerajaan yang selama ini menerimanya sebagai pekerja di sektor awam. Sebagai seorang bekas guru yang gajinya dibayar oleh kerajaan pada hari ini tergamak berpaling tadah dan menentang semula parti yang menjadi tulang belakang majikannya. Soalnya mengapa sekarang baru berhasrat meninggalkan profesyen perguruan? Mengapa tidak dari awal-awal lagi bekerja sendiri dan meletakkan jawatan sebagai guru? Sekiranya selama ini beliau begitu banyak tidak berpuashati dengan dasar dan polisi pihak kerajaan?

2. Guru seperti Normala inilah yang sebenarnya banyak merosakkan pelaksanaan serta dasar-dasar kerajaan yang sepatutnya dilakukan oleh kakitangan awam. Golongan seperti ini kebiasaannya hanya mahu makan gaji semata-mata - jauh sekali menyokong dan melaksanakan perintah yang telah digariskan oleh kerajaan dengan ikhlas. Soalnya, berapa ramai lagi kakitangan awam yang bersifat "talam dua muka" seperti Cikgu Normala ini? Saya fikir rencana tulisan Ben Mustaffa di bawah ini patut kita renungi.

 dan jawapan dari seorang  yang menamakan dirinya Acahaje seperti dibawah ini .....




Blogger acah aje... said...



Mula2 saya malas nak layan pendapat sepertimana yg di tulis oleh sdr, namun memikirkan bahawa tulisan ini boleh mengundang kekeliruan kepada mereka2 yg tidak boleh berfikir maka saya gagahkan juga menulis.

Dakwaan kononya kakitangan kerajaan tidak tahu bersyukur kerana bertanding sebagai calon pembangkang kerana semasa belajar menerima biasiswa.

Persoalan ini sepatutnya Azli sebagai org yg pandai, tahu jawapan yg sebenarnya tetapi munkin kerana mahu mengelirukan org lain persoalan yg bodoh ini diutarakan juga.

Yg pertama perlu kita faham bahawa wang yg di belanjakan oleh kerajaan yg memerintah adalah wang yg di perolehi dari sumber rakyat dan negara, semua ini meliputi dan termasuk melalui cukai pendapatan yg dibayar oleh org ramai, hasil mahsul negara seperti balak, emas, dan yg seumpamanya, hasil saman dan pelbagai lagi yg sepertinya.

Yang pasti wang tersebut di perolehi dari hasil mahsul bumi Malaysia ini dan bukan langsung dari poket UMNO dan BN.

UMNO dan BN yg kononnya menjadi Kerajaan hanyalah sebagai pemegang amanah semata-mata, itu pun kita dapati Kerajaan UMNO dan BN begitu banyak menyelewengkan duit negara untuk dijadikan peruntukan parti bagai mengerakkan jentera partinya.

Melalui pemegangan amanah tersebut yg di perolehi lesennya setiap 5 tahun sekali dan telah berlangsung pemegangannya selama 53 tahun itu lah, Kerajaan UMNO/BN telah memutar belitkan kenyataan bahawa segala wang yang di pegang selama ini adalah duit nya.

Sehingga dia mengaku sesiapa yg menerima beisiswa dan lain2 bantuan dan tidak menyokongnya adalah seorg yg tidak tahu berterima kasih.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah, rakyat dan juga termasuk kakitangan awam telah hilang keyakinan terhadap penmegang amanah yg tidak jujur seperti Kerajaan UMNO/BN ini yg telah menganggap segala wang yang didalam pemegangan amanahnya dianggap wangnya sendiri.

Buktinya adalah seperti dari dakwaan org sepertimana sdr ini
January 22, 2011 5:34 PM


4 ulasan:

mosabit berkata...

Tu lah...Azli Shukri ...

ko lain kali kalau bodoh..jangan lah bagi tau orang lain...

kan dah bertambah bodoh ko tu....?

jadi selama ni hidup ko asyik bershukur dengan KERAjaan ko tulah..
bunyi macam ko ni penganut tegar islam hadari jer....??

tapi rasanya spesis ko ni ialah spesis bodoh yang tak boleh diajar..dan pandai yang tidak boleh di ikut...

kah kah kah kah kah kah ....

Muhammad faiz mahayudin berkata...

saya setuju.. saudara AZli perlu faham pendatan kerajaan bukan pendaptan BN dan Umno. Mengapa perlu berfikiran sebegini.

xpara87 berkata...

kalau bodoh jangan bagi tau orang hahahahah
Kesian dia.

xpara87 berkata...

kalau bahlol jangan kasi tau orang..hahahahahahahah
Kesian dia.
1 Malaysia dah tau, dia BAHALOL