Selasa, 8 Mac 2011

Cara Berpolitik Yang Baru

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan satu yayasan bagi membiayai kegiatan parti-parti politik di negeri itu.

Katanya, tindakan itu antara lainnya bermatlamat untuk mengelakkan anggota parti daripada mengambil peluang dengan menggunakan naungan politik bagi mendapatkan projek dan juga menghentikan perbuatan rasuah.

"Tujuan utama kita adalah untuk memperbaiki demokrasi dan tatacara pentadbiran kerajaan," katanya ketika bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.
NONE
Jelasnya, isu utama dalam perkara ini ialah masalah pendapatan yang tidak mencukupi bagi seseroang wakil rakyat untuk membiayai kegiatan politiknya.

"Jadi mereka (wakil rakyat) itu perlu mendapatkan bantuan daripada orang lain. Tapi... bila anda mendapatkan sokongan daripada orang lain, secara semula jadinya orang itu akan mengharapkan sesuatu sebagai balasan.

“Oleh itu anda akan terlibat dalam konflik kepentingan. Di satu sisi, anda perlu jaga kepentingan masyarakat. Di sisi satu lagi, anda perlukan sokongan parti untuk pembiayaan.

“Maka, apabila membuat keputusan, anda tidak akan bebas. Jika pembiayaan tidak lagi menjadi isu, proses membuat keputusan akan ditumpukan kepada perkara yang adil dan boleh dilaksanakan," jelasnya.

Kontrak pungut sampah

Khalid berkata perkara itu pada awalnya ditimbulkan dalam satu mesyuarat exco pada Jumaat lalu apabila kalangan anggota exco itu sendiri menyuarakan rasa bimbang akan ditekan oleh ahli parti yang tidak mendapat kontrak kerajaan.

Jelasnya, mesyuarat tersebut membincangkan mengenai penilaian ke atas pengurusan pungutan sampah di negeri itu dan juga peranan oleh Alam Flora Sdn Bhd dan juga sub-kontraktornya.

"Antara yang dibincangkan ialah tentang pemilihan – siapa yang akan mendapat kontrak dan perkara seperti itu. 
Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan satu yayasan bagi membiayai kegiatan parti-parti politik di negeri itu.

Katanya, tindakan itu antara lainnya bermatlamat untuk mengelakkan anggota parti daripada mengambil peluang dengan menggunakan naungan politik bagi mendapatkan projek dan juga menghentikan perbuatan rasuah.


"Tujuan utama kita adalah untuk memperbaiki demokrasi dan tatacara pentadbiran kerajaan," katanya ketika bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.


Jelasnya, isu utama dalam perkara ini ialah masalah pendapatan yang tidak mencukupi bagi seseorang wakil rakyat untuk membiayai kegiatan politiknya.
"Jadi mereka (wakil rakyat) itu perlu mendapatkan bantuan daripada orang lain. 

Tapi... bila anda mendapatkan sokongan daripada orang lain, secara semula jadinya orang itu akan mengharapkan sesuatu sebagai balasan.

“Oleh itu anda akan terlibat dalam konflik kepentingan. Di satu sisi, anda perlu jaga kepentingan masyarakat. Di sisi satu lagi, anda perlukan sokongan parti untuk pembiayaan.

“Maka, apabila membuat keputusan, anda tidak akan bebas. Jika pembiayaan tidak lagi menjadi isu, proses membuat keputusan akan ditumpukan kepada perkara yang adil dan boleh dilaksanakan," jelasnya.

Kontrak pungut sampah

Khalid berkata perkara itu pada awalnya ditimbulkan didalam satu mesyuarat exco pada Jumaat lalu apabila terdapat dikalangan anggota exco itu sendiri menyuarakan rasa bimbang bahawa mereka akan ditekan oleh ahli parti yang tidak mendapat kontrak kerajaan.

Jelasnya, mesyuarat tersebut membincangkan mengenai penilaian ke atas pengurusan pungutan sampah di negeri itu dan juga peranan oleh Alam Flora Sdn Bhd dan juga sub-kontraktornya.

Saya kata, kerajaan perlu bertegas dalam soal pemilihan. Ia perlu sempurna dan telus.

"Kemudian ada anggota exco yang kata 'eh, jika kita buat begitu, kita akan ditekan oleh anggota parti kita sendiri, jika mereka tidak mendapat sebahagian daripada kontrak itu'," katanya.

Susulan daripada perbincangan itu, anggota exco berkenaan kemudiannya mencadangkan supaya Selangor menganjurkan satu amalan baru di mana kerajaan sendiri membiayai kegiatan parti politik.

"Ini bermakna kita telah mencapai tahap di mana kita sudah sedia untuk berubah. Sebelum ini, semua orang memendamkan perasaan itu – 'oh nanti orang lain pula dapat bisnes, jadi lebih kuat daripada kita.'

"Tapi sekarang, kita sanggup berkata – 'kenapa kita tidak selesaikan pada peringkat makro?'

"Saya juga telah beberapa kali sebut dalam ucapan saya di parlimen mengenai keperluan untuk kerajaan membiayai parti politik supaya kita dapat mengurangkan atau menghapuskan rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya lagi.

Agih peruntukan ikut jumlah undi

Antara cadangan yang dilontarkan ialah penubuhan tabung amanah oleh kerajaan negeri yang seterusnya mengagihkannya kepada semua parti berdasarkan bilangan undi yang diperolehi setiap parti.

Langkah berkenaan telah pun diamalkan di negara Eropah yang telah lama mengamalkan demokrasi seperti Jerman dan Sweden.

"Jadi jika anda menang besar, anda dapat lebih banyak wang. Jika parti anda kecil anda mendapat wang yang kurang. 

Tapi sedikit demi sedikit, parti ini akan menjadi parti yang lebih besar dan mereka akan dapat lebih lagi.

"Jadi mungkin mereka dapat bergantung kepada duit pembayar cukai bagi pentadbiran parti," katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan negeri juga tidak berdepan masalah untuk mengagihkan wang kepada parti BN sekalipun.

"Jika idea kita ini berjaya dilaksanakan, BN akan mendapat habuan besar, tapi mereka juga tidak boleh korup, itulah asasnya.

"Mereka juga perlu umumkan siapa yang menyumbangkan wang, seperti di Taiwan, ia akan direkodkan," katanya lagi.

Bukan sekadar utopia

Khalid bagaimanapun menyedari bahawa langkah itu sukar untuk diterima, namun beliau optimis bahawa ia bukanlah satu perkara yang tidak mungkin akan tercapai.

"Bagaimana negara Jerman boleh laksanakan dan kenapa Malaysia tidak boleh ? Ia bukan satu perkara mustahil," tegasnya.

Tambahnya, negara berkenaan mungkin telah mencapai satu tahap intelektual yang tinggi dalam berpolitik dan juga telah lama mengamalkan demokrasi.

Namun, negara ini juga perlu mempelajari kaedah terbaik daripada hasil yang ditunjukkan oleh negara-negara berkenaan, katanya lagi.

Katanya lagi, langkah pertama yang akan dijalankan adalah menjemput para wakil daripada negara berkenaan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai idea itu dalam satu forum yang akan diadakan pada April......( dipetik dari Malaysia Kini )



Setelah membaca kenyataan Tan Sri Khalid diatas, terfikir saya kenapa kerajaan BN selama ini tidak pernah terfikir untuk memikirkan perkara ini, yang mereka fikirkan ialah bagaimana mahu mendapatkan kekayaan sebanyak munkin untuk diri sendiri dan sedihnya orang ramai terus tertipu dengan lagak pemimpin BN tersebut................Tahniah Tan Sri Khalid.



Tiada ulasan: