KUALA LUMPUR 12 Mac - Rakyat terutama di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang perlu diberi kesedaran dan pengetahuan tentang usaha yang dilakukan kerajaan dalam membantu membangunkan kawasan mereka.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini kerana ada rakyat tidak mengetahui bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang membawa pembangunan itu dan masih menganggap wakil rakyat daripada parti pembangkang yang melaksanakannya.
"Di kawasan Parlimen yang dikuasai pembangkang seperti Kepong ini, yang membawa pembangunan adalah BN, kalau tidak ada perjuangan BN di Kepong tidak akan ada pembangunan pun. Semuanya adalah hasil titik peluh BN di Kepong.
"Siapa yang membawa pembangunan di Kepong, bukan pembangkang tapi BN dan satu hari nanti rakyat akan sedar tentang hakikat ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Karnival Jalinan Rakyat anjuran Wanita BN Kepong yang dirasmikan Anggota Dewan Negara yang juga Ketua UMNO Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid di sini hari ini. - Bernama Di petik dari ( Sini )
Saya nak tergelak membaca kenyataan ini "Siapa yang membawa pembangunan di Kepong, bukan pembangkang tapi BN dan satu hari nanti rakyat akan sedar tentang hakikat ini, ............ ha..ha..ha.....pelik sungguh ......memanglah menjadi tanggung jawab parti yang berjaya membentuk Kerajaan selepas PRU yang membawa pembangunan sebab mereka pegang segala duit yang di pungut dari rakyat, tetapi duit tersebut bukan milik parti mereka tetapi milik Kerajaan yang memerintah pada masa itu.
Tugas pembangkang pula ialah menegur dan mendedahkan penyelewengan yang di lakukan oleh parti yang menjadi Kerajaan ............... nak bawa pembangunan macam mana sebab duit negara bukan mereka yang pegang..................
pening....pening...pening.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan