Isnin, 9 Januari 2012

Propaganda TV

Keputusan perbicaraan Datuk Sri Anwar Ibrahim ( DSAI ) hari ini sudah di ketahui, pada malam ini sambil menghadapi hidangan malam, saya menunggu siaran berita ( baca propaganda) dari TV3 jam 8.00 malam, sudah lama saya tidak mengikuti sebarang berita dari semua saluran tv kerana saya sudah tahu apa yang mahu mereka katakan, oleh itu tidak perlu lagi saya menyakitkan hati sendiri dengan menonton propaganda mereka.

Hari ini saya ubah fikiran kerana mahu melihat gaya persembahan berita setelah saya mendapat tahu dari Internet bahawa DSAI di bebaskan, saya fikir munkin ada perubahan, rupanya saya silap, seperti biasa apabila berita tersebut tidak menyebelahi pihak penguasa rasuah ini, maka berita mengenainya hanya sedikit sahaja, malah gambar penyokong DSAI yang berhimpun di luar Mahkamah tidak disiarkan lansung.

 Jikalaulah saya tidak melihat gambarnya di Internet, munkin saya seperti penyokong Umno yang lain menyangka bahawa kumpulan perkasa lebih ramai dari kumpulan DSAI, begitulah saluran tv kita berjaya meperbodohkan orang-orang kampung dan masyarakat felda supaya mempercayai kononya DSAI tidak ada penyokong, itulah demokrasi yang kita warisi dari kerajaan BN.

Saya mengikuti terus berita tersebut dan saya dapati berita tentang Hasan Ali yang di pecat dari PAS mendapat liputan lebih lama sehingga di ulang berkali-kali, maklumlah pada pemikiran mereka,  berita ini yang boleh menguntungkan mereka.

Hasan Ali bertempik kononnya dia di pecat kerana Anwar Ibrahim, sedangkan katanya PAS tidak perlu membela Anwar di sebabkan kononya isu liwat ini adalah isu peribadi Anwar, ayat itulah di ulang berkali-kali bagi mempengaruhi orang PAS supaya menyokongnya.

Persoalannya, benarkah  kes liwat ini adalah soal peribadi Anwar ?  jikalau benar begitu, sangat mudah bagi Anwar menyelesaikannya, Anwar hanya perlu mendiamkan diri dan meninggalkan bidang politik, pasti kesnya akan dilupakan begitu sahaja, sepertimana yang telah dilakukan oleh berapa pemimpin terdahulu yang menghadapi pelbagai kes, sejak semasa Mahathir memerintah sampailah sekarang.

Tetapi Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar, beliau tidak selesa melihat rakyat ditindas oleh penguasa yang zalim ini dan beliau telah berazam mahu membebaskan rakyat dari cengkaman itu, di sebabkan semangat inilah Anwar di pukul, di telanjang, di penjarakan dan pelbagai deraan lagi yang jika terkena pada orang lain pasti sudah mengalah.

Setelah keputusan Mahkamah hari ini apakah anda fikir bahawa seksaan terhadap Anwar sudah berakhir ?

Jawapannya pasti tidak, pertama mereka yang tidak berpuas hati di atas pembebasan ini, akan berusaha untuk membuat semakan ke Mahkamah Rayuan pula dan kita jangan lupa terhadap apa yang berlaku kepada Datuk Sri Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak dahulu.

Semasa di peringkat Mahkamah Tinggi, Nizar menang tetapi tidak sampai 24 jam selepas itu, kes beliau dibawa ke Mahkamah Rayuan dan beliau dinafikan haknya sebagai Menteri Besar, apakah peristiwa seperti ini tidak akan berlaku kepada kes DSAI ?

Kita jangan lupa DSAI juga diaibkan dengan kes melanggan pelacur dan isu ini masih di ulang-ulang walaupun jika diamati, jelas bahawa individu tersebut bukan DSAI, perhatikan hidung, potongan rambut dan perut individu tersebut yang boroi sedangkan perut DSAI kempis, namun itu bukan persoalannya, yang penting Mak Cik, Pak Cik di kanpung-kampung dan Masyarakat felda boleh di pengaruhi dan dari pengamatan saya, memang ramai juga kelumpuk ini yang terpengaruh.

Saya cuba juga menerangkan kepada mereka-mereka ini tetapi apalah sangat usaha kita jika di bandingkan dengan usaha semua saluran tv dan akhbar yang saban hari memomokkan berita yang sama, tambahan lagi kelompok kampung ini terlalu taksub dengan kerajaan.

Bagi mereka-mereka ini, Kerajaan itu adalah BN dan BN itu adalah Kerajaan, persepsi ini bukan mudah untuk di ubah, Itulah sebabnya jika kita memberitahu tentang pelbagai penyelewengan Kerajaan BN, mereka semacam tidak percaya, ceritalah pasal projek lembu bertukar menjadi kondo serta kosnya sehingga 250 juta, mereka buat tidak tahu saja, bagi mereka itu duit dia, dia punya pasallah, kalau kita kata itu duit kita juga, dia kata, bila masa pulak kita beri kat dia....... memang payah......

Satu lagi modal Umno yang sering mereka dendangkan ialah bahawa DAP itu musuh Melayu, walau berbuih mulut kita menerangkan bahawa MCA itu lebih perkauman dari DAP, mereka tetap percaya kononya DAP lebih bahaya dari MCA dan perlu dijauhi.

Oleh itu saya percaya tugas untuk mengalahkan BN ini bukan mudah dan DSAI menyedari perkara ini, tetapi DSAI ini jenis bukan mudah putus asa, kerana itu slogan DSAI yang terbaru sangat sesuai untuk dijadikan inspirasi didalam perjuangan, iaitu kata DSAI, " Yang penting bukan kebebasan saya, tetapi kebebasan Rakyat dari belenggu Kerajaan Barisan Nasional "  lawan tetap lawan............ Sekian.

Baca juga yg di bawah ini.....



8 ulasan:

Anwar Ibrahim ITU BABI berkata...

1) harakah tu bukan propoganda jugak ke?

2) anwar ibrahim itu peliwat!

3) PKR sign akujanji dengan Polis, tapi kemudian PKR juga mungkiri. PKR = MUNAFIK

4) tak sampai 5000 org yg dtg sokong anwar ibrahim peliwat tu. mana 100 ribu azmin?? PKR makin tak ada sokongan.

5) Hassan Ali kena pecat. Pas makin dikuasai anwar ibrahim, PKR & DAP. mana ISLAM Pas?

6) anwar ibrahim beromen dengan pelacur. orang bodoh saja yang tak percaya. video sangat jelas itu adalah anwar!

7) mmg benar BN = Kerajaan. sehinga BN kalau di peringkat pusat, baru BN = Pembangkang.

8) DAP memang musuh Islam & Orang Melayu. DAP tak pernah membela Islam. DAP tak pernah membela orang Melayu. DAP = KOMUNIS!

9) Dah menang (untuk hari ini) kenapa anwar ibrahim begitu takut untuk bersumpah?

10) anwar ibrahim boleh menipu orang-orang yang pendek akal. anwar ibrahim, tunggulah hukuman "tunai" daripada Allah.

ababina328 berkata...

Masyaallah !!! kenapa sdra sampai sanggup menggunakan nametag sebegitu rupa ....sampai membenci Anwar begitu sekali ?

1- Kemunkinan sdra adalah dikalangan penyokong tegar BN

2- Kemunkinan sdra adalah org upahan BN

3- Kemunkinan sdra adalah di antara
org yg sudah ditutup mata hati oleh Allah di dalam mencari kebenaran.

Anwar berjuang demi rakyat, membebaskan rakyat dari kerakusan kuasa kerajaan BN, untuk melawan Anwar secara lisan kerajaan BN tidak mampu, kerana itu lah pelbagai fitnah di hamburkan.

Umno terpaksa menggunakan segala saluran untuk memburukkan Anwar,

Jikalau hal ini masaalah peribadi
apa perlunya Umno campur tangan, biarlah si Saiful sahaja berhadapan dengan Anwar.

Ini tidak, segala jentera kerajaan di gunakan bagi memalukan Anwar, inikah masaakah peribadi ?

Cubalah fikirkan dan cuba bayangkan jika sdra berada di tempat Anwar.... semoga sdra bertaubat.

Semoga Allah mengampunkan sdra diatas keceluparan sdra menyambung fitnah terhadap Anwar yg dilakukan oleh Umno.............amin,amin yarabbal alamin.

Anwar Ibrahim ITU BABI berkata...

1) jtak ada upah2. ini ikhlas drpd hati untuk menyedarkan orang-orang yang pendek akal.

2) "Anwar berjuang demi rakyat, membebaskan rakyat dari kerakusan kuasa kerajaan BN"????? - kau nak kencing siapa dolll???

3) apa yang anwar ibrahim buat untuk rakyat???

4) anwar ibrahim sokong perhimpunan gay & lesbian, golongan main bontot macam dia jugak. adakah itu pemimpin yang boleh disokong??

5) anwar ibrahim sokong MURTAD. adakah itu pemimpin yang nak di sokong???

6) anwar menolak hukum ALLAH. itu pemimpin yang nak disokong??

7) anwar ibrahim dapat dana daripada YAHUDI. itu pemimpin yang nak diangkat jadi PM?

8) anwar ibrahim takut bersumpah laknat kerana dia tahu dia memanng bersalah!

8) kerajaan bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat, bahawa anwar ibrahim itu pemimpin bangsat.

9) semakin ramai pemimpin-pemimpin PKR yang dulunya orang kanan PKR lari meninggalkan anwar ibrahim.

10) takkan tak boleh pikir kot.

11) mereka-mereka itu bukan pemimpin murahan.

12) mereka antara yang sanggup masuk JEL untuk anwar

13) akhirnya mereka sedar betapa BANGSAT nya anwar ibrahim

14) anwar boleh pegi jahanam!

15) anwar adalah LAKNATULLAH!!!

ababina328 berkata...

Ha ha ha ha, saya tergelak besar membaca ulasan sdra, tak pe lah, tiada masaalah, kami dari penyokong PR sangat yakin apa yg sdra senaraikan itu hanyalah fitnah semata-mata, biasalah didlm politik, kerja begini adalah biasa untuk memusnahkan musuh.

Anwar adalah seorg yg boleh diharapkan utk membimbing rakyat M'sia di alaf akan dtg, Anwar adalah seorg yg bersih dari rasuah, jika Anwar ada melakukan rasuah walau sebesar kuman pun sudah lama akan di tangkap.

Tetapi sejarah menunjukkan sebaliknya, tiada tangkapan yg berkaitan rasuah wang, oleh itu siapa lagi yg boleh kita harapkan untuk menjadi PM dimasa akan dtg jika bukan
Anwar.

Doa saya semoga Allah membuka hati sdra utk menyokong perjuangan murni ini........terima kasih kerana sudi memberikan ulasan.

Anwar Ibrahim ITU BABI berkata...

1) gelak-gelak juga. tapi kebenaran memang tak boleh dinafikan.

2) buktikan anwar ibrahim tidak menyokong MURTAD? dalam youtube bersepah bukti-bukti ucapan anwar ibrahim yang menyokong MURTAD. boleh nafikan?

3) dalam youtube bersepah video ucapan anwar menolak hukum ALLAH. boleh nafikan?

4) anwar ibrahim bersih daripada rasuah???

5) bersepah-sepah bukti anwar ibrahim menyeleweng yang didedahkan sebelum ini.

6) satu pun soalan-soalan diatas tak boleh di jawab.

7) sebab memang anwar ibrahim tak boleh dibela

8) anwar ibrahim memang sangat celaka

9) jangan FANATIK saudara!

10) setiap berita ALLAH suruh periksa dulu, betul tak?

11) kenapa tak berani buat kajian keBANGSATan anwar ibrahim?

12) FANATIK akan menutup hati!

13) FANATIK akan menybabkan mata menjadi BUTA!

14) kaji sendiri. pasti AKAL akan nampak keBANGSATan anwar ibrahim!

15) untuk PERMUALAAN, kalau betul saudara BERANI BERKATA BENAR, WALAUPUN PAHIT, buktikan anwar ibrahim menentang perbuatan MURTAD

16) itu paling ASAS untuk umat Islam

17) BUKTIkan saudara, anwar ibrahim menentang MURTAD

18) kalau yang ASAS pun anwar ibrahim GAGAL, macam mana nak bela UMAT ISLAM?

19) BUKTIKAN!

Anwar Ibrahim ITU BABI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ababina328 berkata...

Terima kasih kerana sdra memberikan begitu banyak info tentang keburukan Anwar yang selama ini saya tidak ketahui.

Kadang-kadang saya terfikir, kenapalah Anwar begitu bersusah payah berjuang untuk membela rakyat, berusaha menyatukan rakyat dengan merapatkan saf kepimpinan diantara pelbagai kefahaman parti-parti.

Kenapakah beliau tidak mengambil pendekatan yang pernah diambil oleh tokoh-tokoh terdahulu di dalam Umno seperti Tengku Razaligh Hamzah, Musa Hitam dan yang lain-lain, dimana apabila berkrisis dengan Dr.Mahathir mereka terus meletakkan jawatan dan berundur dari kabinet.

Jikalau beliau mengambil pendekatan seperti tokoh-tokoh
yang saya sebutkan diatas semasa di awal pemecatan dari kabinet Dr Mahathir dahulu, saya percaya beliau kini hidup senang samaada di dalam negeri atau luar negeri.

Syaratnya beliau jangan melawan dan biarkan sahaja penguasa ini mahu mengaut wang dan menyelewengkan wang negara.

Biarkan sahaja apa pun yang mahu dilakukan, dari kes BMF, Perwaja, PKFZ daln lain-lain, malah terbaru kes Shahrizat dengan lembunya.

Buat apalah beliau bersusah payah........

Musa Hitam, apabila dipecat tetapi beliau sanggup berundur secara terhormat, di anugerahkan jawatan malah terakhir di Sime Darby dengan gaji puluhan ribu ringgit.

Tengku Razaligh terus kekal sebagai ahli Parlimen Gua Musangnya........Tidak digangu, syarat! Jangan melawan.

Tetapi Anwar lain, beliau melawan, kerana melawan, terimalah akibatnya dari pihak yang sangat tinggi moralnya.

Begitulah hukum karma yang diamalkan diMalaysia, siapa melawan akan terima hukumannya dari pihak yang sangat berkuasa.

Seperti yang sdra telah senaraikan diatas tentang pelbagai salah laku dan tidak mustahil senarai tersebut akan lebih panjang dari itu.

Malah munkin dikehadapan ini kesalahan akan lebih serious seperti membunuh dan hukumannya juga akan berakhir di tali gantung seperti yang dialami oleh Zulfikar Ali Bhutto, bekas Presiden Pakistan dahulu.

Oleh itu munkin satu nasihat yang sesuai di berikan kepada Anwar, bersaralah kamu dari politik, biarlah penguasa yang murni akidahnya, murni akhlaknya terus memerintah selama-lamanya di Malaysia........

Begitulah kehendak politik di Malaysia......adanya.

Anwar Ibrahim ITU BABI berkata...

1) anwar ibrahim meliwat, salah UMNO

2) anwar ibrahim berzina dengan pelacur, salah UMNO

3) anwar ibrahim mahu gay dibenarkan di Malaysia, salah UMNO

4) anwar ibrahim agen yahudi, salah UMNO

5) semuanya salah UMNO lah

6) anwar buatlah apa pun, semuanya salah UMNO

7) akai tarak ka?

8) tak boleh pikir sendiri ka?

9) semua anwar kata mesti betul ka?

10) kononnya "berkata benar walaupun pahit" jadi pegangang

11) sampai sekarang tak boleh buktikan anwar ibrahim menentang MURTAD

12) bila blogger-blogger dedahkan anwar menyokong MURTAD, saudara kata itu penipuan

13) padahal bukti-bukti anwar ibrahim menyokong murtad bersepah-sepah dalam internet

13) mana bukti saudara anwar ibrahim menentang murtad???

14) kalau hal asas mengenai ISLAM anwar ibrahim tak boleh pertahankan, macam mana nak bela UMAT ISLAM?

15) saya CABAR saudara buktikan

16) buktikan juga saudara buat apa yang saudara ungkapkan

17) buktikan saudara berani berkata benar walaupun pahit

18) jangan sekadar menjadi FANATIK yang tak ada otak!

19) ingat saudara, FANATIK menutup akal, menutup hati, menutup budi, menutup bicara

20) setakat ini, saudara hanya terbukti menjadi seorang FANATIK tak berotak!