Cukup kecewa dengan sikap kawan-kawan
Mereka datang ke Pejabat saya tapi bukan nak jumpa saya. Mereka orang perjuangan dari parti sahabat.Saya sangka mereka mempunyai solidariti, tapi saya cukup kecewa bila Kak Hendon tanya mereka nak pergi Penanti atau tidak?
Tak apalah kalau tak pergi, tapi jawapannya amat mengecewakan. Parti kami tak bertanding, tak ada kena mengena dengan kami, tak perlu lah!
Mana dia semangat solidariti didalam PR? Kami dengan sukacita pergi ke Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Kami kira yang bertanding itu adalah PR, tak kira dari parti mana sekalipun!
Maka, apabila dikatakan: Parti kami tak bertanding, tak ada kena mengena dengan kami, saya sungguh kecewa. Dan bukan sedikitlah kekecewaan saya itu, dan mungkin saya akan ingat bertahun-tahun. Inikah solidariti yang ditunjukkan?
Kenapa rakan kita bersikap seperti itu ? saya pun tak mahu ulas ........cukuplah untuk saya termenung panjang..................
Kenapa rakan kita bersikap seperti itu ? saya pun tak mahu ulas ........cukuplah untuk saya termenung panjang..................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan