Sabtu, 2 Mei 2009

Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini ?

Penulis ingin berkongsi kelucuan yang penulis perolehi, setelah penulis membaca satu artikel di Utusan Malaysia bertajuk PKR, Pas 'umpan' BN

Yang menggelikan hati penulis ialah kerana yang mengeluarkan pendapat sedemikian rupa ialah Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamad Mustapha Ishak, bukan nya orang biasa-biasa tetapi Pensyarah Universiti.

Beliau mahu menunjukkan kepada umum bahawa pandangan beliau jauh lebih kehadapan lantas mengatakan kononya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sengaja mewujudkan konflik kononnya berlaku pergeseran, seolah-olah boleh memberi peluang kepada BN untuk meraih kemenangan.

Sedangkan, jelas beliau, Penanti merupakan gelanggang pertarungan yang dicipta oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menaikkan momentumnya sebelum menghadapi kes liwat beliau di mahkamah pada Julai ini. "Sengaja mereka buat begitu (konflik), kalau tidak PKR akan jadi seperti kes syok sendiri atau ingin berlawan tetapi tiada lawan. Calon bebas bukannya lawan sebenar, jadi jika menang sekalipun tidak akan beri momentum kepada mereka,"

Mohamad berkata, sebenarnya PKR tidak akan berkompromi dalam perkara ini kerana kemenangan DUN Penanti amat penting bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

Bagaimanapun, katanya, BN pada masa ini berada dalam dua dilema iaitu:

(1) Sekiranya bertanding, bermakna terpaksa memasuki gelanggang PKR dan bakal berhadapan dengan reputasi dan persepsi teruk jika ditakdirkan tewas.

(2) Sekiranya tidak bertanding, BN bakal dicap sebagai pengecut sekali gus membolehkan PKR mendabik dada.

Sehubungan itu, kata Mohamad, BN perlu memikirkan penyelesaian terbaik supaya tidak mudah terperangkap dengan tipu daya PKR tetapi pada masa sama tidak pula dengan sewenang-wenangnya dianggap sebagai pengecut.

"BN kena congak betul-betul dan pastikan corak peperangan terbaik yang akan digunakan kerana pada masa ini PKR dan Pas sedang bersandiwara untuk membuka 'selera' BN supaya turut bertanding," katanya.

Begitulah pendapat seorang Dekan Universiti di sebuah Univerrsiti tempatan, anda nilailah sendiri pendapatnya sama ada anda bersetuju atau sebaliknya.

Tetapi bagi penulis, pendapat tersebut tersangatlah teruk nya, ada ke patut dikatanya Penanti merupakan gelanggang pertarungan yang dicipta oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menaikkan momentumnya ?

Apa dia tak terfikir ke, bagaimana peningnya kepala Anwar memikirkan bahawa si Fairus, iaitu wakil rakyat yang meletakkan jawatan tu, dah di komplen oleh orang di kawasan Penanti, bahawa dia tersangat jarang melawat kawasan, sehingga wujud satu laman blok khusus untuk menjatuhkannya iaitu Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang ! antaranya kisah ini

Siri 47 : Fairus 'corner' 360 darjah, salahkan Setiausaha Sulit dan lain-lain lagi.....

Anda bacalah sendiri didalam blog tersebut di posting yang lama-lamanya, kalau dia tak padam akan jumpalah masaalahnya, kenapa si Fairuz ni sering memeningkan kepala Anwar.









Tiada ulasan: