Ahad, 17 Mei 2009

Apakah perpaduan antara PAS dan PKR menjadi semakin rapuh ?

Apa yang saya ingin suarakan kali ini ialah berkaitan dengan salah satu dugaan didalam politik, apa yang saya maksudkan ialah pergeseran secara senyap, nampak elok di luar tetapi ada api-api kecil yang jika tidak diuruskan dengan baik akan merebak menjadi besar.

Seperti yang ramai orang yang memahaminya, salah satu faktor besar kemenangan Pakatan Rakyat didalam PRU12 dahulu ialah kerana pengaruh Anwar Ibrahim, saya rasa perkara ini tidak ada sesiapa pun yang boleh menafikannya.

Adalah tersangat malang, kini ada segelintir pihak, terutamanya didalam PAS yang akibat dari rasa teruja oleh kemenangan besar tersebut, sudah merasakan bahawa, tanpa PKR pun mereka boleh menang, oleh itu sudah ada usaha untuk tidak membenarkan kawasan tertentu yang mereka merasakan penyokong mereka ramai, dan selama ini mereka yang mewakilinya dari ditandingi oleh PKR.

Antara usaha pihak-pihak tertentu didalam AJK PAS kawasan ialah, memboikot AJK PKR dari penyertaan mereka didalam sesuatu progrem yang sepatutnya dihadiri bersama, mereka sanggup memanggil pemimpin PKR yang di luar kawasan, tetapi pemimpin dari kawasanya sendiri tidak diundang.

Semuanya ini berlaku adalah kerana mereka merasakan, kewujudan pemimpin PKR tersebut boleh mengurangkan peluang kepada mereka untuk bertanding didalam PRU13 nanti, oleh itu mereka telah berusaha menyekat pemimpin tersebut dari menonjolkan diri .

Bahawa sesungguhnya, sikap begini akan merugikan di pihak Pakatan Rakyat sendiri didalam usaha pegembangan berterusan pakatan tersebut.

Munkin ada perancangan sulit dikalangan sesetengah pemimpin PAS, untuk meminggirkan PKR dimasa akan datang, antara perancangan jangka panjang yang dilakukan oleh mereka ialah mewujudkan Kelab Penyokong PAS dikalangan bukan Islam.

Kewujudan kelab penyokong PAS dikalangan bukan Islam sebenarnya adalah satu langkah bijak
untuk mengembangkan PAS dikalangan bukan Islam, cumanya, munkin buat masa ini ianya belum boleh diterima oleh sesetengah ahli PAS sendiri.

Jika kelab penyokong PAS benar-benar berjaya di suatu masa nanti, maka kebergantungan PAS kepada PKR semakin berkurangan, dimasa itu pergeseran yang sekarang ini adalah ibarat api dalam sekam akan membesar dan munkin tidak dapat dikawal lagi.

Tambahan pula jika dikawasan yang ramai orang bukan Islam dan dikawasan tersebut PAS meletakkan calunnya dari kalangan anggota kelab penyokong tersebut, serta mencapai kemenangan, sudah tentulah ini merupakan satu cabaran besar kepada PKR dan DAP.

Tetapi itulah realitinya, didalam politik, semua boleh jadi dan PAS nampaknya semakin bersedia, munkin itulah antara salah satu sebabnya, kenapa Haji Hadi yang selama ini di lihat begitu keras pendiriannya didalam hal-hal tertentu, sudah mulai berlembut dan sudah kedengaran cadangan darinya untuk mengadakan kerajaan perpaduan dengan UMNO, sesuatu yang sangat asing baginya untuk 20 tahun yang lampau.

Walau apa pun adalah diharapkan para pemimpin Pakatan Rakyat akan dapat mencari jalan bagi mengurangkan pergeseran sesama sendiri, supaya ianya tidak menjadi bahan sindiran pula dikalangan penyokong BN.

Sebagai penyokong bawahan yang tidak ada kepentingan, selain mahu melihat negara ini dapat di tadbir dengan baik, sudah tentulah mengharapkan perpaduan dikalangan pakatan pembangkang menjadi semakin padu, dengan padunya pakatan pembangkang adalah diharapkan, usaha merampas pentadbiran negara dari BN akan menjadi kenyataan.

Walau pun munkin di PRU13 nanti, kita tidak berjaya, tetapi insyaallah, di penggal seterusnya akan menjadi milik kita dan satu kelebihan yang kita rakyat akan perolehi jika pembangkang betul-betul padu ialah, penyelewengan oleh kerajaan akan semakin berkurangan.

Semoga ianya akan benar-benar menjadi kenyataan nanti...............


YDP PAS P.Pauh arah jangan undi PKR



Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

Tiada ulasan: