Ahad, 14 Jun 2009

Pindaan yang dialu-alukan .

Walaupun saya sehingga kini bukan ahli PKR, tetapi sebagai rakyat Malaysia, yang bukan tergolong dikalangan orang yang bertaraf jutawan, maka jika berlaku apa-apa kepada negara ini, sudah tentulah saya dan keseluruhan keturunan saya tidak mampu untuk berhijrah kenegara lain.

Justru saya sangat mengharapkan agar negara saya di perintah secara telus, adil, berhemah, kurang rasuah, dan berbagai-bagai lagi harapan yang baik-baik.


Oleh itu apabila PKR iaitu sebuah parti yang di anggotai oleh masyarakat yang berbagai kaum mengadakan kongres khas baru-baru ini bagi meluluskan pindaan perlembagaan parti itu, saya turut menaruh harapan tinggi.

Antara beberapa perkara yang di luluskan, yang diyakini boleh membantu mengurangkan masaalah didalam parti dan seterusnya didalam negara, ialah berkaitan dengan menghadkan masa memegang jawatan sebagai Presiden kepada tiga penggal atau sembilan tahun sahaja.

Selain itu PKR juga mencatat sejarah sebagai parti politik pertama memberi hak kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan parti, selain itu PKR akan mengadakan pemilihan yang bebas dan akan menginstitusikan amalan undi sulit dalam parti.

Satu lagi pembaharuan yang dilaksanakan ialah menggunakan dakwat kekal yang dicalitkan pada jari semasa proses pengundian serta beberapa perubahan lagi.

Berdasarkan apa yang diluluskan didalam kongres tersebut, jelas menggambarkan bahawa PKR adalah sebuah parti yang cakap serupa bikin, saya berkata demikian ialah kerana kita telah disumbat telinga kita dengan keriuhan yang berlaku didalam sesetengah parti politik, kononnya mahu membanteras politik rasuah (tetapi dipanggil politik wang) .

Malangnya parti tersebut sehingga kini tidak berani membuat perubahan drastik yang sedemikian rupa, semuanya gara-gara pemimpin mereka masih mahu bergayut dan terus berada di tampuk kekuasaan selagi hayat di kandung badan.(walau macam mana pun dikhabarkan bahawa satu perhimpunan khas akan diadakan pada Nov nanti dan munkin beberapa perubahan juga akan dilakukan)

Oleh itu diatas keberanian kepimpinan PKR membuat perubahan tersebut sangatlah dialu-alukan, adalah diharapkan selepas ini, lain-lain parti politik akan turut sama melakukan perubahan sebagaimana yang di lakukan oleh PKR tersebut.





4 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Salam Sdr,
Teruskanlah menulis dan berblog walau apa pun yang sdr tulis dan apakah pendirian politik sdr. Saya lebih menghargai tulisan sdr leb ih dari pendirian politik sdr dan sebenarnya kita bersahabat dan bersaudara...dalam Islam. Saya melihat sdr sudah tidak update blog dalam masa yang lama, apakah sdr tidak sihat? Jika sdr tidak sihat saya berdoa agar Allah akan mengembalikan kesihatan sdr. ~ bERANIKAN hATI

ababina328 berkata...

Terima kasih " bERANIKAN hATI" kerana masih sudi mendoakan saya,
saya sihat seperti biasa, cuma .... tak taulah kenapa minat saya untuk menulis....macam org kurang selera.
munkin lauknya kurang sesuai kot,
Walau macam mana pun sekali lagi diucapkan terima kasih kerana sudi menjengok blog saya.

.@blogger.com berkata...

sALAM sAHABAT,
Dengan penuh keikhlasan saya berharap agar sdr segera mendapat semangat dan terus menulis. Wallau antara kita berbeza pendapat dalam banyak hal tetapi kita dari rumpun yang sama. saya suka mendengar pendapat yang lain dari pendapat saya dan dari itu jita boleh berhujah dan mencari kebenaran diantara kedua-duanya. Teruslah menulis, saya akan sentiasa memberikan ruang untuk membacanya. Jika selama ini saya telah melakukan sesuatu yang membuatkan sdr kecil hati, maafkanlah saya kerana kadang-kadang kemanusian kita juga tercemar kerana keegoan diri sendiri. Saya menunggu posting terbaru sdr ~ bRAVEhEART

ababina328 berkata...

Sdr bERANIKAN hATI, saya tidak berkecil hati sikit pun berkaitan kritikan sdr kepada tulisan saya,
malah saya gembira dng kritikan sdr.
Saya juga kagum terhadap sdr kerana didalam keadaan di pihak Umno yg dikatakan ada membayar kpd para bloggernya untuk setiap tulisan, sdr pula sanggup secara sukarela menulis, oleh itu saya anggap sdr adalah pejuang sejati Umno, tahniah di ucapkan.