Ahad, 21 Jun 2009

Sekali lagi berkaitan kerajaan perpaduan

Kerajaan perpaduan sehingga kini begitu hebat di perkatakan, kerana idea kerajaan perpaduanlah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Md Isa teruk di belasah oleh Musridul am Pas TG Nik Aziz, sehingga memintanya keluar dari Pas dan meletakkan jawatannya sebagai ahli Parlimen Bachok jika masih mahu meneruskan niatnya.

Kerana kerajaan Perpaduanlah, ketaatan kepada pemimpin khususnya Haji Hadi terburai, malah ada suara-suara dikalangan ahli Pas yang meminta supaya Hj.Hadi dan Nasharuddin Ma Isa jangan hadhir di PRK Manek Urai yang akan diadakan pada bulan depan, begitulah marahnya sesetengah orang Pas kepada idea kerajaan perpaduan.

Kenapa jadi begitu ? adakah orang Pas ini memusuhi perpaduan dikalangan orang Melayu ?

Saya tidak pasti jawapan yang sebenarnya, tetapi saya yakin perkara ini terjadi adalah gara-gara kenangan silam, sejarah lama semasa Pas berada didalam Barisan Nasional dan berakhir dengan Pas ditendang keluar.

Sejarah lama itulah yang sering di ungkit oleh sesetengah pemimpin Pas, sehingga apabila di sebut sahaja perpaduan dengan Umno, seolah-olah cuba mahu berbaik-baik dengan harimau dan mesti dijauhi.

Walau macam mana pun, kalau diikutkan pendapat Tun Dr Mahathir, Pas dan Umno tidak boleh bersatu atas dasar mahu mewujudkan kerajaan Melayu, ianya bahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia yang sememangnya berada didalam keadaan yang kurang baik sejak akhir akhir ini.

Begitu juga jika diadakan kerajaan perpaduan diantara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat,
ianya akan menyebabkan tiada pembangkang lagi didalam Parlimen Malaysia, sesuatu yang tidak baik juga pada pandangan Tun Dr Mahathir.

Kerajaan perpaduan yang sedemikian rupa, boleh di umpamakan seolah-olah manusia hidup tanpa cermin untuk melihat kekurangan atau kelebihan dirinya dan dikhuatiri boleh menyebabkan semakin banyak penyelewengan, begitulah pendapat Tun.

Kalau begitu keinginan orang Pas dan pendapat negarawan terkemuka Tun Dr Mahathir, maka apalah gunanya di heboh-hebohkan lagi berkaitan kerajaan perpaduan tersebut ?

Rupa-rupanya kalau mengikut penilaian blogger NOBISHA ISU "KERAJAAN PERPADUAN" ini adalah untuk me MANTAPKAN PAS ? oi betul ke begitu...

Saya secara pribadi menyokong kerajaan perpaduan ini tetapi dengan syarat, jika ianya berlaku diantara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, alasan saya ialah =


(1) Saya sependapat dengan Tun Dr Mahathir bahawa jika perpaduan diantara Pas dan Umno sahaja, ianya menjadi perpaduan Melayu, perpaduan Melayu sahaja sangat bahaya kepada kesejahteraan Malaysia.

(2) Didalam keadaan politik biasa, amatlah sukar bagi kerajaan untuk bertindak secara benar-benar liberal, ini adalah kerana persaingan politik menyebabkan di pihak pemerintah cuba menguasai semua agensinya, melalui penguasaan inilah menyebabkan berlaku ketidak adilan kepada rakyat.

(3) Kekurangan pilihan orang yang layak untuk memegang sesuatu jawatan, ini berlaku kerana orang yang layak munkin berada di pihak lawan, jika melalui konsep kerajaan perpaduan, pemilihan tidak terikat kepada sesuatu parti lagi.

(4) Kurang Politiking, sekarang pemimpin politik asyik memikirkan dan mencari jalan bagaimana mahu memusnahkan parti lawannya lebih dari memikirkan kaedah mahu membangunkan negara dari kegawatan ekonomi yang dihadapai sekarang.

(5) Boleh mengurangkan ketegangan pendapat dikalangan rakyat, kini ketegangan sering terjadi, walaupun tidaklah begitu memudharatkan dan masih boleh dikawal.

Satu hakikat yang tidak boleh di tolak oleh sesiapa pun, kerajaan perpaduan seperti mana yang di ilhamkan oleh Hj Hadi itu, sangat sukar untuk dilaksanakan.

Sebagai contoh, apa yang berlaku di Indonesia selepas kejatuhan Presiden Suharto, ianya di gantikan oleh Presiden BJ Habibie, tetapi Habibie sedari awal memang telah diberitahu bahawa beliau hanya sebagai Presiden sementara sahaja, iaitu sementara proses untuk mengadakan pilihanraya pertama secara benar-benar demokrasi.

Oleh itu beliau telah membuat perubahan secara bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan dengan meminda perlembagaan, memberi kebebasan kepada badan kehakiman, polis, akhbar dan lain-lain yang di fikirkan perlu sehingga akhirnya beliau telah berjaya memulihkan proses demokrasi di Indonesia.

Antara salah satu punca kejayaannya ialah kerana beliau telah membentuk sebuah kerajaan perpaduan dengan mengajak semua parti-parti politik bersama didalam kabinetnya.

Beliau boleh melakukannya kerana sedari awal beliau memang hanya berhasrat untuk menjadi Presiden sementara.

Sebagai seorang yang tidak berhajat untuk kekal memerintah, maka beliau telah mengambil tindakan dengan mengenepikan kepentingan politik untuk dirinya sendiri, seterusnya beliau bertindak hanya demi kepentingan negaranya sahaja.

Oleh sebab itu walau pun umur pemerintahannya hanyalah 2 tahun sahaja, tetapi beliau telah berjaya meletakkan asas yang benar-benar kukuh didalam sistem negaranya dan diwarisi sehingga sekarang oleh Presiden-Presiden selepasnya.

Apakah situasi di negara kita sekarang sama seperti situasi dimasa Presiden Habibie mengambil alih jawatannya ?

Jawapannya tidak, sekarang Najib yang menjadi Perdana Menteri, beliau tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri sementara, seperti orang lain yang berkedudukan sepertinya, sudah tentu beliau mencari jalan bagaimana untuk mempertahankan dirinya dan partinya agar kekal memerintah sekurang-kurangnya 2 atau 3 penggal lagi.

Oleh itu sangat janggal untuk mengharapkan Najib boleh melakukan seperti mana yang Habibie lakukan, kerana itulah banyak pihak menyatakan bahawa idea Haji Hadi tersebut hanyalah angan-angan beliau semata-mata, malah jangan terkejut jika ada yang menuduhnya sebagai seorang yang tergila-gilakan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2 ?

Betul atau tidak, bukan saya yang kata, tetapi ada orang sudah tulis didalam blognya.....................








2 ulasan:

.@blogger.com berkata...

sALAM SDR ALBABINA,
1. Akhirnya sdr terus menulis dan saya bangga
2. Mungkin ada blogger UMNO yg dibayar..(?).tetapi (sehingga kini) saya bukan dari kalangan blogger UMNO dan saya tidakpun dibayar. Kerana itu kalau dilihat tulisan saya, kadang-kadang saya juga menghentam UMNO / Pemimpinnya.
3. Menarik tulisan sdr. pandangan dari sudut yang luas tentang perpaduan. Dalam banyak hal saya pun berpandangan sama dgn sdr. Saya juga berpendapat bahawa orang politik menggunakan segalanya utk mendapat sokongan....
4.Terus menulis, jangan ada rajuk dihati dan lakukannya atas alasan kebenaran. Saya akan terus mebaca tulisan sdr. ~ bERANIKAN hATI

PKMPL berkata...

bersatulah wahai ummah

apabila kiamat sudah semakin dekat memang umat islam akan bersatu.