Sabtu, 26 September 2009

Coretan-coretan kecewa dari penyokong Umno

Dalam sehari dua ini saya bersua dengan tulisan dari individu-individu yang telah kecewa dengan telatah para pemimpin Umno, antara tulisan tersebut adalah dari individu yang menamakan dirinya " bERANIKAN hATi " dengan tajuk MOHON SEMBAH DERHAKA: MEMILIH KERAJAAN LAIN?.

Kemudian saya bersua pula dengan tulisan bekas mantan PM kita Tun Dr Mahathir Mohamad, bertajuk CALON PILIHAN RAYA, beliau seperti biasa dengan prinsipnya berkata benarlah sekali pun pahit, namun beliau tidak disenangi oleh orang-orang Umno sendiri.

Pada pandangan Tun Dr Mahathir, didalam Umno kini, menghadapi sikap tahu diri itu sakit, tetapi enggan menelan ubat-ubat yang pahit, mahunya menelan ubat yang manis sahaja, apakah sakit boleh sembuh dengan ubat yang manis ?

Tulisan ketiga bagi saya lebih memberi gambaran tentang ketenatan penyakit yang Umno hadapi, posting kali ini di tulis oleh bekas wakil rakyat Pahang yang mengimbau kembali pertemuan beliau dengan Rahim Bakar, seorang bekas MB Pahang yang baru tiga ,empat hari ini meninggal dunia, tajuk posting beliau ialah Dato Rahim Bakar dalam kenangan.

Kenangan beliau bersama Allahyarham Dato' Rahim Bakar serta membincangkan masaalah yang dihadapi oleh Umno sangat menarik untuk dijadikan renungan serta ikhtibar .......

Seterusnya saya terjumpa pula coretan ke 4 iaitu Bagan Pinang 2009 : Jembalang Di Depan Pintu, mengikut kata penulisnya beliau ikhlas didalam memberikan pandangan, sama ada betul atau tidak terpulang lah kepada saudara-saudara untuk menilainya.

Semoga semua coretan ini boleh memberikan kita panduan dan pengajaran.






Tiada ulasan: