Sabtu, 12 September 2009

Mahathir masih di berikan perhatian

Mahathir telah benar-benar berjaya menjadikan dirinya seorang negarawan, bukti terakhir yang di tonjolkannya ialah berkaitan kritikkannya kepada Samy Vellu.

Kalau kita perhatikan semasa Tun Dr. Mahathir memegang teraju kepimpinan negara satu ketika dahulu, beliau sangat memberikan perhatian kepada Samy Vellu, beliau mengekalkan Samy Vellu di Kementerian Kerja Raya selama puluhan tahun, sehingga bila orang sebut JKR orang akan ingat Samy Vellu, begitulah berpengaruhnya Samy Vellu di Kementerian Kerja Raya.

Namun apabila beliau mengkritik Samy Vellu berkaitan keengganannya mengundurkan diri dari kepimpinan MIC, maka sudah tentulah beliau mengkritiknya demi kebenaran.

Baginya Samy Vellu perlu berundur bagi memberikan laluan kapada orang yang lebih muda, sebagaimana yang beliau telah lakukan kepada Umno, sama ada selepas pengundurannya Umno boleh pulih kembali atau tidak, itu bukan soalnya, yang penting beliau tidak mahu dipersalahkan kononnya kekalahan itu adalah disebabkan beliau yamg masih mengetuainya.

Jikalau kita meneliti kembali sikap Tun Dr Mahathir, sama ada semasa memegang jawatan PM atau selepas meletakkan jawatan sebagai PM, beliau akan terus mengkritik sesiapa sahaja yang dirasakan tidak patut melakukan apa yang dilakukan oleh individu terbabit.

Semasa beliau masih memegang jawatan, beliau sering mengkritik Amerika diatas tindak tanduk dan layanan kuasa besar tersebut terhadap dunia ketiga, beliau tidak mempedulikan risiko yang bakal ditanggung, tetapi akan terus mengkritik selagi dirasakan apa yang dilakukan itu tidak sesuai dengan jiwanya.

Di dalam negeri pula, beliau dengan berani mengkritik Nik Aziz diatas keceluparan tokoh ugama dan politik tersebut didalam memperkatakan atau ketika mengulas sesuatu issue dan satu kelebihan Tun Mahathir ialah beliau tetap bertahan dengan pendapatnya walau pun diketika orang lain mula berubah pandangan.

Di era Abdullah Hj Ahmad Badawi menjadi PM, beliau adalah pengkritik utama yang menyebabkan Abdullah berasa panas punggung, walau pun Abdullah Badawi menjadi PM adalah kerana lantikkannya.

Manakala di zaman Najib menjadi Perdana Menteri sekarang ini, memang kita tidak ketemu lagi kritikan pedas darinya, tetapi tidak mustahil di masa akan datang kita akan mendengar kritikannya, jika beliau merasakan apa yang dilakukan oleh Najib tidak bersesuaian dengan seleranya.

Itulah Mahathir Mohamad, seorang yang berani menyatakan kebenaran berdasarkan keyakinannya, beliau tidak peduli sama ada orang setuju atau tidak dengan pendapatnya, namun bila dia tidak berpuas hati terhadap seseorang, beliau tetap akan mengkritiknya, sama ada orang itu lawannya atau kawannya.

Saya merasakan bahawa rakyat Malaysia buat masa sekarang masih belum merasai kehilangannya walau pun beliau telah hilang dari kepimpinan negara, tetapi apabila beliau telah pergi kealam lain nanti, barulah rakyat akan menangisi dan merasakan akan ketiadaannya.

Sesungguhnya Tun Dr Mahathir adalah seorang tokoh yang berpandangan jauh yang sukar diperolehi dan jarang-jarang muncul didalam sesuatu zaman, dan kita di Malaysia begitu bernasib baik memperolehinya, walaupun diakhir pemerintahannya banyak orang merasakan bahawa corak dan gaya kepimpinannya telah ketinggalan zaman.

Namun setelah diteliti dan diamati rupanya tokoh ini masih berupaya membuat kejutan diketika orang masih tercari-cari jikalau ada bakal pengantinya dimasa akan datang.

Apakah kita akan memperolehi penggantinya ?

Hanya masa yang akan menentukan..................





2 ulasan:

PAKCIK berkata...

Lumrah manusia..dahulu pakat kutuk TUN..tp sekarang pakat kutuk orang lain pula...

masa TUN jadi PM..pakat nak jatuhkan..tp bila beliau dah bersara..pakat cari pengganti sepertinya...

manusia..

manusia..

ababina328 berkata...

Terima kasih PAKCIK.NET
Sila baca " Tekad Baru " saya di dalam entri saya diatas.....salam.