Ahad, 25 Oktober 2009

Hari keempat khenduri aruah untuk Pas


Hari ini adalah hari keempat BN membuat khenduri arwah untuk Pas yang walau pun belum mati, tetapi oleh kerana gembiranya mereka, BN sanggup mengadakan khenduri tersebut lebih awal .

Semua ini berlaku, oleh kerana Pas yang terlalu gembira dengan kemenagan selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat sehingga boleh menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen, malah berjaya pula menawan beberapa Negeri untuk di perintah oleh PR, ia sepatutnya menjadi perangsang bagi parti-parti yang bergabung dibawah PR untuk bekerjasama dengan lebih erat lagi.

Namun entah di mana salahnya, apabila fajar kemenangan baru sahaja menyingsing, tiba-tiba ada percubaan terutama dari Pas Selangor dan Pas Perak untuk mengadakan kerajaan campuran dengan Umno, iaitu musuh politik mereka selama ini, atas nama perpaduan Melayu kononnya, nasib baik ianya berjaya di tolak, maka akhirnya pihak yang berkepentingan tersebut terpaksa mendiamkan diri.

Setelah sepi buat beberapa ketika, idea tersebut di uji semula di pasaran, setelah mendapat reaksi negatif, mereka yang mengusung idea tersebut kembali menyepi, begitulah beberapa kali, sehingga musridul am Pas Tok Guru Nik Aziz sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi.

Tok Guru mencabut serbannya serta melibas kearah mereka-mereka yang terlibat, tidak kira samaada mereka ini terdiri dari Presiden ke, Timbalan Presiden ke, atau mereka -mereka yang sejenis dengannya.

Kemarahan Tok Guru ada asasnya, setelah Pas mencapai kemenangan melalui PR, sepatutnya Pas berusaha bersama PR untuk mencari jalan bagi memperkasakan lagi Pakatan Rakyat, ini tidak ! tiba-tiba Presiden sendiri bertindak memberikan senjata kepada pihak lawan.

Setelah senjata berada ditangan lawan, apa yang boleh dilakukan lagi, jangan disalahkan lawan jika mereka menikam kita kembali dengan senjata tersebut.

Cuba baca dibawah ini, bagaimana gembiranya mereka memperolehi dan menggunakan akhbar milik mereka mengutuk dan mengadudumba supaya Pas lebih berpecah.............

'Tiada siapa jadi dalang'
Pas tak perlu ada EGM
Permintaan Nik Aziz dibawa ke peringkat pusat
Hadi, Harun mahu dengar penjelasan dahulu
Mustafa Ali berdiam diri
Nik Aziz dan EGM Pas


Rakyat kini memerhati apakah PR mampu atau pun tidak untuk menggantikan BN sebagai pemerintah baru pada PRU 13 nanti.

Sepatutnya PR semakin kuat dengan penyatuan parti-parti didalam PR dengan mewujudkan berbagai idea baru dan terkini seperti kearah satu simbol PR, ke arah mempercepatkan pendaftaran PR sebagai gabungan yang sah seperti BN kearah mewujudkan sekretariat PR diseluruh negara dan berbagai lagi.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kerjasama semakin longgar, serangan dan tohmahan terhadap kerajaan yang ditadbir oleh PR semakin kerap dilakukan oleh wakil Pas sendiri.

Sepatutnya kerjasama semakin di pereratkan dengan rakan-rakan didalam PR seperti DAP dan PKR, kerana tanpa kerjasama tersebut Pas tidak akan memperolehi kejayaan sepertimana yang di nikmati hari ini.

Tetapi itulah yang berlaku....rupa-rupanya benarlah seperti kata sesetengah orang, bahawa menjaga kemenangan tersebut adalah lebih susah dari bekerja untuk mencapai kemenangan....................................................................................






Tiada ulasan: