Rabu, 10 Februari 2010

Apakah kita telah berubah ?

Saya sangat tidak seronok apabila membaca berita di bawah ini .....

Peguam Negara Peram Hasil Siasatan SPRM?

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed berkata siasatan badan itu berhubung beberapa kes berprofil tinggi telah disempurnakan dan kini diserahkan kepada Pejabat Peguan Negara untuk tindakan, demikian lapor malaysiakini.

Kes-kes itu termasuk yang membabitkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo dan bekas menteri pelancongan, Datuk Azalina Othman Said.

"Saya berharap keputusan akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

Menurut Abu Kassim, pihak peguam negara perlu menjelaskan kepada panel penasihat SPRM jika tiada tindakan diambil dalam tempoh enam bulan selepas siasatan diserahkan.


Apalah salahnya rakyat Malaysia, maka Allah kurniakan pemimpin yang sedemikian rupa, pemimpin yang terlalu mementingkan diri dan partinya lebih dari kepentingan rakyat jelata.

Cuba anda yang bijaksana di luar sana memikirkan, apakah jenis pemerintahan yang beginikah yang kita inginkan ?

Apabila sesuatu kes yang melibatkan individu penting dari parti yang memerintah, dan kes tersebut telah selesai di siasat serta di serahkan failnya oleh SPRM kepada Pejabat Peguan Negara untuk tindakan, tetapi di diamkan.

Apakah ini yang kita mahukan, dimanakah letaknya keadilan didalam pemerintahan ?

Apakah kita boleh mengharapkan berkurangannya penyelewengan di dalam pentadbiran negara, apabila kes yang melibatkan puak kita di diamkan tetapi apabila melibatkan puak musuh di ambil tindakan segera, walau pun kes sekadar sebesar nyamuk.

Apa yang rakyat jelata mahukan ialah, segala bentuk penyelewengan dan siapa juga yang melakukannya di ambil tindakan, bukan tindakan yang berpilih-pilih seperti ini........................








Tiada ulasan: