Rabu, 3 Februari 2010

Saiful diarahkan supaya jangan berak dan mandi selama 2 hari

Setelah tiga minggu saya tidak menulis kerana tiada perkara menarik untuk di ulas, maka hari ini sempena hari pertama perbicaraan kes liwat yang di tuduh kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) , Maka saya tidak mahu ketinggalan dan mahu juga mengeluarkan pendapat peribadi saya sendiri.

Dihari pertama perbicaraan dan didalam ucapan pembukaan pendakwaan yang dibacakan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, mendakwa bahawa Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan disahkan oleh pihak Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau lagi, pihak pendakwaan akan membawa keterangan bahawa pada 26 Jun 2008, lebih kurang jam 10.30 pagi ketika di pejabat Anwar, tertuduh meminta Mohd Saiful, yang juga pembantu khas tertuduh ketika itu, untuk pergi ke Kondominium Desa Damansara (tempat kejadian) pada jam 2.30 petang pada hari sama.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwaan seterusnya akan membawa keterangan pada 28 Jun 2008, Mohd Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung kejadian liwat yang berlaku pada 26 Jun 2008 (dua hari sebelum itu) di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara berkenaan.

"Pada hari sama, Mohd Saiful juga membuat pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur berhubung kejadian liwat itu. Sampel tisu termasuk dari bahagian luar dan dalam dubur Mohd Saiful diambil oleh doktor yang memeriksanya untuk ujian DNA.

"Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful disahkan Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh," katanya.

Begitulah antara intipati berita yang di lapurkan berlaku di Mahkamah hari ini, persoalan yang bermain di minda saya ialah ...

(1) Sampel air mani yang dikatakan kepunyaan DSAI, apakah benar ianya di ambil dari dalam dubur Saiful ? apakah tidak munkin sampel tersebut di perolehi semasa DSAI berada didalam penjara dahulu, kita jangan lupa, semasa DSAI berada di penjara selama 6 tahun, segala macam sampel boleh diambil dan dengan kecanggihan telnologi sekarang ini, tidak menjadi kehairanan jika sampel tersebut boleh di simpan seberapa lama yang di mahukan.

(2) Jarak masa apa yang dikatakan peristiwa liwat yang dilakukan oleh DSAI terhadap Saiful dan masa pemeriksaan Doktor adalah 2 hari, apakah Saiful tidak buang air besar (berak ) dan mandi selama masa tersebut ? oooooo munkin si Saiful dah tahu bahawa beraknya kali ini sangat berharga, oleh itu munkin ada yang menasihatkan kepada beliau supaya jangan berak dan mandi selama 2 hari itu...........kah..kah..kah.

(3) Mengikut kata Saiful sendiri sebelum ini, bahawa selepas peristiwa tersebut, beliau ada menemui Datuk Sri Najib dan Rosmah Mansur di rumah Najib, sudah tentu beliau belum mandi dan berak pada waktu itu, dengan bau hamis dan busuknya, munkin di sanalah beliau mendapat nasihat supaya jangan berak dan mandi selama 2 hari itu................

Begitulah cerita lucu di hari pertama perbicaraan dan kita akan ikuti lagi kisah lucu di hari-hari mendatang, walau macam mana pun, kalau iya pun mahu mengenakan DSAI, janganlah nampak sangat.

Cuba bayangkan, jika si Saiful ini mandi dan berak, sudah tentulah sampel tersebut akan hilang , oleh itu sudah pasti Saiful di halang dari melakukan 2 aktiviti tersebut...........boleh ke Saiful menahan beraknya selama 2 hari.......munkin dia minum teh pekat kut.......kah...kah...kah.











Tiada ulasan: