Sabtu, 13 Februari 2010

Apakah kita sudah adil ?

Saya sangat tertarik dengan berita yang melapurkan bahawa, lebih 50 Ahli Parlimen Australia mengemukakan memorandum bantahan rasmi kepada Malaysia menggesa dakwaan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.

Kumpulan itu yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Senator dalam dua parti terbesar di Australia, memberi amaran bahawa dakwaan tersebut akan mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Mereka mendesak kes ke atas Anwar diketepikan dalam usaha memulihkan keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Memorandum bantahan itu diserahkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Buruh dan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Salman L Ahmad di Canberra, kelmarin.



Begitulah lebih kurang ulasan dan pandangan pelbagai pihak, berkaitan perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Sri Anwar Ibrahim sekarang ini, walau macam mana pun, kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedaulatan negara kita, apa yang di lapurkan ini, bukalah sesuatu yang menyeronokkan.

Campur tangan orang luar, walau diatas apa alasan sekali pun, bukanlah sesuatu yang direstui oleh mana-mana warga negara yang cintakan negaranya, namun ianya juga bukan satu alasan untuk kita bersekongkol dengan ketidakadilan yang dilaksanakan oleh kerajaan negara kita, tambahan pula ketidak adilan tersebut berlaku kepada rakyat Malaysia sendiri.

Berdasarkan apa yang berlaku didalam kes DSAI ini, nampak sangat dengan jelas ketidakadilannya, bak kata Karpal Singh, iaitu salah seorang peguam bela DSAI "Sepanjang 40 tahun menjadi peguam, ini adalah kali pertama di mana senarai (saksi) tidak diberikan oleh pihak pendakwaraya,"

Kenapakah perkara ini boleh terjadi ? bukankah keadilan itu bukan sahaja perlu ditegakkan, tetapi nampak dan boleh dilihat keadilannya.

Kenapakah DSAI sebagai salah seorang warga negara Malaysia, perlu dinafikan haknya untuk dilayan sebagaimana orang kena tuduh yang lain ?

Disinilah permasaalahanya, jelas dan nampak bahawa DSAI kini dilayan sebagai seorang yang mahu dan mesti disabitkan kesalahannya .

Bagi diri sayalah, saya boleh terima keputusan Mahkamah jika mendapati DSAI benar-benar bersalah, tetapi biarlah keputusan tersebut adalah dari keputusan Mahkamah yang benar-benar bebas, tiada langsung campurtangan politik, tetapi didalam keadaan sekarang, nampak jelas, tangan-tangan politik sedang merayau-merayau untuk menentukan DSAI di mestikan, di dapati bersalah.

Didalam keadaan sedemikian rupa, apakah kita boleh menahan orang lain bercakap tentang perbuatan kita yang sangat jauh larinya dari keadilan ?


Kita tidak menyokong orang luar yang cuba memburukkan sistem perundangan negara kita, tetapi kita juga tidak mahu bersekongkol dengan kebobrokkan yang nampak jelas dan nyata, kerana kita juga ada hak di sisi perlembagaan negara untuk menyatakan pendapat kita................






2 ulasan:

bRAVEhEART berkata...

Salam tuan,
Baik sekali tulisan dan ulasan tuan itu. Saya yang tidak pandai ini selalu terfikir bahawa; jika kita mencar antah dalam beras, maka kita akan jumpai antah, demikian pula jika kita mencari beras dalam antah, maka kita akan jumpai beras. Saya masih berfikir akan maksudnya dan saya tidak akan melupai kata-kata itu.

ababina328 berkata...

Salam bRAVEhEART,

Dah tuhan mentakdirkan buat sementara waktu ini kita dihaluan masing2, tapi saya tetap berharap dan berdoa semoga disatu masa nanti kita boleh menaiki kapal bersama....amin.