Isnin, 15 Mac 2010

Macam Nabi Muhammad buat

Saya berasa sangat lucu apabila membaca kenyataan Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri, apabila beliau cuba menyamakan tindakkannya menyembunyikan diri selepas keluar dari PKR sebagai menyerupai tindakkan Nabi Muhammad.

Beliau sebelum itu membacakan sepotong ayat daripada surah Yasin yang mengisahkan bagaimana Rasulullah dapat meloloskan diri daripada dibunuh kaum kafir Quraish pada zaman permulaan dakwah Islam walaupun rumah baginda telah dikepong.

Mohsin diminta mengulas tindakannya 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohsin bagaimanapun dilihat cuba bersikap tenang dan positif menangani perkara tersebut.

“Saya ingin mengambil iktibar daripada kisah Rasulullah berdakwah ke Taif. Baginda mendapat banyak tentangan sehingga dibaling dengan batu.

“Rasulullah bagaimanapun memaafkannya dan mendoakan kebaikan untuk mereka kerana mereka tidak tahu (baik-buruk perbuatan masing-masing),” katanya yang enggan mengkritik langsung pihak-pihak tertentu.

Lucu sungguh lucu, begitulah yang sering terjadi apabila golongan yang reti agama, apabila melakukan kesalahan, akan cuba mencari daleh, menyamakan perbuatan mereka dengan perbuatan Rasulullah.

Hai tak tahu nak cakaplah kalau macam ini............

2 ulasan:

Amri Mat Saaid berkata...

salam

reti ke die agama... kalau reti tak kan sanggup mengkhianati rakyat yg mengundi beliau

ababina328 berkata...

Sebenarnya dia yg menganggap dirinya reti agama, tetapi dari tindak tanduknya, jelas menggambarkan bahawa dirinya seorg yg tak reti agama.

Terima kasih Amri Mat Saaid kerana sudi singgah.