Jumaat, 30 April 2010

Saya Sokong Musa Hassan


Apr 29, 10 6:02PM
Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.











Buat pertama kalinya, saya menyokong pendapat Musa Hassan, antara alasan saya ialah............

Kes ini bukan melibatkan anggota parti politik, oleh itu mustahil ada campur tangan dari mana-mana pihak untuk memaksa anggota Polis bertindak melampaui undang-undang,

Lagi pun apa perlunya anggota Polis bertindak diluar lingkungan undang-undang, kes ini tidak sama dengan kes Teoh Beng Hock yang melibatkan unsur-unsur politik.

Kadang-kadang saya kasihan juga kepada anggota Polis ini, mereka sentiasa di pandang serong oleh masyarakat kita, tetapi semua ini berlaku kerana salah pihak Polis juga, mereka sudi di peralatkan oleh orang politik.

Apakah benar dakwaan ini ? jawapannya tidak benar, pihak polis sebenarnya bukan sudi pun di peralatkan oleh pihak pemerintah, tetapi mereka tiada pilihan, mereka dipaksa berketuakan orang politik, nak buat macam mana, ikut sahajalah.................

Itulah sebabnya ada rasional juga desakan oleh pihak pembangkang supaya Polis dan lain-lain institusi penting negara, yang sepatutnya berkecuali didalam menjalankan tugasnya mengawal negara, berada dibawah tanggong jawab Yang di Pertuan Agong atau Parlimen sahaja.

Selama ini Polis sering bertindak diluar lingkungan undang-undang, apabila berdepan dengan kepentingan politik pemerintah, polis jadi serba salah, diikut salah, tak diikut lagi salah, ini kerana institusi polis diletakkan dibawah Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Menteri Dalam Negeri yang Menterinya adalah orang Umno.

Apabila keadaan sedemikian rupa, maka berlakulah konflik "kepentingan" berlakulah ketidakadilan, bila ini berlaku, perasaan masyarakat sudah berkecamuk, akhirnya masyarakat telah tidak dapat membezakan diantara tidakkan polis yang mendapat arahan pemerintah demi kepentingan politik, dengan tindakkan polis yang menjalankan tanggung jawabnya secara benar-benar demi kepentingan negara.

Inilah masaalahnya apabila intitusi penting negara berada didalam tekanan orang politik, satu lagi contoh ialah berkaitan SPR, Suruhan Pilihan Raya sepatutnya langsung tidak boleh memihak, apabila SPR memihak kepada pemerintah, pasti setiap keputusan pilihan raya akan di persoalkan, tidak lagi diyakini.

Munkin ada yang berkata, alah ! pembangkang memang perangai macam tu, kalau dia kalah, semua tidak betul, tapi bila menang,.......senyap.

Betul, perangai itu memang ada pada pembangkang, tetapi jika SPR benar-benar berkecuali, akhirnya pembangkang boleh terima, mereka akan insaf juga akhirnya, dan menerima hakikat bahawa mereka sudah di tolak rakyat, itulah sebabnya yang penting SPR betul-betul berkecuali, tetapi jika SPR berperangai seperti sekarang, memanglah akan di persoalkan.

Bila ini berlaku, maka setiap keputusan pilihanraya tidak di terima, akhirnya negara menjadi huru hara, oleh itu penting semua institusi penting negara di pastikan tidak memihak kepada mana-mana kelumpok.

Kesimpulannya, demi masa depan negara, institusi polis perlu dilepaskan dari belenggu mana-mana parti politik, persoalannya siapakah mahu melakukan ini semua didalam keadaan parti pemerintah sangat memerlukan polis sebagai alat untuk mengalahkan lawannya.

Sebagai jalan penyelesaiannya, rakyat perlu membuat keputusan dengan menyokong pihak yang berani dan berazam mahu membuat perubahan di dalam meletakkan semua institusi penting negara di bawah tanggung jawab Parlimen atau Yang Di Pertuan Agong.

Siapakah yang berani itu ? saya sangat-sangat berharap yang berani itu ialah DS Najib Tun Razak................tetapi apakah munkin beliau berani ?








Tiada ulasan: