Isnin, 26 April 2010

Kemenangan yang tidak membanggakan .

Selesailah sudah Pilihanraya Kecil yang paling banyak dan nyata mengamalkan rasuah, namun kemenangan yang di perolehi oleh BN tidak setanding dengan wang yang di keluarkan iaitu RM 64 juta.

Apakah dengan kemenangan tersebut, BN boleh berbangga bahawa mereka sudah bangkit kembali dari koma akibat PRU yang ke -12 dahulu ?

Bagi saya tidak ! kemenangan ini adalah kerana ianya adalah Pilihan raya kecil, didalam PRK, BN boleh mengerahkan segala kudratnya untuk membelasah lawannya yang mempunyai kekuatan yang sangat terhad.

Dengan kemenangan oleh calon BN, Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi, iaitu undi yang diperolehinya sebanyak 24,997, berbanding Zaid Ibrahim 23,272 undi, jelas menggambarkan betapa hebatnya tentangan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat.

Sepatutnya majoriti yang diperolehi oleh calon BN ialah 6,000 lebih, dan itulah angka yang di gembar gemburkan oleh Muhyiddin Yassin sebelum berlangsungnya hari pembuangan undi semalam, ini adalah kerana undi yang diperolehi oleh kesemua calon-calon BN di tiga DUN didalam Parlimen Hulu Selangor semasa berlangsung PRU ke 12 dahulu dan di tolak dengan undi yang di perolehi oleh calon Pakatan Rakyat, mengakibatkan perbezaan 6,000 undi lebih.

Oleh itu jika BN mendakwa bahawa mereka telah bangkit kembali, kenapa undi yang diperolehi oleh BN hanya dengan majoriti 1,725 sahaja ?

Walau apa pun tahniah kepada para peneroka di Felda Sungai Buaya kerana dengan berlakunya PRK ini maka masaalah yang telah membelenggu mereka selama lebih dari 15 tahun telah hampir selesai.

Walau pun mereka nampaknya sangat berterima kasih kepada BN, tetapi mereka jangan lupa mengucapkan juga terima kasih kepada PR yang telah memberi tentangan sengit disana sehingga memaksa PM Najib turun padang dan mencari formula bagi menyelesaikan masaalah tersebut, tanpa tentangan sengit, Najib tidak akan begitu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah itu.

Berbalik kepada prestasi BN mengatasi PR didalam PRK ini, sesungguhnya kita bersimpati juga dengan Anwar Ibrahim didalam perkara ini, bayangkan didalam keadaan PRK baru mahu bermula, tiba-tiba sahabatnya Dr.Halili telah berpaling tadah, seorang demi seorang sahabatnya berpaling tadah.

Memanglah bagi BN, mereka akan mengatakan bahawa Anwar semakin tidak diyakini lagi oleh para pendokong PR, sebenarnya bagi saya, ini diakui, didalam politik memang begitulah perangainya, apabila nampak pokok yang dulunya rendang dan boleh dijadikan tempat berteduh, namun setelah di amati bahawa nampaknya pokok tersebut semacam ada masaalah atau kemunkinan di hinggapi sesuatu penyakit, maka para parasit yang dulunya berteduh di situ mulalah mencari tempat berteduh baru. Maka tinggallah mereka yang betul-betul yakin dan penuh kesetiaan kepada perjuangan yang masih sanggup bersama Anwar................

Apakah mereka-mereka yang sekarang ini begitu bersungguh-sungguh menjulang tangan DS Najib, kononya akan bersama-sama walau apa pun yang akan terjadi tetap akan terus bersama-sama DS Najib jika berlaku apa-apa musibah yang menimpa BN di satu masa nanti ?

Jawapannya, samalah seperti yang dialami oleh DS Anwar sekarang, malah munkin lebih teruk, maklumlah orang tidak pernah susah, tiba-tiba kalah, maka di ketika itu berduyun-duyunlah si mangkuk-mangkuk ini mengistiharkan diri menyertai Pakatan rakyat.

Kini PRK Hulu Selangor telah selesai dan para pendokong politik akan beramai-ramai pula ke Sibu, Serawak dan pelbagai janji serta fitnah akan bertaburan pula disana .......................begitulah silih berganti, tidak akan habis, sehingga nyawa bercerai dari badan........









1 ulasan:

Waris Pahang berkata...

Meeka keluar PKR kerana kesilapan PKR sendiri yang abaikan mereka.