Khamis, 29 April 2010

Jangan hukum pengundi Cina tak sokong BN - Khairy

KUALA LUMPUR 28 April - Pergerakan Pemuda UMNO mahu pengundi Cina diambil kira dan bukan “dihukum” kerana tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, dari segi perbandingan, walaupun sokongan orang Melayu dan kaum India adalah lebih baik kepada BN di Hulu Selangor, kebanyakan pengundi Cina sekali lagi memilih untuk mengundi pembangkang.

“Mengetepikan masyarakat Cina adalah tidak sihat terutama apabila pegangan BN terhadap masyarakat utama yang lain tidak akan menjadi mutlak,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika memberikan respons kepada beberapa cadangan daripada beberapa pihak tertentu bahawa pengundi Cina perlu diajar dengan menarik balik peruntukan yang dijanjikan kepada mereka semasa kempen pilihan raya.

Beliau berkata, politik bukan hanya setakat undi sebaliknya ia juga mengenai sesuatu yang ideal, prinsip dan melakukan apa yang betul.

“Saya pasti jika kita terus membantu semua masyarakat dengan penuh keadilan dan kesaksamaan, persepsinya akan bertambah baik.

“Saya percaya ramai yang tidak mengundi kita kekal sinis dan mahu kita menunaikan janji sebelum menyokong BN,’’ katanya. - (Utusan)


Setelah membaca berita diatas, aku rasa nak tergelak besar, apa tidaknya........kononya kerajaan BN tidak akan hukum masyarakat Cina...............kah...kah..kah.......memang barua betul.

Apa ke bendanya ni..... ada ke kemampuan kerajaan BN ni nak menghukum masyarakat Cina tu....... masyarakat Cina ni adalah satu masyarakat yang sangat berdikari, mereka tidak pun memerlukan bantuan kerajaan, hendak pulak kerajaan BN, langsung mereka tak kebulur nak memintanya....

Saja kerajaan terhegeh-hegeh nak kan sokongan mereka, maka dijanjikanlah bantuan kepada sekolah-sekolah Cina, bila Cina tak undi BN, marah pulak...........tapi tak boleh nak buat apa-apa, maka katalah, kita tidak akan pinggirkan orang Cina.......puih....

Yang sebenarnya orang-orang Cina ni kebanyakannya berada dibandar-bandar, ekonomi mereka pegang................... mahu tidak mahu, kerajaan terpaksa bangunkan juga prasarana dibandar, lagi pun si pelesit yang berada didalam kerajaan ni, nak kan duit projek, tanpa projek, depa ni tak hidup........

Tu sebabnya Kerajaan suka sangat orang ni miskin, biar depa boleh pulas dan ugut.......orang Melayu dan India bolehlah depa pulas.......orang Cina depa tak boleh buat apa....

Tapi tak mahu tunjuk kalah, maka katalah, “Mengetepikan masyarakat Cina adalah tidak sihat terutama apabila pegangan BN terhadap masyarakat utama yang lain tidak akan menjadi mutlak,”

Yang ianya, kerajaan BN tak mampu nak buat apa dengan orang Cina............nak mengaku malu.........................Sudahlah...



Tiada ulasan: