Jumaat, 20 Ogos 2010

Kalau dah ketandusan modal, inilah jadinya........

Lama sungguh aku tak menulis, tapi bila aku terbaca berita ni, aku pun naik geram juga........ Beritanya ialah ............


TASEK GELUGOR 19 Ogos – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini.... Berita Penuh

Aku geram tu, kerana memang UMNO ni dah tak ada modal nak berpolitik, tambah lagi di bulan puasa......apa dia orang ingat, bodoh sangat ke orang Pulau Pinang ni sampai didalam doa khutbah Jumaat pun nak dimasukkan nama Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Tak munasabah langsung, tak masuk akai ...............

Konon ada bukti, tunjukkanlah........aku percaya, sehari dua lagi mulalah dia nak menafikan bahawa dia tak cakaplah, tersilap lapurlah dan bermacam-macam helah lagi...........memang tarak guna punya olang.




Ogos 20, 10 4:55PM
Katanya, tuduhan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan nama ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terbukti merupakan satu pembohongan semata.
Salhan K Ahmad | Ogos 20, 10 1:25PM
NONE Exco Hal-Ehwal Agama  Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim berkata hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan berbuat demikian.




SIASAT SECARA TERPERINCI KES KHUTBAH DI PULAU PINANG -


Khatib pertahan pendirian 





              





5 ulasan:

hujan emas berkata...

Kepada abbina 328, janganlah cepat sangat nak buat tuduhan, APA macam sekarang Khatib tersebut dah mengaku dia menyebut nama Guan Eng, Ke nah tuduh UMNO bayar Khatib tersebut untuk mengaku ?.Saja-saja je dapat dosa kering.....sanggup jelajah Seluruh Malaysia minta maaf dengan orang UMNO kerana membuat tuduhan tanpa usul periksa . Inilah akibatnya kalau dah terlalu taksub sangat., dah tak dengan cakap orang. Kan MALU JADINYA.

hujan emas berkata...

Kenapa cepat sangat nah tuduh UMNO camtu?. Sekarang apa macam ? Khatib tersebut dah mengaku , ke nak tuduh UMNO bayar Khatib tersebut?.Inilah kalau dah terlalu taksub sangat, saja je dapat dosa kering....sanggupke jelajah seluruh Malaysia nak minta maaf dengan orang UMNO. Dosa dengan Tuhan boleh kita ampun denganNYA tapi kalau dosa dengan manusia camna?.

ababina328 berkata...

Terima Kasih kepada " hujan emas " diatas komen saudara.

Sebenarnya di Pulau Pinang ini, terlalu banyak perkara di politikkan.

Melalui penjelasan khatib yang mengaku membaca khutbah tersebut, menyebut bahawa beliau hanya mendoakan supaya Allah membuka pintu hati Lim Guan Eng agar mahu memeluk Islam, itu sahaja, tidak salah pun, cumanya dia sedar bahawa tempat sahaja tidak sesuai.

Lagi satu, berkaitan pemerintahan di Pulau pinang sekarang yang di terajui oleh Lim Guan Eng sebenarnya tidak perlu di perbesarkan dan dijadikan isu.

Ini kerana sebelum Lim Guan Eng, yang jadi Ketua Menterinya ialah Koh tsu khon,bukan Malik , Mamat, atau Ali tetapi saya ulang " Koh tsu kon "

Jadi tidak perlulah sangat di tiup api perkauman yang melampau kecuali memang Umno sudah ketandusan modal.

Saya mohon maaf disini jikalau jawapan saya diatas boleh menyinggung perasaan saudara.

Kita boleh berbahas dan sebagainya tetapi usahlah sampai berdendam, kerana didalam berpolitik memang tidak dapat elak dari berbeza pendapat.

Berbeza pendapat itu rahmat sebenarnya, jadi usahlah menjadikan perbezaan pendapat itu bala pula......sekian terima kasih.

Web Sutera berkata...

Sdr. Hujan Emas, yang selalu buat dosa kering dan basah ialah UMNO-BN, termasuk isu kononnya "Guan Eng Ganti Agong". Huh!

Memang UMNO tandus dan rakus!

ababina328 berkata...

Terima Kasih Web Sutera kerana mengunjungi blog ini, harap hari raya nanti dapat bertemu.