Selasa, 17 Februari 2009

SUATU PENJELASAN BERKAITAN PENGURNIAN GERAN MILIK KEKAL DI PERAK

Dibawah dipeturunkan penjelasan oleh MB Perak ( yang masih didalam proses mahkamah untuk menentukan kesahihannya sama ada beliau masih sebagai MB Perak atau tidak ) sebagai menjawab pertuduhan oleh UMNO kononnya beliau diperkudakan oleh DAP, didalam urusan pengurnian geran milik kekal diPerak .
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/d/db/Datuk_Seri_Ir_Mohammad_Nizar_Jamaluddin.jpg


Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata :

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan mengenai "gadai tanah" kepada Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab Melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru. Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan Cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
  • 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
  • 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

    Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

    Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!.

    DAP tiada manifesto ketika itu di Perak. Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.

    Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tambahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta.

    Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

    Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.

    Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun! Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.!

    Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

    Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu. Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!)



  • BIARKAN SILUNCAI TERJUN DENGAN LABU - LABU NYA ......BIARKAN....BIARKAN .

    Sepanjang saya menulis blog, belum pernah lagi saya menulis berkaitan blog Che Det, oleh itu izinkan saya untuk kali ini, saya menyentuh sedikit tentang tulisan blog paling popular ini .

    Walaupun saya adalah penyokong tegar Datuk Sri Anwar Ibrahim, kerana kekaguman saya terhadap corak kepimpinannya, tetapi saya kagum juga terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir .

    Antara jasa besar yang paling saya kagum terhadap Tun Dr Mahathir ialah kejayaannya menghapuskan kekebalan raja-raja, saya pasti jasa Tun Dr Mahathir ini akan dikenang sampai bila-bila oleh generasi akan datang .

    Untuk kali ini saya tidak akan mengulas berkaitan imuniti raja-raja tersebut, sebaliknya saya akan menyentuh tentang tulisannya dibawah .................

    Che Det
    TINGKAT EMPAT - 1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Me..
    http://www.brusselstribunal.org/images/mahathir1.jpg

    Setelah saya membaca tulisannya kali ini, maka saya terfikir juga, apakah akan terjadi jika .......

    6- Kata berita angin, mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.

    Yang pasti Datuk Sri Najib nampaknya tidak berpeluanglah menjadi PM, dan Pak Lah akan terus memegang jawatan sebagai PM manakala Datuk Sri Najib hanya memegang jawatan sebagai Presiden umno sahaja, sehingga ke PRU ke 13 nanti .

    Seterusnya Tun Dr Mahathir berpendapat .................

    9. Jika ada ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen terhadap kepimpinan Datuk Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi, ini tidak mungkin berjaya, oleh kerana sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini, manakala ahli parti lawan memang hendakkan supaya Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan, Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka tentang perkara ini .

    10. Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, agak sukar bagi kumpulan Datuk Sri Najib (BN) untuk mendapat cukup bilangan bagi meluluskan undi tidak percaya, terhadap kepimpinan Datuk Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi, maka dengan keadaan tersebut jelas Pak Lah boleh terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia .

    Walau macammana pun, dapat difahami, bahawa kekhuatiran Tun Dr Mahathir lebih kepada kumpulan Khairy Jamaluddin yang di rujuknya sebagai orang di
    Tingkat Empat, yang menurutnya, telah tersangat bimbang, terhadap perancangan Pak Lah untuk meletakkan jawatan pada Mac ini .

    Sebenarnya saya terfikir juga tentang
    si Khairy ni jikalau benarlah Pak Lah meletakkan jawatannya pada Mac nanti, bagaimanakah hala tujunya .

    Beliau secara tanpa berselindung lagi didalam blognya mengutuk Datuk Sri Najib, maka jelaslah jika begitu keadaannya, beliau memang tidak mengharapkan apa-apa dari Datuk Sri Najib .

    Maka hala tujunya didalam umno selepas ini, jelas akan terumbang ambing, harapannya untuk menang jawatan ketua pemuda umno, rasanya tersangatlah tipis .

    Tetapi jika berita angin yang diperolehi oleh Tun Dr Mahathir itu menjadi kenyataan, maka suatu suasana baru didalam politik Malaysia akan berlaku .

    Bak kata Tun Dr Mahathir di akhir blognya .........biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya .......biarkan .....................biarkan .

    Jumaat, 13 Februari 2009

    KALAU DIIBARATKAN DI MEDAN PERANG, SATU GENCATAN SENJATA DIPERLUKAN .

    Apabila anda ketepi pantai, anda akan melihat ombak, ada masa ombak melambung tinggi dan ada masa pula ombak menurun, begitu jugalah dengan pergolakkan didalam parti-parti politik,
    kalau beberapa bulan dulu, Barisan Nasional risau dan bimbang, tentang kemungkinan ada diantara anggotanya, yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, kini giliran Pakatan Rakyat pula risau tentang kemunkinan anggotanya melompat ke BN .

    • Usaha BN pujuk Adun PKR Perak diteruskan

    • bn versus pkrKetua Penerangan Umno Perak, Datuk Sarani Mohamad berkata, rundingan untuk memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR keluar parti di negeri itu masih berterusan.LAGI
    • 'Tunjuk tanda positif'
      Kemelut politik
    Dari apa yang telah berlaku, jelas bahawa, satu pindaan didalam perlembagaan Malaysia, perlu dilakukan segera, jikalau tidak, sampai bila pun, masaalah ini tidak akan selesai .

    Saya sangat percaya, jikalau pindaan dilakukan sekarang, kedua-dua pihak iaitu BN dan PR akan bersetuju, ini adalah kerana kedua-dua belah pihak telah merasa tertekan dengan apa yang berlaku

    Jikalau selama ini, jika ada pihak pembangkang mencadangkan supaya dibuat pindaan, dipihak BN tidak akan bersetuju, kerana merasakan bahawa mereka berada dipihak yang kuat dan tidak munkin ada ahlinya yang akan melompat ke PR .
    [DSC01868.JPG]

    Begitu juga jika cadangan ini dibuat oleh BN beberapa bulan yang lepas, sudah pasti dipihak PR tidak mahu menyokongnya, kerana merasakan ianya akan merugikan mereka, kerana ada beberapa individu dari BN yang menunggu masa akan melompat ke PR .

    Tetapi kini setelah keadaan, jika diibaratkan dimedan perang, tentera kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan, dan kemusnahan yang sama teruk, maka adalah diyakini bahawa masing-masing memerlukan satu gencatan senjata, dan kedua-dua belah pihak dipercayai akan bersetuju terhadap cadangan tersebut .

    Sebenarnya jika diadakan pungutan suara berkaitan isu ini, saya yakin sebahagian besar rakyat Malaysia tidak akan bersetuju berkaitan isu lompat melompat tersebut, walau diatas apa alasan sekali pun .

    Lompat melompat ini, bukan sahaja menyebabkan ketidak setabilan, malah mengkhianati amanah rakyat, tidak bermoral, dan bermacam-macam lagi keadaan .

    Oleh itu menjadi harapan sebilangan besar rakyat, agar ahli-ahli parlimen kita, boleh memikirkan perkara ini, dan membuang kepentingan peribadi masing-masing, lantas merangka suatu undang-undang anti lompat parti yang boleh di terima oleh kedua-dua belah pihak .

    Semoga ianya boleh menjadi kenyataan didalam masa terdekat ini ............


    Khamis, 12 Februari 2009

    SEKATLAH INTERNET SEKALI, SUPAYA SEMUA RAKYAT JADI BODOH, BARULAH SENANG DI PERINTAH

    Sekali lagi, dengan jelas bahawa pemimpin kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional, tidak pernah terfikir bahawa mereka tidak akan menjadi kerajaan disuatu hari nanti .

    Bagi mereka, Barisan Nasional akan terus memerintah Malaysia untuk selama-lamanya, apakah munkin begitu ?

    Buktinya rampasan hampir 20,000 naskhah akhbar Suara Keadilan yang dilakukan diseluruh negara minggu lepas, dengan jelas menggambarkan hakikat tersebut, alasan mereka bahawa akhbar Suara Keadilan sering memutar belitkan berita, adalah suatu alasan yang sangat mengelirukan .

    • Hampir 20,000 akhbar PKR kena rampas

    • suara keadilanAkhbar PKR Suara Keadilan edisi krisis menggelegak politik Perak menjadi sasaran rampasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, kata Tian Chua.LAGI
    • Rampasan tertinggi sejak Mac 2008
      KDN keluarkan surat amaran
    Apakah akhbar arus perdana tidak memutar belitkan berita ? tanyalah Menteri Besar Terengganu sekarang Dato Ahmad Said, atau tanyalah Tengku Razaleigh untuk mengesahkannya .

    Satu lagi alasan mereka untuk merampas akhbar Suara keadilan ialah kononnya akhbar tersebut adalah untuk ahli sahaja, oleh itu ianya dilarang dijual kepada khalayak umum .

    Kalau ia pun untuk ahli, kalau tidak dijual dikedai, dimana ahli mahu mendapatnya, tentulah dikedai ............... yang bukan ahli, terpulanglah kepada individu tersebut, sama ada mahu membelinya atau tidak, bukan dipaksa .

    Dengan membuat rampasan begitu, dengan jelas, telah merampas hak rakyat untuk mendapatkan berita alternatif dari sumber lain selain dari saluran media mereka .

    Setiap hari media yang mereka kuasai, baik melalui TV, radio, dan akhbar, hanya menyiarkan berkaitan berita dan bahan propaganda kerajaan semata-mata, sehingga muak dan menyampah untuk kita membacanya lagi .

    Apakah setelah mereka menjadi pembangkang kelak, barulah mereka sibuk bercakap soal kebebasan akhbar, dan lain-lain, yang kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak demokratik .

    Ingatlah, jika kita mahu dilayan dengan elok, kita mesti melayan orang dengan elok terlebih dahulu, tetapi jika kita sudah mengajar orang dengan layanan buruk, maka apakah boleh kita mengharapkan layanan baik dari orang lain ?

    Atau pun, adakah kini kerajaan mendapat nasihat, bahawa kononnya dengan memberi sedikit kelonggaran yang dipelopori oleh kepimpinan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi, maka Barisan Nasional kini telah menerima tamparan kekalahan demi kekalahan didalam setiap pilihan raya
    yang disertainya baik umum atau kecil, oleh itu kebebasan akhbar perlu disekat .

    Jikalau benarlah begitu, nasihat yang diperolehi, maka saya mencadangkan supaya disekat pula internet, sebab internet juga, mampu menjadi alternatif yang sangat berkesan, terutama dikalangan generasi muda, mudi, biar semua rakyat Malaysia jadi bodoh, barulah senang diperintah .


    Rabu, 11 Februari 2009

    ANDAINYA MAHKAMAH MEMUTUSKAN BAHAWA NIZAR MASIH SAH SEBAGAI MENTERI BESAR ......

    Bagaimanakah agaknya peristiwa dua menteri besar ini akan berakhir ? sampai bilakah Datuk Sri Ir Nizar Jamaluddin boleh bertahan untuk terus berada di rumah resmi Menteri Besar Perak tersebut ?

    Penulis pening memikirkan keadaan ini, semuanya terjadi gara-gara Sultan Perak lebih berminat atau lebih yakin kepada kepimpinan Barisan Nasional .

    • Polis halang Nizar ke pejabat MB

    • Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mengetuai barisan exco negeri ke pejabat rasminya.LAGI
    • Nizar menuju bangunan SUK
      Datang secara aman, pergi aman
    Memanglah kalau mengikut perkiraan kita, jikalau Sultan Perak mengistiharkan saja Dewan Undangan Negeri Perak di kosongkan, sepertimana yang dicadangkan oleh Menteri Besar, tentulah, keributan seperti sekarang, tidak akan berlaku .

    Cumanya munkin sekarang kita sibuk untuk menghadapi pilihanraya dewan undangan negeri Perak dan sekali gus Parlimen Bukit Gantang .

    Tetapi sekarang sultan memilih untuk memihak kepada kehendak barisan nasional apa nak dikata lagi, sebagai rakyat jelata, kita kena taat sahajalah ...........................
    itulah adat melayu, pantang melayu derhaka kepada rajanya, akibatnya, mereka-mereka yang berkepentingan terus mengambil kesempatan, diatas ketaatan orang melayu kepada rajanya ....

    Penulis masih ingat lagi, semasa krisis meminda perlembagaan Malaysia membuang imuniti Raja-Raja dahulu, Pas diketika itu mengambil pendirian menyokong Raja-Raja Melayu menentang Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) samalah seperti UMNO sekarang menyokong Sultan Perak didalam krisis MB Perak sekarang .

    Nampaknya didalam politik ini, pendirian sering berubah mengikut kepentingan, maka usahlah hairan jika UMNO mengambil pendirian seperti sekarang .........................

    Cuma cuba kita bayangkan, kes ini sekarang didalam proses mahkamah, untuk mendapatkan perisytiharan Mahkamah Tinggi Ipoh, Khamis ini bagi menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah.

    Takdirlah tiba-tiba kes ini memihak kepada Pakatan Rakyat, dan di istiharkan bahawa Datuk Sri Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak, apalah agaknya yang akan terjadi ................... malunya Sultan Perak tidak terkira .

    Tetapi andainya keputusan adalah sebaliknya, maka Datuk Sri Nizar Jamaluddin terpaksalah keluar dari kediaman resmi Menteri Besar dengan kenangan-kenangan silam, baik yang manis atau pun pahit .

    Munkin antara kenangan manisnya ialah seperti kenyataan Presiden Majlis Peguam dibawah ...




    Terasa Sebak Dada Baca Catatan ni..................


    Kajian: Majoriti mahu DUN Perak dibubar


    Isnin, 9 Februari 2009

    KAWAN BIAR RAMAI, TETAPI MUSUH JANGAN DI CARI .......

    Nampaknya harimau tua ini mengamuk, dia mengamuk tanpa mengira siapa lagi musuhnya, siapa juga yang melintas didepan, di belakang, dikiri, dikanan, akan disergahnya .

    Tetapi kasihan..................dia sendiri mengaku, dia kini kesepian, Lim kit Siang, Lim Guan Eng dah tak dengar katanya lagi...... tetapi oleh kerana dirinya dari baka harimau, maka walau pun tidak mampu bergerak lagi, dia tetap menerkam.......... kini katanya sesiapa juga yang membuat lapuran polis terhadapnya akan menerima padahnya.



    GEORGE TOWN: Ketika krisis politik di Perak masih belum menemui penyelesaian muktamad, Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) pula menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang.

    Isnin, 2 Februari 2009

    POLITIK DI PERAK, APAKAH AKAN JADI SETERUSNYA ?

    Nampak gayanya ketidak ketentuan telah menyelubungi keadaan politik diPerak, berikutan berita terbaru setakat jam 12.30 pagi ini ..........





    2 ADUN PKR: Kami masih wakil rakyat, mahu cabar Speaker
    PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, yang berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.

    Suasana politik di Perak semakin hangat, sebenarnya ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, bagi dunia politik .

    Akibat kemenangan yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat adalah tipis, maka tersangatlah mudah goyangnya, ini ditambah lagi oleh faktor pemilihan cincai, atau boleh diistilahkan sebagai pemilihan bidan terjun semasa hampir PRU12 dahulu .

    Semasa menghampiri PRU12, PKR terutamanya, sangat kekurangan calon-calon yang berwibawa dari segi semangat perjuangan, maklumlah PKR diketika itu, masih belum diyakini sangat, akan kebolehannya dan kemampuannya untuk memenangi pilihanraya .

    Maka dicekup sahajalah mana-mana calon secara rambang, akibatnya terpilihlah muka-muka baru yang tidak pernah teruji dari segi semangat perjuangan, ini termasuklah 2 exco PKR yang menimbulkan masaalah sekarang ini, kerana gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”.

    Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap. Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kerananya mereka mudah dijadikan modal untuk dipujuk rayu dan ugut, akhirnya menyebabkan kestabilan kerajaan negeri Pakatan Rakyat menjadi tidak menentu kini .

    Kalau kita perhatikan di Kelantan sebelum PRU12 dahulu, kerajaan PAS disana, hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja, tetapi oleh kerana semangat kental dikalangan wakil-wakil rakyatnya, mereka tidak dapat di pujuk, dibeli, atau diugut, akhirnya kerajaan negeri dapat meneruskan pemerintahannya sehingga tamat penggal tersebut .

    Tetapi adalah diyakini PKR dibawah teraju DSAI didalam pilihan raya umum yang ke13 nanti, masaalah ini akan berkurangan, oleh kerana keyakinan orang ramai terhadap PKR semakin bertambah, maka mudahlah mencari tokoh yang lebih berwibawa untuk dijadikan calun .

    Video sekitar reformasi kebangkitan rakyat di Kuala Kangsar

    .
    Saksikan video refomasi kebangkitan rakyat menentang kebobrokan Umno/BN di Kuala Kangsar pada Jumaat 6 Februari 2009

    Saksikan video : Di sini