Khamis, 12 Februari 2009

SEKATLAH INTERNET SEKALI, SUPAYA SEMUA RAKYAT JADI BODOH, BARULAH SENANG DI PERINTAH

Sekali lagi, dengan jelas bahawa pemimpin kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional, tidak pernah terfikir bahawa mereka tidak akan menjadi kerajaan disuatu hari nanti .

Bagi mereka, Barisan Nasional akan terus memerintah Malaysia untuk selama-lamanya, apakah munkin begitu ?

Buktinya rampasan hampir 20,000 naskhah akhbar Suara Keadilan yang dilakukan diseluruh negara minggu lepas, dengan jelas menggambarkan hakikat tersebut, alasan mereka bahawa akhbar Suara Keadilan sering memutar belitkan berita, adalah suatu alasan yang sangat mengelirukan .

  • Hampir 20,000 akhbar PKR kena rampas

  • suara keadilanAkhbar PKR Suara Keadilan edisi krisis menggelegak politik Perak menjadi sasaran rampasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, kata Tian Chua.LAGI
  • Rampasan tertinggi sejak Mac 2008
    KDN keluarkan surat amaran
Apakah akhbar arus perdana tidak memutar belitkan berita ? tanyalah Menteri Besar Terengganu sekarang Dato Ahmad Said, atau tanyalah Tengku Razaleigh untuk mengesahkannya .

Satu lagi alasan mereka untuk merampas akhbar Suara keadilan ialah kononnya akhbar tersebut adalah untuk ahli sahaja, oleh itu ianya dilarang dijual kepada khalayak umum .

Kalau ia pun untuk ahli, kalau tidak dijual dikedai, dimana ahli mahu mendapatnya, tentulah dikedai ............... yang bukan ahli, terpulanglah kepada individu tersebut, sama ada mahu membelinya atau tidak, bukan dipaksa .

Dengan membuat rampasan begitu, dengan jelas, telah merampas hak rakyat untuk mendapatkan berita alternatif dari sumber lain selain dari saluran media mereka .

Setiap hari media yang mereka kuasai, baik melalui TV, radio, dan akhbar, hanya menyiarkan berkaitan berita dan bahan propaganda kerajaan semata-mata, sehingga muak dan menyampah untuk kita membacanya lagi .

Apakah setelah mereka menjadi pembangkang kelak, barulah mereka sibuk bercakap soal kebebasan akhbar, dan lain-lain, yang kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak demokratik .

Ingatlah, jika kita mahu dilayan dengan elok, kita mesti melayan orang dengan elok terlebih dahulu, tetapi jika kita sudah mengajar orang dengan layanan buruk, maka apakah boleh kita mengharapkan layanan baik dari orang lain ?

Atau pun, adakah kini kerajaan mendapat nasihat, bahawa kononnya dengan memberi sedikit kelonggaran yang dipelopori oleh kepimpinan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi, maka Barisan Nasional kini telah menerima tamparan kekalahan demi kekalahan didalam setiap pilihan raya
yang disertainya baik umum atau kecil, oleh itu kebebasan akhbar perlu disekat .

Jikalau benarlah begitu, nasihat yang diperolehi, maka saya mencadangkan supaya disekat pula internet, sebab internet juga, mampu menjadi alternatif yang sangat berkesan, terutama dikalangan generasi muda, mudi, biar semua rakyat Malaysia jadi bodoh, barulah senang diperintah .


1 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Kalau disekat internet rakyat jadi bodoh? Bodohnya pendapat ini