Selasa, 17 Februari 2009

BIARKAN SILUNCAI TERJUN DENGAN LABU - LABU NYA ......BIARKAN....BIARKAN .

Sepanjang saya menulis blog, belum pernah lagi saya menulis berkaitan blog Che Det, oleh itu izinkan saya untuk kali ini, saya menyentuh sedikit tentang tulisan blog paling popular ini .

Walaupun saya adalah penyokong tegar Datuk Sri Anwar Ibrahim, kerana kekaguman saya terhadap corak kepimpinannya, tetapi saya kagum juga terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir .

Antara jasa besar yang paling saya kagum terhadap Tun Dr Mahathir ialah kejayaannya menghapuskan kekebalan raja-raja, saya pasti jasa Tun Dr Mahathir ini akan dikenang sampai bila-bila oleh generasi akan datang .

Untuk kali ini saya tidak akan mengulas berkaitan imuniti raja-raja tersebut, sebaliknya saya akan menyentuh tentang tulisannya dibawah .................

Che Det
TINGKAT EMPAT - 1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Me..
http://www.brusselstribunal.org/images/mahathir1.jpg

Setelah saya membaca tulisannya kali ini, maka saya terfikir juga, apakah akan terjadi jika .......

6- Kata berita angin, mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.

Yang pasti Datuk Sri Najib nampaknya tidak berpeluanglah menjadi PM, dan Pak Lah akan terus memegang jawatan sebagai PM manakala Datuk Sri Najib hanya memegang jawatan sebagai Presiden umno sahaja, sehingga ke PRU ke 13 nanti .

Seterusnya Tun Dr Mahathir berpendapat .................

9. Jika ada ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen terhadap kepimpinan Datuk Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi, ini tidak mungkin berjaya, oleh kerana sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini, manakala ahli parti lawan memang hendakkan supaya Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan, Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka tentang perkara ini .

10. Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, agak sukar bagi kumpulan Datuk Sri Najib (BN) untuk mendapat cukup bilangan bagi meluluskan undi tidak percaya, terhadap kepimpinan Datuk Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi, maka dengan keadaan tersebut jelas Pak Lah boleh terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia .

Walau macammana pun, dapat difahami, bahawa kekhuatiran Tun Dr Mahathir lebih kepada kumpulan Khairy Jamaluddin yang di rujuknya sebagai orang di
Tingkat Empat, yang menurutnya, telah tersangat bimbang, terhadap perancangan Pak Lah untuk meletakkan jawatan pada Mac ini .

Sebenarnya saya terfikir juga tentang
si Khairy ni jikalau benarlah Pak Lah meletakkan jawatannya pada Mac nanti, bagaimanakah hala tujunya .

Beliau secara tanpa berselindung lagi didalam blognya mengutuk Datuk Sri Najib, maka jelaslah jika begitu keadaannya, beliau memang tidak mengharapkan apa-apa dari Datuk Sri Najib .

Maka hala tujunya didalam umno selepas ini, jelas akan terumbang ambing, harapannya untuk menang jawatan ketua pemuda umno, rasanya tersangatlah tipis .

Tetapi jika berita angin yang diperolehi oleh Tun Dr Mahathir itu menjadi kenyataan, maka suatu suasana baru didalam politik Malaysia akan berlaku .

Bak kata Tun Dr Mahathir di akhir blognya .........biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya .......biarkan .....................biarkan .

Tiada ulasan: