2 ADUN PKR: Kami masih wakil rakyat, mahu cabar Speaker
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, yang berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.
Suasana politik di Perak semakin hangat, sebenarnya ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, bagi dunia politik .
Akibat kemenangan yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat adalah tipis, maka tersangatlah mudah goyangnya, ini ditambah lagi oleh faktor pemilihan cincai, atau boleh diistilahkan sebagai pemilihan bidan terjun semasa hampir PRU12 dahulu .
Semasa menghampiri PRU12, PKR terutamanya, sangat kekurangan calon-calon yang berwibawa dari segi semangat perjuangan, maklumlah PKR diketika itu, masih belum diyakini sangat, akan kebolehannya dan kemampuannya untuk memenangi pilihanraya .
Maka dicekup sahajalah mana-mana calon secara rambang, akibatnya terpilihlah muka-muka baru yang tidak pernah teruji dari segi semangat perjuangan, ini termasuklah 2 exco PKR yang menimbulkan masaalah sekarang ini, kerana gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”.
Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap. Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kerananya mereka mudah dijadikan modal untuk dipujuk rayu dan ugut, akhirnya menyebabkan kestabilan kerajaan negeri Pakatan Rakyat menjadi tidak menentu kini .
Kalau kita perhatikan di Kelantan sebelum PRU12 dahulu, kerajaan PAS disana, hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja, tetapi oleh kerana semangat kental dikalangan wakil-wakil rakyatnya, mereka tidak dapat di pujuk, dibeli, atau diugut, akhirnya kerajaan negeri dapat meneruskan pemerintahannya sehingga tamat penggal tersebut .
Tetapi adalah diyakini PKR dibawah teraju DSAI didalam pilihan raya umum yang ke13 nanti, masaalah ini akan berkurangan, oleh kerana keyakinan orang ramai terhadap PKR semakin bertambah, maka mudahlah mencari tokoh yang lebih berwibawa untuk dijadikan calun .
Video sekitar reformasi kebangkitan rakyat di Kuala Kangsar
.Saksikan video refomasi kebangkitan rakyat menentang kebobrokan Umno/BN di Kuala Kangsar pada Jumaat 6 Februari 2009
Saksikan video : Di sini
2 ulasan:
Najib dan Anwar 'main poker' nasib rakyat yang diperjudikan. Sial tul!
Ini lah padahnya kalau pengundi berpandukan parti semasa mengundi. Kita sepatutnya memilih calon. Lupakan parti yang dia wakili. Kalau kita kurang yakin dengan peribadi semua calon, lebih baik jangan mengundi.
Short Talk
Terima kasih Mr.Right, kerana sudi melewati blog saya .
Saudara mengajak kita memilih calon dan melupakan parti yg mereka wakili.
Masaalahnya parti adalah saluran pembuat dasar, merangka hala tuju,
merangka cita-cita bagaimana mahu mentadbir negara tersebut .
Kadang2 calon bagus, tetapi mewakili parti yg dasarnya tidak bagus, tak jadi apa juga.
Oleh itu gabungan kedua-duanya amatlah diperlukan .
Walau macam mana pun terima kasih diatas ulasan sdr diatas.
Catat Ulasan