SPRM sepatutnya perlu profesional tetapi apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, jelas menunjukkan bahawa, harapan rakyat, akan tinggal harapan sahaja .
Buktinya ialah apa yang berlaku kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim berkaitan dengan lapuran Polis yang dibuatnya
Anwar buat laporan polis kedua kes mata lebam
PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis kedua berhubung pembabitan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dikatakan memalsukan bukti penyiasatan kes mata lebam beliau pada tahun 1998.
AMK guna lembu arak laporan rasuah ( kecewa dng sikap SPRM )
Tetapi sebaliknya apabila ada lapuran dari pihak UMNO , cepat-cepat SPRM atau Polis akan bertindak walau pun kesnya masih ditahap yang diragui akan kesalahannya .
Polis akan panggil Speaker Perak
Malah tidak cukup dengan Polis, SPRM pun ikut sama menyibuk, meletakkan seolah-olahnya apa juga yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat adalah tidak mengikut saluran undang-undang, manakala apa juga yang dilakukan oleh UMNO adalah betul .
SPRM akan siasat Speaker Perak Feb 20, 09 4:45pm - Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata dakwaan kes salah guna kuasa terhadap V Sivakumar akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009.LAGI
-
Gantung MB dan exco Pemuda Umno buat laporan
Begitu juga berkaitan kes liwat ke 2 Datuk Sri Anwar Ibrahim, mereka juga meraguinya, tetapi kali ini, mereka ragu kerana Hakim tersebut terlalu jujur, mereka tidak mahu Hakim yang terlalu jujur, kerana Hakim yang jujur tidak boleh dibeli, oleh itu berkali-kali mereka meminta kes tersebut dipindahkan keMahkamah tinggi .
Apabila keadaan menjadi sedemikian rupa, sehingga sebilangan rakyat telah hilang keyakinan
terhadap kewibawaan Polis, SPRM dan Mahkamah, apa yang boleh diharapkan lagi .
Kita bimbang, bila keadaan menjadi begini, rakyat langsung tidak mahu memberi kerjasama lagi, sedangkan untuk menyelesaikan sesuatu kes, kerjasama dari orang awam sangat-sangat diperlukan .
Kita ambil contoh, didalam kes Tan Sri Khalid Ibrahim, iaitu MB selangor, beliau telah menyatakan tidak puas hatinya diatas sikap SPRM yang dikatakan dwi standard ...........
Dakwa Khalid: SPRM 'dwi standard' Abdul Rahim Sabri | Feb 20, 09 6:23pm - Peguam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat kesal dengan kenyataan SPRM yang berkata terdapat bukti kukuh menunjukkan menteri besar Selangor itu menyalahguna kuasanya.LAGI
-
Kenapa tidak Musa, Gani Patail? MB tiada sebarang kenyataan
Beliau juga tidak puas hati, apabila ada unsur gertak dilakukkan ...............
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) yang sedang berhadapan dengan tuduhan menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban pada Disember tahun lalu menyifatkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak berasas.
'Ini manusia tak boleh digertak,' kata Khalid Ibrahim
Anak pengerusi SPRM di tahan, cuba seludup bahan PORNO
Isu Lembu: Antara Dua Darjat MB, Zaman Khir Toyo Terima 123 Ekor Mesra Rakyat, Tapi Bila Tan Sri Khalid Terima 46 Ekor Dikira Penyelewengan
Adun Pakatan dakwa ditawar RM20 juta keluar parti
Kalau keadaan begini berterusan, sampai bila pun negara akan dilanda krisis keyakinan di kalangan rakyat jelata, melaksanakan undang-undang rimba, siapa kuat dia adalah raja .........
1 ulasan:
Memang, yang kita tak ragui adalh setiap tindakan Al-Jubri. Semuanya betul.
Catat Ulasan