Ada dua berita yang disiarkan oleh Malaysia Kini yang jika benar, sangat menjengkelkan, berita pertama ialah PAS Permatang Pauh beku jentera p'raya dan berita kedua pula Penanti: Pemuda PAS PP tetap mahu letak calon.
Kedua-dua berita tersebut, sudah pasti sangat menggembirakan UMNO khususnya dan Barisan Nasional amnya, apa tidaknya, setelah PRU12 yang lalu, inilah kali pertama, krisis di pihak Pakatan Rakyat yang seperti ini berlaku.
Kebetulan pula di pihak UMNO masih belum membuat keputusan dan khabarnya satu mesyuarat khas akan diadakan pada Isnin depan, Mesyuarat tersebut yang akan dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 5 petang pada hari tersebut.
Dengan perkembangan terbaru ini adalah dijangkakan bahawa Najib akan membuat keputusan untuk meletakkan calunnya bertanding, adalah tidak munkin UMNO akan memberikan kemenangan percuma kepada musuhnya, tambahan lagi musuhnya sedang bercakaran sesama sendiri.
Munkinkah dengan penolakkan oleh akar umbi PAS kepada calon PKR itu nanti, seperti yang diberitakan, bakal memberikan kesan kepada keputusan PRK tersebut ? atau munkin satu perundingan bakal diadakan diantara Haji Hadi dengan Anwar, agar kemelut tersebut boleh diselesaikan supaya ianya ibarat menarik rambut didalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
Sesungguhnya pertikaian seperti ini, memang mudah terjadi didalam mana-mana parti gabungan, baik yang resmi seperti Barisan Nasional atau yang tidak resmi seperti Pakatan Rakyat.
Memang difahami bagaimana perasaan orang-orang PAS di Penanti, yang dikatakan kawasan tersebut adalah kubunya sejak sekian lama, tetapi demi setiakawan, demi kesetabilan didalam Pakatan Rakyat, biarlah kawasan tersebut ditandingi oleh wakil PKR, sekurang-kurangnya untuk kali ini dan munkin kawasan lain nanti boleh pula ditandingi oleh PAS.
Barisan Nasional sering menggunakan kaedah yang sedemikian rupa dan satu kelebihan kepada BN selama ini ialah, kerana mereka berkuasa di peringkat pusat, maka sering persempadanan semula kawasan pilihan raya menyelamatkan keadaan dengan mewujudkan kawasan baru dan diagihkan kepada parti kompenennya yang menuntut seperti yang diperkatakan diatas.
Bahawa jika berlaku PAS meletakkan juga calunnya diPenanti nanti, sudah tentulah, ianya akan memberikan kesan yang sangat buruk, malah tidak mustahil Pakatan Rakyat akan hancur, tetapi penulis sangat percaya Anwar, sebagai seorang pemimpin yang sangat berwibawa, akan boleh menyelesaikan kemelut ini dengan mudah.
Semoga ujian ini akan berakhir dengan kemenangan besar di pihak Pakatan Rakyat dan melumpuhkan hasrat BN untuk mengkucar kacirkan perpaduan didalam Pakatan Rakyat.
PAS UMNO: Apa punya turrrr... ( Biaqpila)
Exco P. Pinang setuju Mansor timbalan satu KM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan