Ahad, 3 Mei 2009

Masaalah di Penanti rupanya belum selesai ........

Sejak keluar berita bahawa kononnya di DUN Penanti: PAS Permatang Pauh tetap mahu tanding
pada 1 hb mei, dan pada 2 hb mei, keluar pula berita Anwar kata itu masalah kecil, PAS janji sokong calon PKR dan di tambah pula dengan berita Haji Hadi ulangi pendirian sokong calon PKR di Penanti. Kita merasakan bahawa masaalah di penanti ini boleh diselesaikan dengan baik

Tiba-tiba hari ini 3 hb mei, keluar pula berita Penanti: PAS Pulau Pinang mahu perjanjian Pakatan dikaji semula. menurut berita yang disiarkan oleh m.star online itu, yang memetik Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata desakan untuk PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini semata-mata demi memelihara amalan demokrasi yang sihat.

Menurutnya Keputusan PAS negeri bukan dibuat untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertujuan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pakatan PKR-DAP-PAS.

Beliau berkata peletakkan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Anggota DUN Penanti dilakukan secara mengejut dan tanpa alasan kukuh.

Mujahid berkata Pakatan Rakyat wajib mengambil kira suara-suara akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap trend peletakan jawatan yang dikhuatiri menjadi suatu budaya politik tidak sihat di kalangan wakil rakyat.

Setelah meneliti hujjah Mujahid tersebut, dan diambil kira apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, terutama apa yang berlaku di Perak, berikutan pembelotan 3 ekor berok yang melompat keluar dari kandang PR dan kononnya menjadi wakil rakyat bebas, tetapi menyokong BN itu, telah menyebabkan kerajaan Perak yang diterajui PR sebelum ini tumbang.

Kita merasakan sesuatu yang tidak enak telah berlaku didalam gabungan Pakatan Rakyat,
memang di akui secara diam-diam sejak peristiwa tersebut ramai orang PAS yang marah kepada wakil rakyat PKR yang didapati kurang berdisiplin, akibat kurang disiplin tersebut telah menyebabkan mereka mudah diperangkap oleh ajen-ajen BN yang berkeliaran macam musang mencari ayam dimalam hari.

Melalui peristiwa tersebut juga dapatlah kita fahami, bagaimana puncanya ahli-ahli PAS Permatang Pauh yang selama ini taat setia, tiba-tiba mengangakan taringnya, seolah-olah tidak boleh dikawal lagi.

Bahawa sesungguhnya kita kena fahami, banyak juga kawasan yang dulunya kawasan tersebut di tandingi oleh PAS dan ahli-ahlinya ramai orang PAS, akan tetapi demi setiakawan didalam PR, kawasan tersebut telah diserahkan kepada PKR untuk ditandingi, malangnya setelah menang, mereka tidak berminat untuk berkhidmat bersungguh-sungguh seperti apa yang berlaku di DUN Penanti itu.

Walau macam mana pun satu perkara perlu di renungi oleh orang-orang PAS, iaitu seperti yang kita sedia maklum PKR adalah satu parti baru, ditambah pula trend pengundi yang beralih kepada PR ini juga adalah trend baru, maka setiap yang baru, keyakinan orang kepadanya adalah kurang, oleh itu bukannya senang bagi Anwar untuk mencari calun yang benar-benar amanah dan bertanggung jawab.

Oleh itu diperingkat awal, berlakulah pemilihan calon pakai cekup, dan hasilnya yang di perolehi ialah apa yang berlaku di Perak tersebut, yang walaupun sudah diikat dengan sain borang kosong, tetapi masih meronta dan akhirnya terlepas.

Munkin untuk dimasa akan datang ini Anwar terpaksa memikirkan satu cara baru untuk mengikatnya, bagaimana dan apakah alatnya yang akan digunakan, munkin beliau sedang memikirkannya.

Dan satu perkara lagi yang perlu direnungi oleh orang-orang PAS ialah, hakikat kemenangan yang di perolehi sekarang ini adalah kerana pengaruh Anwar, oleh itu usahlah bertindak seolah-olah kemenangan tersebut adalah kemenangan kerana kekuatan PAS semata-mata.

Kita kena ingat, walau sekuat mana sekali pun PAS, tanpa sokongan dari ahli gabungan komponen parti-parti lain didalam PR, PAS tidak akan menang seperti sekarang ini, oleh itu ketika terbang diawan yang tinggi usahlah lupa rumput dibumi.

Para pengundi yang sebelum ini telah memberikan undinya kepada PR sedang memerhatikan telatah anda semua, andainya anda lebih berminat untuk bercakaran sesama sendiri, tunggulah
di PRU 13 nanti, padah sedang menanti anda...............timun dan pisau ditangan anda, tepuk dada tanya selera......

PAS larang ahli lawan PKR di Penanti

Ada ahli Pas mungkin tanding tiket bebas

PAS marah lagak Anwar dalam Pakatan


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

1 ulasan:

perunding berkata...

setuju 100%.
berlapang dada lah semua.