Tindakan Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan baru-baru ini supaya kerajaan membenarkan Chin Peng iaitu bekas pemimpin PKM, pulang ke Malaysia, telah menimbulkan berbagai reaksi dari orang ramai.
Tentangan dari pelbagai pihak telah di suarakan, antaranya dari persatuan bekas perajurit dan persatuan bekas polis Malaysia yang telah terlibat secara langsung dengan penentangan oleh pihak komunis tersebut.
Dipihak bekas pergerakan komunis itu pula, mereka telah berusaha untuk membersihkan diri dengan menerbitkan blog yang menceritakan pahit maung perjuangan mereka dari tempat perkumpulan bekas pasukan mereka yang dinamakan Kampung Perdamaian Sukhirin .
Perkampungan tersebut di buka dengan bantuan oleh kerajaan Thailand dan Malaysia diatas penghargaan terhadap pasukan tersebut yang sanggup meletakkan senjata dan menghentikan terus perjuangan komunis mereka.
Sebagai rakyat Malaysia yang lahir selepas merdeka, saya yang salah seorang dari generasi tersebut, yang tidak pernah merasai sendiri, bagaimana peritnya semasa di era dharurat, yang menurut cerita dari generasi terdahulu, terpaksa sering hidup didalam ketakutan.
Sepertimana yang diceritakan kembali oleh blog tersebut, bahawa keterlibatan mereka didalam perjuangan komunis, terutama oleh pejuang -pejuang Melayu, adalah oleh kerana tiada pilihan, pejuang-pejuang Melayu tersebut, pada mulanya menyertai pertubuhan yang berfahaman kiri yang diluluskan oleh wakil kerajaan British diMalaya pada masa itu.
Namun oleh kerana wakil kerajaan British tersebut tertekan dengan semangat yang berkobar-kobar yang mendesak supaya Malaya di berikan kemerdekaan oleh perbagai pertubuhan, barulah pertubuhan-pertubuhan tersebut di haramkan, kecuali UMNO.
Disinilah bermulanya konflik pertembungan diantara pihak-pihak yang memperjuangankan kemerdekaan tersebut, UMNO yang di izinkan oleh pemerintahan British, boleh terus bergerak meneruskan perjuangan mereka.
Antara sebab-sebab kenapa UMNO tidak diharamkan, sedangkan parti-parti lain yang berhaluan kiri terus diharamkan, semuanya adalah kerana, ideologi UMNO yang mahu meneruskan dasar pemerintahan British, manakala pihak-pihak kiri lainnya tidak sedemikian, maka keadaan tersebut menyebabkan sesetengah pemimpin mereka ditangkap, dipenjarakan dan ada diantara mereka di hukum gantung.
Pejuang-pejuang Melayu yang bergiat didalam parti-parti yang berhaluan kiri tersebut akhirnya
tiada pilihan, oleh kerana takut ditangkap dan dihukum, maka mereka pun mengambil keputusan menyertai pasukkan gerila komunis dan membuat penentangan bersenjata dari dalam hutan.
Akibat dari penentangan UMNO di arena politik dan penentangan bersenjata komunis didalam hutan itulah yang membuatkan akhirnya kerajaan British terpaksa memberikan kemerdekaan kepada Malaya.
Malangnya setelah Malaya mendapatkan kemerdekaan dan namanya di tukar kepada Malaysia,
pihak gerila parti komunis di bawah kepimpinan Chin Peng tetap meneruskan penentangan mereka dengan alasan mereka sendiri, walaupun ada usaha memujuk mereka kembali kepangkuan masyarakat melalui satu pertemuan di Baling Kedah tetapi usaha tersebut tidak berjaya.
Seandainya diwaktu tersebut, mereka menerima tawaran kerajaan untuk menyertai masyarakat, maka tidaklah perlu untuk mereka terus berada didalam hutan dan meneruskan perjuangan mereka yang sia-sia tersebut.
Setelah beberapa puluh tahun membuat penentangan dan harapan untuk berjaya semakin pudar, tambahan pula ideologi komunis semakin tidak diterima oleh masyarakat dunia, barulah mereka mahu menamatkan penentangan mereka.
Oleh itu dapatlah difahami kenapa sesetengah pihak di Malaysia tidak dapat memaafkan mereka, walaupun pada hakikatnya, mereka juga ada jasanya didalam perjuangan kemerdekaan negara.
Kini setelah masa berlalu dan generasi yang terlibat secara langsung dengan penentangan gerila komunis tersebut telah semakin kurang akibat dimamah usia dan meninggal dunia, maka generasi baru sudah mempunyai penilaian yang berbeza terhadap PKM tersebut.
Walaupun kini Datuk Sri Najib telah menegaskan bahawa pemimpin PKM baik dari bangsa apa sekali pun tidak akan di izinkan kembali ke Malaysia, tetapi itu penilaian sekarang ini.
Maka tidak mustahil 20 tahun akan datang, satu penilaian dan penulisan semula sejarah kemerdekaan negara akan dilakukan dan samaada kita sukai atau tidak, penilaian tersebut akan membabitkan juga perjuangan PKM
Benar jika PKM berjaya didalam penentangan mereka terhadap kerajaan, munkin nasib Ugama Islam di Malaysia tidak sebaik sekarang ini, tetapi penilaian generasi baru tersebut tidak membabitkan jika PKM menang, tetapi penilaian di buat sekadar setelah PKM kalah didalam perjuangannya.
Itulah hakikat dunia yang sering berubah-ubah dan penilaian juga akan turut berubah ................

1 ulasan:
perjuangan kominis tidak mendapat tempat walau sedikit pun dihati org melayu , ungkapan2 'jahat mcm kominis ' masih lg didengar dikalangan masyarakat melayu terutama dari golongan warga emas yg merasai pahit getir dibawah pemerintahan kominis walaupun tidak sampai 2 minggu . kepada golongan2 yg merasakan ideologi kominis ini begitu manis ,terutama generasi baru ,cuba lah jalan2 cari warisan2 pemerintahan bintang tiga ini ,tanya mereka . Cuba susur ke Baling ,weng ,tg pari , ulu legong ,kroh ,gerik ,bukit hijau , sik , gubir hingga ke selatan spt bukit kepong dll carilah jawapannya . Dengar aja pun sudah ngeri .
Catat Ulasan