Ahad, 10 Mei 2009

Semuanya jadi serba tak kena ..............................

Semakin jelas dan nyata Najib semakin resah, semua yang dilakukannya tidak menjadi, dulu dia cakap bahawa peminpin Hindraf tidak akan dibebaskan kerana masih menjadi ancaman kepada keselamatan negara, tiba-tiba setelah Manoharan ugut nak letak jawatan sebagai ADUN Selangor, tiba-tiba orang yang dikatakan menjadi ancaman disatu masa dahulu, kini telah tidak menjadi ancaman lagi........

Akhirnya Manoharan dan rakan-rakannya dibebaskan dan diberikan sambutan sebagai hero,
oleh penyokongnya, begitu juga dulu exco selangor pernah di tahan, atas alasan menggugat ketenteraman awam, tetapi beberapa hari kemudian, tiba-tiba dibebaskan, kalau betul menggugat ketenteraman awam, kenapa baru sehari ditahan dibebaskan pula ?

Paling terkini ialah sepertimana di lapurkan oleh para blogger bahawa Polis halang tayangan VCD peristiwa 7 Mei. pelik kenapa tayangan peristiwa benar di DUN tidak boleh di tayangkan, kita tak faham atas arahan siapa polis menghalang penayangan tersebut, malah sehingga merampas VCD yang sedang ditayangkan.

Kalaulah saya menjadi pemimpin UMNO, saya akan membantah semua yang berlaku seperti yang disenaraikan diatas tadi, ini adalah kerana, tidakkah dipihak kerajaan terfikir, bahawa tindakan sedemikian rupa, munkin juga merupakan salah satu sabotaj dari pihak anggota kerajaan kepada kerajaan sendiri ?

Dengan membuat keputusan yang bodoh begitu, telah menyebabkan rakyat yang selama ini duduk diatas pagar, kini terus menyebelahi pembangkang, maka sudah tentulah masa depan BN di PRU13 nanti semakin gelap.

Tetapi saya sangat percaya, apa juga yang berlaku tersebut, memang ada sabotaj dikalangan anggota kerajaan sendiri, cumanya perkara tersebut berlaku secara tidak jelas, atau pun munkin juga pemimpin UMNO kini sudah benak-benak belaka, semuanya akibat sering memakan benda-benda haram, maka apa juga yang berlaku yang merugikan diri mereka sendiri, mereka tidak lagi nampak.

Buktinya seperti berita ini kononnya si Zambry telah menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap lapuran media, apa yang tidak puas hatinya lagi ? kalau kita membaca lapuran akhbar Utusan dan lain-lain yang seangkatan dengannya, saya sangat menyampah, semuanya sangat senget, semuanya tidak melapurkan perkara sebenar, habis Zambry mahu lapuran yang macam mana lagi.

Semua lapuran tersebut ditulis sebegitu rupa, seolah-olahnya BN semuanya ikut peraturan dan pembangkang semuanya melanggar peraturan, habis lapuran macam mana lagi dia mahu ?

Akibat lapuran akhbar arus perdana dan sebaran am lain yang melampau-melampau itulah, akhirnya saya yang tidak pernah menulis blog, tidak layak pun untuk menulis.............. menulis juga, untuk melepaskan geram, walau pun menyedari bahawa bolg saya hanya layak di panggil blog cap ayam sahaja, soal orang nak baca ke....... tak nak baca ke............... itu orang punya pasal...............janji geram dapat di lepaskan.






4 ulasan:

anjar berkata...

woooo! woooo! jangan kata blog saudara blog cap ayam, apa saja blog yg dicipta untuk menyatakan kebenaran adalah blog yang berkualiti.... teruskan menulis saudara.

ababina328 berkata...

Terima kasih di atas galakkan saudara

Amri Mat Saaid berkata...

salam ababina 328

he he kalau sardin cap ayam memang best sedap woooo

ababina328 berkata...

Terima kasih Amri Mat Saaid,

Bukan apa sdr, mana saya tak marah, UMNO memerintah ikut suka dia je....
macamlah negeri ni dia sorang yg punye....

Lagi berita terbaru, PKR nak buat sambutan ulang tahun parti, permit telah di berikan , tiba2 di batalkan disaat akhir.....ape ke jadah punye keje ni....

Tak kan majlis sambutan parti tak boleh diadakan.....

Yang umno nak sambut ulang tahun yang ke 63 tak lama lagi, boleh pulak...

Kata nak memerintah dengan adil...adil ape macam tu....

Tu lah yang saya geram tu...

Saya ni bukan nye jenis fanatik sangat....tapi kalau dah melampau tu marah juge.

Tetapi ada baiknya dia buat macam tu, bukan ape... dia buat supaya rakyat makin benci kepadanye....