Khamis, 16 Julai 2009

B N wajib tunai janjinya di Manek Urai

Kini keputusan diManik urai sudah pun terjawab, setelah berhempas pulas selama lebih dari 2 minggu, malah munkin 1 bulan, jika diambil kira sejak kematian penyandang DUN kawasan tersebut, maka keputusan PAS menang dengan hanya 65 undi, adalah satu keputusan yang menggambarkan betapa sengitnya pertempuran diarena politik dikawasan tersebut.

Kini pelbagai ulasan, saranan, dan kutukan yang di lemparkan diantara kedua-dua belah pihak tehadap lawan masing-masing, dan ini termasuklah apa yang saya hidangkan dibawah yang saya petik dari salah satu blog penyokong BN...........




Bangang lagi bodoh memang sudah patut di labelkan di setiap warga Kelantan yang terus menyokong Pas.


Keputusan Manek Urai memang sudah dijangka oleh semua pihak bahawa biar bermatian pun BN berkempen dan biar sebagus manapun calon yang diletakkan oleh BN pasti sukar untuk menang dimana-mana kerusi DUN Kelantan.

Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini. Mohd Fauzi, 50, memperolehi 5,348 undi manakala Tuan Aziz , 39, mendapat 5,283 undi.

Walaupun kemenangan kali ini agak memalukan PAS namun, mesej yang jelas dapat dirungkai bahawa rakyat Kelantan jenis manusia yang tidak faham erti kuasa dan politik.

Bagi BN, kekalahan di Manik Urai tidak menjejaskan apa-apa selain dapat melihat, ada juga sinar dan peluang bagi BN membawa harapan kepada rakyat Kelantan.

Untuk rakyat Manek urai, jangan sedikit cuba menuntut BN tunaikan janji kerana BN akan terus mengabaikan DUN tersebut dan tinggallah rakyat di sana dalam kemiskinan dan kemunduran. Janji pembangunan sudah terkubur kerana rakyat Kelantan tidak pernah bersyukur.

Bagi Pemimpin Pas mereka tidak berhak meminta kerajaan Pusat meneruskan projek pembangunan yang dijanjikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai jika Barisan Nasional (BN) tewas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Episod duka rakyat Kelantan terus disambung dan tinggallah orang Kelantan di dalam kemunduran disebalik negeri-negeri BN lain akan terus memacu misi nasional menuju wawasan 2020.

Inikah yang dikatakan pejuang bangsa Melayu ? inikah yang dinamakan pembela bangsa kononnya ?

Saya berpendapat BN yang walau pun kalah di Manek Urai, wajib melaksanakan janjinya membina Jambatan dan lain-lain janjinya dikawasan tersebut, kerana BN menang dikawasan yang memerlukan Jambatan itu iaitu di Manek Urai lama.

Pengundi-pengundi dikawasan tersebutlah yang dikatakan meningkatkan undi buat BN, oleh itu Muhyiddin anak Pak Yassin tidak boleh mengikut kata penyokong fanatik Umno seperti diatas, yang menyarankan supaya penduduk
Manek Urai di hukum.

Yang nak di hukum adalah orang Melayu yang dhaif di pendalaman, tetapi orang bukan Melayu yang turut menyokong pembangkang di bandar, tidak pula di hukum.

Tetapi inilah realiti politik kampung yang diamalkan oleh sesetengah pihak, yang tidak menghormati demokrasi.

Rakyat di seluruh negara akan menilai akan keupayaan kerajaan BN menunaikan janjinya di Manek Urai, kerana jika janjinya di sana tidak di lunaskan, BN akan di tuduh sebagai munkir janji.

Oleh itu tepuk dada dan tanya selera............

2 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Salam sahabat,
satu tulisan yg mantap, Kebanyakan ny saya sokong bagaimana pun ada sebahagian yg tidak sesuai dgn pndangan saya. Bagaimanapun inilah kehidupan, berbeza pendapat bukan satu kesalahan. Teruskan menulis. Saya mula merindui tulisan sdr.

ababina 328 berkata...

Terima kasih.