Jumaat, 17 Julai 2009

Semuanya serba salah.

Sekali lagi negara di gemparkan dengan kematian suspek semasa dalam siasatan, kali ini Teoh Beng Hock, iaitu setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah pula menemui ajalnya di bangunan yang di kuasai oleh SPRM.

Persoalannya, bagaimanakah perkara ini boleh berlaku ? seperti mana kes-kes seperti ini yang berlaku, ianya memang menjadi perbualan ramai, maka pelbagai andaian akan berlegar di pasaran khabar angin.

Maka saranan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, supaya sebuah Badan bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh adalah wajar untuk di pertimbangkan.

Masaalahnya didalam mana-mana penyiasatan, baik kes Polis, BPR, SPRM, atau lain-lain agensi penguatkuasa, kes kekasaran pasti akan berlaku, ini adalah kerana, si suspek tidak mudah untuk memberikan kerjasama.

Tindakkan tidak mengaku adalah perkara biasa, walau pun si suspek tersebut memang terlibat didalam sesuatu kes, maka usahlah hairan jika yang memang benar-benar tidak terlibat, lagilah tidak mengakunya.

Yang menjadi masaalah ialah, si suspek yang tidak terlibat tetapi cuma di syakki sahaja tetapi dipaksa juga memberi keterangan, serta dipaksa mengaku terlibat, maka di sinilah kezaliman sering berlaku, kepada yang memang terlibat tetapi tidak mengaku, kita rasa memang patut di perlakukan macam mana sekali pun.

Maka didalam keadaan sedemikianlah, petugas-petugas negara ini terpaksa berdepan dengan delima diantara " kasihan" dengan menjalankan tugas demi untuk negara.

Kalau berlembut, sampai bila pun si suspek tidak akan memberikan kerjasamanya, maka terpaksalah digunakan kekerasan, dan didalam menggunakan kekerasan tersebutlah, kadang-kadang secara tidak di sedari, rupanya sudah melampaui batasan sehingga menyebabkan kematian.

Masaalahnya apabila sudah berlaku sedemikian rupa, semuanya akan lepas tangan, kawan-kawan akan lari, ketua akan lari, tinggallah kita terkontang-kanting seorang, dua orang atau lebih, menghadapi tuduhan berat, menyebabkan kematian yang akan menyebabkan kehilangan kerja dan dihukum penjara yang lama, kalau pun tidak di hukum mati.

Inilah nasib yang dialami oleh petugas-petugas negara ini didalam menjalankan tugas mereka.

Masaalah ini tidak akan selesai sampai bila-bila, memang ada cadangan supaya di pasang CCTV baik di lokap, bilik penyiasatan, atau lain-lain tempat yang di fikirkan layak, bagi mengatasi kes seperti ini.

Masaalahnya jika dilakukan sedemikian rupa, pihak Polis, BPR, SPRM atau lain-lain, tidak akan mendapat maklumat, dan orang -orang jahat akan semakin bermaharaja lela, inilah yang perlu dihadapi oleh penguatkuasa kita.

Sekarang pun kita menghadapi keadaan dimana orang-orang jahat semakin bermaharajalela, mereka semakin tidak takut kepada penguatkuasa negara.

Saya sangat percaya, jika kita terlalu menjaga kepentingan orang-orang seperti ini, ianya akan sama seperti di mana guru-guru dilarang merotan murid-muridnya suatu ketika dahulu, semuanya atas alasan kita sudah maju, tidak sesuai lagi dizaman sekarang.

Namun setelah beberapa puluh tahun berlalu, kini kita dapati bahawa kaedah merotan seperti yang diamalkan oleh datuk nenek kita dahulu, rupa-rupanya adalah yang terbaik..............

Akhirnya sistem merotan dibenarkan kembali, namun nasi sudah menjadi bubur.......................

Oleh itu didalam kes orang tahanan mati semasa proses penyiasatan ini, perlu difikirkan secara mendalam kaedah mengatasinya, salah satu caranya saya fikir ialah, jangan tangkap seseorang kalau sekadar setakat syak wasangka sahaja.



Tangkapan boleh dilakukan setelah suspek tersebut benar-benar diyakini melakukan kesalahan, setelah itu proses penyiasatan dibenarkan, maka jika berlaku apa-apa kejadian semasa siasatan, walaupun sehingga kematian, tidak lah kita ralat sangat, kerana orang yang ditangkap tersebut menurut maklumatnya, memang melakukan kesalahan.

Didalam kes Teoh ini saya menyokong hasrat Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan tidak akan 'sembunyi apa-apa' dan kerajaan sememangnya wajib bersikap seperti itu, jika tidak, adalah tidak mustahil negara akan menghadapi huru-hara kerananya.


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

Tiada ulasan: