Isnin, 19 Oktober 2009

Elak pisang berbuah dua kali

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak " pisang berbuah dua kali ".

Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila anggota parlimen Pasir Mas itu sanggup menentang calon BN dalam pilihan raya kecil 2005.

"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya umum lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang PAS," katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata sebagai mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli Umno.

Bazlan berkata, Ibrahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh PAS kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.

Sehubungan itu beliau meminta cadangan itu diabaikan dulu sebaliknya mengajak semua pihak memberi tumpuan dalam membangunkan semula Umno.

"Saya percaya BN sudah diterima oleh masyarakat dan peluang untuk BN menang dalam pilihan raya akan datang amat cerah," katanya.

Begitulah kisah orang yang bernama Ibrahim Ali yang merasakan dirinya jaguh di Kelantan tetapi rupa-rupanya dia sebenarnya tidak disenangi oleh ahli-ahli Umno sendiri.

Sikapnya yang tidak tahu mengenang budi itu akan sentiasa di ingati, terutama oleh Nik Aziz yang beria-ia mencalonkannya sebagai calon Pas tetapi terbukti akhirnya tindakan tersebut adalah satu kesilapan besar.

Oleh itu jika Umno pula bertindak menerimanya kembali, adalah jelas Umno sebenarnya menempah masaalah.

Lagi pun apa yang nak dirisaukan tentang Ibrahim Ali ini, beliau bukannya ada pengaruh, buktinya semasa PRU11 dulu, beliau sudah bertanding sebagi calon bebas tetapi tewas kepada calon Umno dan Pas sehingga beliau hanya mampu mendapat sekitar kurang dari 500 undi serta hilang wang pertaruhan.

Oleh itu adalah diharapkan supaya kedua-dua parti baik BN atau Pas agar tidak menerimanya kembali, biar dia terkontang kanteng keatas tidak kebawah tidak dan biarkan di PRU13 nanti beliau sekali lagi bertanding sebagai calon bebas.





1 ulasan:

pensel2B berkata...

Salam untuk saudara...
Datuk Paduka Ibrahim Ali tentu mempunyai prinsip peribadi yang unik. Kita tidak perlu menggesa sesiapa untuk menerima atau menolak beliau. Beliau akan tertolak sendiri secara semulajadi. Itulah akibat bagi orang yang memegang prinsip "tidak peduli apa orang kata". Sebenarnya kita MESTI peduli apa yang ALLAH kata (Quran).