Selasa, 8 Disember 2009

Arriffahmi Tidak Boleh Berperanan Lagi - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 7 Dis. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman tidak sepatutnya memainkan sebarang peranan dan membuat keputusan berkaitan organisasi berkenaan sepanjang tempoh tiga bulan notis pelepasan jawatannya.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pelantikan individu dalam PMBK bagi memangku jawatan Abdul Ariffahmi juga amat perlu, bagi memastikan CEO PMBK itu tidak membuat apa-apa keputusan terutamanya yang boleh memberi implikasi pengurusan dan kewangan.

"Bagi saya tidak wajar untuk seorang CEO apabila dia telah menyatakan notis tiga bulan untuk melepaskan jawatan, beliau tidak boleh lagi melakukan perkara-perkara yang boleh beri implikasi kepada perbadanan seperti kewangan, keputusan mengenai apa-apa projek dan sebagainya.

"Kedudukan beliau sebagai CEO tidak boleh disamakan dengan seorang kerani biasa kerana seorang kerani yang beri notis letak jawatan tiga bulan boleh datang kerja lagi sebab dia tidak memberikan apa-apa kesan tetapi CEO ini melibatkan keputusan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Isnin.

Abdul Ariffahmi yang juga menantu Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menyerahkan notis peletakan jawatannya pada 24 Dis ini berikutan pelbagai tekanan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sejak dilantik ke jawatan itu.

-- BERNAMA

Ulasan saya =

Bahawa sesungguhnya perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau lebih mesra di panggil Tok Guru oleh orang-orang Kelantan, telah mencalarkan nama Tok Guru tersebut.

Sepatutnya dari awal lagi Tok Guru menolak perlantikkan menantunya itu selagi beliau masih memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, tetapi entah dimana silapnya, tiba-tiba beliau menerima cadangan dari pihak-pihak tertentu itu, yang sebenarnya hanya mahu merosakkan reputasinya sebagai orang alim.

Kini walaupun Arif fahmi telah mengumumkan akan menyerahkan notis perletakan jawatannya pada 24 Dis ini, tetapi perletakan jawatan sebenar berkuatkuasa pada 23 Mac 2010, satu jangka waktu yang agak lama lagi. Didalam tempoh tersebut, tidak mustahil macam-macam boleh berlaku, yang sudah pasti akan menyesakkan nafas bagi mereka yang ambil peduli perkembangan didalam komponen Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya Umno sangat beruntung dengan berlakunya beberapa kesilapan yang pada mulanya disangka kecil, tetapi dari segi moralnya agak menjejaskan juga, walaupun beberapa tunjuk sokongan dilakukan disana sini, tetapi didalam hati tetap juga merasakan kurang enaknya.

Tetapi ini semua cabaran yang terpaksa di tempuhi oleh semua parti-parti politik di Malaysia ketika ini, yang secara kebetulan kita dapati semua parti bergolak, dari Umno, Mca, Mic, Gerakan, PPP, Pas, Pkr, dan Dap.

Munkin tahun 2009 ini adalah tahun pergolakan politik agaknya, oleh itu jika kita ibaratkan bidang politik ini adalah satu permainan bola sepak, maka masing-masing pasukan tidak boleh mendakwa bahawa pasukan mereka adalah yang terbaik,

Nampaknya semua pemain ada masaalah, ada yang patah kaki, ada yang terselioh tangan, ada yang benjol kepala.....................kira seimbanglah.

Yang menentukan kemenangan di final munkin pada 2013 nanti ialah, siapa yang boleh memanipulasi pengadilnya, didalam keadaan tersebut, Umno/BN tentulah memperolehi peluang yang lebih kerana dia yang diberi hak melantik pengadil dan penjaga garisan.

Walau macammana pun di pihak pembangkang juga ada kekuatan kerana munkin dia mendapat sokongan dari lebih ramai penonton, pengadil tak sedap duduk juga jika sipenonton asyik bersorak dari tepi padang dengan jeritan.............pengadil penipu......pengadil penipu.

Jangan lupa perangai penonton Kelantan, jika diaorang nak marah kepada pengadil, dilepuknya pengadil.... haa...ha...ha

Untuk kesudahan permainan bola ini kita tunggulah penamatnya pada 2013 nanti................................


Baca lagi lain-lain pandangan dibawah......


Mengapa Nik Amalina Tidak Mengadu Kepada Ayahnya?




Luahan Nik Amalina Undang Kritikan Balas



Ariffahmi akan jatuhkan Nik Aziz









Tiada ulasan: