Jumaat, 4 Disember 2009

SPRM dapat bos baru

Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa 1 Januari depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pelantikan timbalan ketua pesuruhjaya itu berikutan permohonan bertulis Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya khidmatnya dipendekkan kepada akhir tahun ini.

"Datuk Seri Ahmad Said Hamdan telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009.

"Bagi mengisi jawatan yang akan dikosongkan Ahmad Said, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] telah memperkenankan supaya Abu Kassim...dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Seluruh rakyat Malaysia sangat mengharapkan agar SPRM berjaya mengurangkan kadar jenayah rasuah di Malaysia sebagaimana kejayaan Singapura dan Hongkong yang di jadikan contoh ikutan berkaitan idea penjenamaan semula SPRM.


Namun sejak penjenamaan semula tersebut, kalau SPRM ini di umpamakan seperti seekor ular, maka di dapati " ular " SPRM ini hanyalah sekadar bersalin kulit, tetapi ekor, badan, kepala, dan lain-lain tetap seperti dahulu.

Apa yang paling tidak disenangi oleh mereka-mereka yang anti rasuah ialah, berlakunya penyiasatan terpilih. Apabila keluar berita, yang sebenarnya sekadar tuduhan sahaja terhadap pemimpin pembangkang, walau pun sekadar melibatkan ribuan ringgit didada akhbar, dan tidak ada aduan pun dari mana-mana pihak, tetapi SPRM akan cepat-cepat melakukan penyiasatan.


Namun apabila melibatkan pemimpin Kerajaan, walau pun melibatkan ratusan jutaan ringgit,
dan telah diadukan serta dengan bukti sekali, siasat juga, tetapi selepas itu diam, lama-lama keluar kenyataan.........tak cukup bukti.

Yang peliknya, tidak pula kita dengar, ada pemimpin kerajaan ditahan reman, untuk tujuan penyiasatan, tetapi kepada pemimpin pembangkang, yang mati dicampak keluar tingkap pun ada.


Itulah sebabnya pemimpin kerajaan tidak takut melakukan rasuah, kerana mereka tahu, mereka mesti lepas punya, yang penting mereka jangan melawan, sokong sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin utama.........selamat.


Lagi satu masaalah yang berlaku di Malaysia kita ini ialah wujud satu konspirasi diantara pihak yang berkuasa dengan pihak SPRM, akhirnya mereka akan saling tutup menutup dan saling memberi dan menerima..................... wah!!!! kalau macam ini, mana mahu habis rasuah.

Didalam keadaan yang sebegitu rupa, maka apakah kita boleh mengharapkan supaya Malaysia boleh mencontohi Singapura dan Hongkong dari segi rendahnya index rasuah ?

Jawabnya..........selagi belum muncul pemimpin utama, yang benar-benar tidak mengamalkan rasuah, benci kepada rasuah, maka harapan rakyat Malaysia yang ingin melihat negaranya berada setaraf dengan dua Negara tersebut, hanya tinggal menjadi mimpi di siang hari...................................................


Indeks rasuah Malaysia jatuh


Indeks persepsi rasuah Malaysia 2009

Indeks persepsi rasuah Malaysia 2009

Transparency International Malaysia telah mengiktiraf usaha Malaysia untuk menangani rasuah walaupun kedudukan pada indeks persepsi rasuah (CPI) tahun ini (2009) telah merosot.

Presiden TI-M Datuk Paul Low mengatakan, kedudukan Malaysia jika dibandingkan dengan negara lain didalam usaha membasmi rasuah, telah jatuh ke kedudukan yang ke-56 tahun ini daripada tempat ke- 47 pada tahun lalu, ini berdasarkan tinjauan di-180 negara.

Untuk rekod, Skor Malaysia adalah 4.5 dibandingkan dengan Singapura 9.2 pada ranking ke- 3, Brunei 5.5 ranking ke-39, Thailand 3.4 ranking ke-84, Indonesia 2.8 ranking ke-111, dan Filipina 2.4 pada ranking ke-139.


Kalau kedudukan Malaysia kekal seperti ini, macam mana nak tarik pelabur ni… Semakin merosot nampaknya.





2 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Salam sahabat, dah lama tak menulis dan kini menulis kembali, alhamdulillah - teruskan perjuangan dengan bersuara menyatakan kebenaran yang kita rasakan dan percayai ~ bRAVEhEART

ababina328 berkata...

Terima kasih kerana sdr masih tetap mengikuti tulisan saya.

Sebenarnya saya menulis mengikut mood, kadang-kadang saya rasa malas, tetapi apabila saya terbaca sesuatu berita yang membuatkan saya perlu melepaskan perasaan saya, maka saya tulis lah.

Benar ! tidak semestinya apa yang saya tulis itu betul mengikut persepsi orang lain, tetapi yang penting saya boleh melepaskan perasaan saya.

Itulah sebenarnya, saya menulis hanya sekadar melepaskan perasaan sahaja...
bukan ada apa-apa pun.

Walau macammana pun sekali lagi terima kasih sdr bRAVEhEART, semoga persahabatan kita dialam maya ini berkekalan.