Isnin, 26 April 2010

Apakah yang diinginkan oleh masyarakat Cina ?

Sejak selepas PRK Hulu Selangor semalam, banyak sekali saya membaca analisis yang ditulis oleh baik dari pihak pembangkang atau oleh pihak Umno, namun didalam banyak-banyak tersebut, saya tertarik dengan analisis oleh Dr Khir Toyo, bekas Menteri besar Selangor didalam blognya Dr Mohamad Khir Toyo




Didalam tulisan tersebut beliau kebingungan tentang beberapa perkara, walaupun bukan taraf saya untuk menjawab persoalan yang membelenggu di pemikiran Dr Khir, tetapi sebagai warganegara yang percaya kepada kebebasan bersuara selagi ianya tidak menyalahi undang-undang, maka izinkan saya memberikan pendapat saya....


Dr Khir bertanya......

5. Kerajaan sudah melakukan pelbagai usaha untuk memuaskan hati semua kaum termasuk kaum Cina. Ini termasuk memperkenalkan MEB, konsep 1 Malaysia, bantuan yang lebih besar kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, pemberian biasiswa kepada semua kaum dan pelbagai usaha liberalisasi perniagaan yang kononnya menjadi asas ketidakpuasan hati kaum Cina.

6. Ditambah lagi dengan pemulihan ekonomi negara dan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik, sudah tentu Perdana Menteri mengharapkan ada sedikit penghargaan dalam bentuk sokongan kepada usahanya. Malangnya ia berlaku sebaliknya, jumlah sokongan kaum cina kepada BN makin merosot. Seolah-olah segala usaha pembaharuan Datuk Seri Najib tiada makna kepada kaum Cina di kawasan bandar.


Pendapat saya berdasarkan persoalan diatas ialah,

Masyarakat Cina adalah satu masyarakat yang paling maju di Malaysia baik dari segi ekonomi atau pemikiran.

Jika Masyarakat Melayu dan India masih mengharapkan kepada kerajaan untuk memajukan diri sendiri tetapi masyarakat Cina sudah tidak perlukan itu semua, malah mereka mampu menolong Kerajaan memajukan negara melalui projek perumahan dan perniagaan.

Mereka membina kedai-kedai ditanah-tanah mereka yang berhampiran dengan bandar, melalui pembinaan tersebut telah menampakkan sesetengah bandar telah membangun sedangkan hakikatnya kalau mengharapkan kerajaan sudah tentu tidak mampu melakukan itu semua.

Terdapat peniaga Cina yang terpaksa memberi rasuah kepada penguasa Melayu bagi mendapatkan kelulusan sesuatu taraf tanah atau projek, sedangkan melalui projek tersebutlah maka kerajaan nampak berjaya membangunkan sesuatu bandar, nampak ada pembangunan di sesuatu bandar.

Jadi disini, bukan masyarakat Cina yang terhutang budi dengan Kerajaan, tetapi sebaliknya kerajaan yang terhutang budi dengan pengusaha Cina, begitu juga yang paling banyak membayar cukai pendapatan kepada kerajaan ialah peniaga Cina.

Saya percaya Dr Khir lebih faham tentang perkara ini, maklumlah Dr Khir pernah memegang jawatan Menteri besar Selangor agak lama.

Jadi persoalan yang ditanya oleh Dr Khir, " Malangnya ia berlaku sebaliknya, jumlah sokongan kaum cina kepada BN makin merosot. Seolah-olah segala usaha pembaharuan Datuk Seri Najib tiada makna kepada kaum Cina di kawasan bandar " terjawab.

Masyarakat Cina sebenarnya mahukan pembaharuan yang lebih menyeluruh, bukan sekadar soal pembangunan sekolah Cina sahaja tetapi meliputi soal kebebasan kehakiman, Mahkamah, Pendakwaraya, Polis, SPRM, dan lain-lain, yang bukan sahaja kalau boleh menandingi Hongkong atau Singapura, malah lebih dari itu.

Siapakah yang boleh dipercayai untuk melaksanakan ini semua ? Najib........? mereka tidak yakin, sebab terbukti, setelah Najib mengambil aleh pentadbiran negara, sistem kehakiman kita lebih teruk, rasuah lebih teruk, malah Najiblah, kepala perampas kuasa kerajaan PR pilihan rakyat di Perak dulu.

Habis kepada siapa lagi harapan rakyat yang maju pemikirannya, baik dari kaum apa sekali pun serkarang, kalau tidak kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Oleh itu, kalau kerajaan BN benar-benar mahu memenuhi inspirasi rakyat dan mahukan kembali sokongan dari mereka, terutama dari kaum Cina, gubal peraturan yang memberikan sepenuh kebebasan kepada badan keHakiman dan lain-lain institusi ini, letakkan badan-badan ini di bawah kuasa yang diPertuan Agong atau Parlimen.

Persoalannya, beranikah kerajaan BN melaksanakan ini semua ? saya percaya mereka tidak akan berani.......................






3 ulasan:

melayuangkat berkata...

Maafkan saya, tapi kalau Anwar Ibrahim lagi 1000 kali saya tak percaya.

Kalau orang Cina masih tak puas hati dengan Kerajaan Malaysia, dengan Tanah Melayu SILAlah fikirkan tempat alternative untuk berlabuh seterusnya untuk generasi mereka yang akan datang.

Saya diberitahu berpuluh ribu rakyat asing sedang menunggu mahu jadi rakyat Malaysia. Mereka boleh bila bila menggantikan tempat yang pergi. Orang yang banyak duit tak perlu bimbang, banyak negara akan sedia menerima mereka.

Kalau sudah tinggal di Malaysia setengah abad, masih tak berTerima Kasih, susah sangat nak menangi hati mereka, eloklah kerajan dari sekarang BERI PERHATIAN penuh pada kaum Melayu dan India.

Kaum Cina tak perlu kerajaan dan orang Melayu atau India, mereka banyak duit dan boleh survive sendirian..hanya jika ada kemalangan, yang mati perlu pada Polis Melayu nak tolong bawa mayat ke Hospital. Jarang bangsa mereka sendiri yang buat kerja macam ni.

Saya hairan susah sangat nak berTerima Kasih jadi rakyat Malaysia, pilihlah pergilah ke mana juga..carilah NEgara seperti Malaysia, PM macam Najib..carilah...Kalau jumpa baguslah.

Lintau Perak berkata...

Tulisan sdra membuktikan dengan jelas saudara sudah berjaya dipengaruhi oleh pemikiran Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP hasil peresapan ke dalam jantung PKR dan PAS.

Saya doakan semoga Allah bukakan semula pintu hati saudara agar terkeluar dari musibah yang akan memberi kesan kepada kesejahteraan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini.
Wallahua'lam.

redbox berkata...

salam..

tgk pd tahun 1999 undi melayu pd anwar..so seiring dgn masa si nuar bangsat ni pon menghasut pd hak sama rata..

n hari ni ramai melayu dah sedar agenda nuar ni..depan melayu kata bela melayu depan cina kata malaysia bukan melayu yg punya..

so dr situ lah org2 cina menolak bn..diorg nak hapuskan hak bumi...sy rasa kerajaan kena lakukan sesuatu pasal ni...maybe sejarah malaysia perlu dipertekankan..contohnya jus soli..

time tu org melayu cukup berlemah lembut dah..dulu kita bg kerakyatan dgn ganti hak kita terpelihara.. (pd pendapat sy tak perlu pon...mmg ni hak kita)

so skrg..sapa2 yg x mahu patuhi hak tu..kena lah angkat kain baju berambus dr malaysia..jadi warga israel pon ok..us pon..finland pon ok..mana2 lah..tgk lah tinggi rendah nya langit..

x pon balik cina sudah..