Rabu, 31 Disember 2008

POLIMIK BAHASA MALAYSIA, KENAPA ORANG MELAYU SERONOK MENGGUNAKAN BAHASA ASING ?

http://www.mpaj.gov.my/ProfileKeluasanPenerangan.aspx?IDPeta=16 http://www.kesedar.gov.my/nenggiri/BagaimanaUtkKeGM.htm http://www.jpph.gov.my/V1/index2mapcwg.php?versi=1 http://www.uniquemalaysia.com/


Persoalan tentang Bahasa Melayu memang tidak akan ada kesudahannya, walaupun telah 51 tahun kita merdeka, tetapi persoalan tersebut masih menjadi perdebatan dimana-mana sahaja.

Kalau kita perhatikan, bangsa Cina dan India bermati-matian mempertahankan SJKC dan SJKT
masing-masing, begitu juga tentang akhbar-akhbar berbahasa mereka, jumlah edaran mereka masih agak besar, jika dibandingkan dengan akhbar berbahasa Melayu, kalau mengikut jumlah penduduk.

Orang Melayu sangat berbangga menggunakan bahasa Inggeris, kepada yang tahu menggunakan bahasa Inggaris, mereka juga berbangga menggunakan bahasa Arab, kepada yang tahu berbahasa Arab, tetapi itu tidak apalah kerana ianya bahasa ilmu.

Tetapi yang menghairankan ialah, mereka juga berbangga menggunakan bahasa Siam, kalau tidak percaya, anda pergilah kenegeri-negeri yang didalam Malaysia, tetapi bersempadan dengan Thailand, penduduk disana sangat seronok menggunakan bahasa Siam.

Yang paling melucukan, apabila mereka tertemu dimana-mana didalam Malaysia, mereka dengan bangganya menggunakan bahasa Siam, walaupun mereka bercakap sesama mereka dikalangan orang Melayu.

Malah yang paling menyedihkan ialah orang Melayu
di selatan Thailand, walaupun mereka orang Melayu, tetapi generasi muda mereka, ramai yang tidak tahu lagi berbahasa Melayu dan Khutbah Jumaat mereka pun menggunakan bahasa Siam .

Inilah antara perkara yang paling menyedihkan berkaitan orang Melayu dengan bahasanya.

Tetapi sebaliknya, kita sangat sukar menemui orang Cina atau India atau lain-lain bangsa yang bercakap sesama mereka menggunakan bahasa Melayu, kecuali orang Cina peranakan Baba Melaka.

Begitulah kisah orang Melayu dengan bahasanya yang bagaikan tiada kesudahannya, perihal pengajaran matematik dan sains di dalam bahasa Inggeris pun masih tiada kesudahannya
malah Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu pula akan diadakan.


Sekian untuk kali ini .................




Isnin, 29 Disember 2008

APAKAH SERANGAN ISRAEL KEATAS GENTING GAZA ADALAH TAKDIR ?

Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka dihina begitu ?
Sebenarnya mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam, ilmu dunia tidak penting, yang penting, hanyalah ilmu untuk persediaan bagi akhirat, adalah orang yang bersalah besar.

Begitulah intipati coretan saya kali ini ................ untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca seterusnya .................


Israel terus mengganas



BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu. Berita seterusnya • Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza

Begitulah berita demi berita yang melapurkan keadaan terkini di semenanjung Gaza. Ekoran keganasan terbaru itu Malaysia bersama negara-negara lain telah mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza.

Itulah sahaja kemampuan negara-negara Islam diseluruh dunia termasuk Malaysia, sekadar mengutuk dan rakyat negara masing-masing mengadakan tunjuk perasaan dihadapan kedutaan Amerika Syarikat.

Untuk bertindak lebih jauh, kita tiada kemampuan, atau kepada yang panas baran, ada yang menyertai Jemaah Islamiah, seperti yang dilakukan oleh Allah Yarham Nordin Mohd Tob dan rakan-rakannya dengan melepaskan geram lantas mengebom Hotel di Bali, Indonesia, beberapa tahun yang lampau contohnya.

Semasa diambang kemenangan Barrack Obamma sebagai Presiden Amerika baru-baru ini, ada jugalah orang-orang Islam yang menaruh harapan kepadanya, tetapi selepas pengumuman bakal barisan kabinetnya, harapan orang-orang Islam kepadanya hancur berkecai.

Siapakah yang bersalah sebenarnya didalam perkara ini, kalau dikenang kembali sejarah Islam di zaman lampau, semasa di zaman keagungan Islam dahulu, kerajaan Islam dimasa itu pernah menjadi kuasa terkuat didunia, kalau sekarang ini,.... Amerika lah...........Tetapi setelah masa berlalu, kini kuasa Islam tiada lagi, kenapakah terjadinya demikian ?

Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka dihina begitu ?

Sebenarnya mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam, ilmu dunia tidak penting, yang penting, hanyalah ilmu untuk persediaan bagi akhirat, adalah orang yang bersalah besar.

Umat Islam dan ugama Islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran ini, dan kerana ajaran inilah maka umat Islam yang mendahului di bidang sains dan teknologi di suatu ketika dahulu, telah meninggalkannya, lantas diambil dan dimajukan oleh orang bukan Islam........ tetapi apabila kita menyoal mereka ini, mereka tidak mahu mengaku, tetapi mereka menyalahkan takdir.

Tuhan kononnya telah mentakdirkan supaya umat Islam melutut dan menyembah musuh-musuh Islam. Benarkah Tuhan menjadikan orang Islam supaya mereka dihina didunia? atau tidakkah semua ini berlaku kerana tafsiran berkepentingan orang-orang tertentu ?

Kita patut mengambil ikhtibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad S.A.W, tidak ada sesuatu yang lebih mulia disisi Nabi Muhammad S.A.W selain daripada AMANAH.

Baginda mendapat gelaran al'amin kerana beramanah. kerana amanah , baginda telah menyampaikan ajaran Islam yang benar.

Ajaran Islam yang di sampaikan oleh Baginda begitu baik, sehingga bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara kabilah-kabilah mereka telah dapat di damaikan dan dalam jangka masa dua ratus tahun, bangsa yang dahulunya hanya tahu merayau-merayau dipadang pasir telah menjadi bangsa yang kuat, berpengetahuan, dan mulia.

Dalam masa yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi.

Mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain, mereka berjaya menerokai bidang-bidang sains yang baru. Demikian juga orang lain yang memeluk agama Islam di zaman itu mencapai kejayaan yang besar di dunia.

Penduduk Asia tengah yang menjadi orang yang terawal memeluk agama Islam berjaya mengembangkan lagi bidang ilmu sambil memperluaskan lagi wilayah Islam. Demikian kesan Al-Amin Nabi Muhammad yang beramanah.

Kini kerana meninggalkan sifat Amanah tersebut, kita umat Islam sangat ketinggalan didalam bidang sains dan teknologi, kita bergantung sepenuhnya kepada negara bukan Islam untuk mendapatkan alat kelengkapan ketenteraan bagi mempertahan diri. Sehingga untuk mendapatkan teknologi Nuklier pun mesti mendapatkan kebenaran dari negara bukan Islam terlebih dahulu.

Negara Israel yang walaupun kecil jika dibandingkan dengan negara- negara Arab, tetapi kerana kekuatan ketenteraannya yang jauh lebih canggih dan tambahan lagi disokong oleh Amerika, maka tiada negara Islam yang berani bertindak balas.

Sampai bilakah trajedi ini akan berterusan, atau kita perlu menunggu munculnya Imam Mahadi yang akan menebus segala kelemahan umat Islam ?

Ingat Allah, tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu, melainkan umat itu sendiri yang mengubahnya.


Sekian sahaja untuk kali ini ........




[syahid.jpg]





Sabtu, 27 Disember 2008

MEMAHAMI, KENAPA BUKAN ISLAM MENENTANG HUDUD .

Banyak pihak telah terkeliru, kenapa orang-orang bukan Islam menentang negara Islam dan perlaksanaan Hukum Hudud ? sedangkan hudud adalah sama juga seperti sembahyang, iaitu
sesuatu yang wajib untuk dilaksanakan, baca di sini.

Sebenarnya hukum menubuhkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud adalah tidak sama dengan kewajipan melaksanakan Rukun Islam yang lima, ini adalah kerana penubuhan negara Islam akan melibatkan semua penduduk didalam negara tersebut manakala perlaksanaan Rukun Islam yang lima hanya melibatkan individu sahaja.

Selain itu, didalam negara Islam yang sebenar, taraf orang-orang bukan Islam, adalah warga negara kelas dua, iaitu adalah orang-orang yang dilindungi, kedudukan orang bukan Islam adalah tidak sama haknya dengan orang-orang Islam, mereka boleh mengundi, tetapi tiada
parti-parti lain, selain yang berideologikan Islam boleh bertanding, ini adalah bagi mengelakkan
negara terjerumus ketangan orang-orang yang sesat lagi menyesatkan .

Begitulah keadaan atau hakikat yang sebenarnya Negara Islam, tetapi didalam negara Islam sebenar, pemerintahanya adalah tersangat adil, kezaliman tidak dibenarkan termasuk kepada orang-orang bukan Islam, tetapi orang-orang bukan Islam di kehendaki membayar cukai kepala atau jizyah .

Didalam sejarah Islam, dinyatakan orang-orang bukan Islam, sangat seronok berada didalam pemerintahan orang-orang Islam, mereka bebas melakukan aktiviti sesama mereka, termasuk
melakukan upacara ugama mereka.

Tetapi, itu semua semasa di zaman keagungan pemerintahan Islam, sesama Islam, tiada hasad dengki, tiada iri hati, tiada mengejar kebendaan melampau seperti sekarang ini.

Tetapi sekarang ini, sesama Islam teruk, dengki mendengki menjadi-jadi, orang-orang Islam di Malaysia sekarang adalah juara segala-galanya.................... kecuali .........

Maka didalam keadaan seperti sekarang ini, apakah orang-orang bukan Islam mahu berada didalam negara Islam sebenar, sudah tentu mereka tidak mahu .

Ini adalah kerana, mereka sekarang ini berada didalam kedudukan sama rata dengan orang- orang Islam di sisi perlembagaan negara Malaysia, adalah tidak munkin mereka mahu undur kebelakang dan menjadi warga negara kelas dua pula.........

Munkin akan ada yang bertanya, kenapa dahulu boleh, ............. dahulu mereka tiada pilihan, semasa dahulu, mana ada sistem demokrasi seperti sekarang, negara orang bukan Islam semasa itu telah ditakluki oleh tentera-tentera Islam dan mereka tiada pilihan kecuali taat kepada pemerintahan Islam, sama ada suka atau tidak.

Oleh itu PAS usahlah berangan, kononya orang bukan Islam akan menyokong negara Islam, kalau kita jadi orang bukan Islam pun, didalam keadaan kita ada pilihan, kita tidak akan sokong negara Islam, oleh itu usahlah hairan jika Lim kit siang,
•Karpal Singh dan lain-lain menentang negara Islam sebenar .

Kalau setakat negara Islam tiruan seperti sekarang ini bolehlah ......... setakat Islam hadhari iaitu
Islam Tamaddun bolehlah, itu pun kadang-kadang ditentang juga.

Sebagai alternatif, Haji Hadi mencadangkan supaya Kanun jenayah syariah (2) kelantan dijadikan model, iaitu perlaksanaan hukum hudud hanya dihadkan kepada orang Islam sahaja.

Memang sebahagian kecil ulamak membolehkan perlaksanaan sebegitu rupa, tetapi sebahagian besar ulamak pula membolehkan ianya ditolak, kerana ianya boleh mengundang ketidak adilan kepada rakyat negara ini.

Sebagai contoh, orang Islam yang berzina dengan orang bukan Islam dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati, tetapi orang bukan Islam tersebut hanya akan didenda atau dipenjara
buat beberapa bulan atau tahun sahaja. Bolehkah kita menerima hukuman bunuh dan hukuman
penjara itu sama ?

Begitu juga jika dua orang, iaitu seorang Islam dan seorang bukan Islam berpakat mencuri dan disabitkan kesalahannya, sehingga layak dihukum potong tangan, tetapi orang bukan Islam tersebut hanya dikenakan penjara sahaja, bolehkah hukuman sebegini mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah seperti di Arab Saudi ?

Di Arab Saudi atau Iran yang melaksanakan hudud dengan jayanya, tetapi tanpa mengira siapa pun yang melakukannya, akan dihukum sama rata, barulah mengikut hukum Hudud Islam yang sebenar.

Kalau setakat dilaksanakan keatas orang Islam sahaja, memang patutlah kalau Tun Dr.Mahathir semasa menolak perlaksanaannya di Kelantan dahulu, memanggilnya Hudud PAS.

Ianya hanya setakat untuk menutup malu PAS, kerana telah memberi janji kepada pengundi diKelantan dan Trengganu untuk melaksanakan Hudud sejak puluhan tahun lampau, tetapi bukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang sebenarnya .

Oleh itu PAS perlulah rialistik dan menerima hakikat bahawa tidak munkin, sampai bila-bila pun
Malaysia boleh menjadi negara Islam sebenar, selagi sistem demokrasi menjadi asas pemerintahan negara ini.

Apakah kerana mahu menubuhkan negara Islam sebenar, kita sampai sanggup melakukan rampasan kuasa, baik melalui tentera atau lain-lain cara, seperti apa yang cuba dilakukan oleh kumpulan Al-maunnah dahulu ?

Kita semua tahu, dan mengakui bahawa, sehingga sekarang ini, sistem demokrasi adalah yang terbaik, walau pun ada juga keburukannya, tetapi jauh lebih baik dari sistem feudal lama, seperti sistem beraja berkuasa penuh, atau Presiden berkuasa penuh .

Kebaikan sistem demokrasi ialah, jikalau kerajaan tersebut tidak disenangi oleh rakyatnya, maka rakyat di negara tersebut boleh menjatuhkan kerajaannya melalui pilihan raya sedangkan didalam sistem beraja lama pilihan tersebut tidak ada .

Sudah sampai masanya PAS perlu berubah dan menghentikan zaman angan-angannya,
hasrat dan cita-cita menubuhkan negara Islam tetap ada, malah sebagai seorang Islam yang taat kepada agamanya mesti ada, tetapi kita tiada keupayaan, oleh itu Perlembagaan PAS perlu dipinda, kepada menubuhkan negara Islam setakat yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia sahaja .

Usahlah malu, takut nanti dituduh seperti UMNO, kerana PAS tetap ada kelebihannya berbanding UMNO, pemimpin PAS kebanyakannya lebih menghayati Islam berbanding pemimpin UMNO, contohnya MB Perak yang serba boleh YB Nizar Jamaluddin dan ramai lagi yang sepertinya.

Selagi PAS gagal menjadi lebih realistik dengan hakikat keadaan politik negara ini , maka selama itulah hubungannya dengan lain-lain parti komponen nya didalam pakatan rakyat akan terus bermasaalah dan tidak mustahil Pakatan Rakyat akan hancur dek kerana kedegilan PAS.

Jikalau Pakatan Rakyat hancur, maka hancur jugalah harapan sebahagian besar rakyat Malaysia untuk melihat perubahan didalam pentadbiran kerajaan, dan UMNO akan terus menerajui pemerintahan negara, walaupun UMNO sekarang penuh dengan berbagai-bagai masaalah.

Kekalnya UMNO bukan bererti UMNO bagus, tetapi kerana Pakatan Rakyat lemah oleh kerana PAS terus dengan semangat Hudud nya, yang tidak munkin berjaya dilaksanakan.

Allah tidak akan memaksa umatnya melakukan apa yang tidak terdaya atau tidak mampu dilakukan oleh umatnya, tambahan pula jika apa yang tidak mampu dilakukan itu, jika dilakukan juga, boleh membawa kemudharatan, dan kemusnahan kepada penganutnya .

Sekian sahajalah ....................









Khamis, 25 Disember 2008

ONG TEE KEAT CABAR DAP BOIKOT P36 KUALA TREGGGANU

Berdasarkan tajuk berita diatas, nampaknya kesan dari kenyataan politik Husam Musa berkaitan hukum hudud di Kota Bharu tempoh hari, masih panas, cabar mencabar terus kedengaran, baik dari UMNO kepada PAS atau dari MCA kepada DAP, lebih-lebih lagi pilihan raya kecil P36 Kuala Trengganu semakin hampir.

Sebenarnya perkara berkaitan hukum Hudud, dan Negara Islam sepatutnya tidak menjadi satu masaalah besar, sehingga boleh meretakkan hubungan diantara sesama parti didalam Pakatan Rakyat, atau diantara PAS dengan UMNO.

Yang paling penting semua harus faham bahawa, bagi orang Islam wajib ada didalam diri setiap muslim hajat atau cita-cita untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud
jika termampu, baca s.i.n.i dan s.i.n.i serta di s.i.n.i untuk memahami tentang hukum hudud .


Cumanya ianya menjadi masaalah, ialah apabila PAS sering menuduh UMNO tidak mahu melaksanakan hudud, atau tolak hudud, tetapi perkara ini berlaku pada pendapat saya adalah berpunca dari UMNO juga.

Munkin anda masih ingat, semasa ditahun 60an, dan 70an dahulu, ketika itu masih di awal era kemerdekaan, diketika itu UMNO semasa cuba mematahkan hujah PAS semasa kempen pilihanraya dikampung-kampung, terutama di Kelantan dan Trengganu yang menjadikan Hudud diantara salah satu perkara penting didalam kandungan manifestonya telah menyatakan bahawa
jika hudud dilaksanakan diMalaysia, maka habis lah tangan orang-orang Melayu kena potong, dan jika hukum rejam kepada penzina dilaksanakan, habislah batu, nanti kita nak buat jalan raya tak ada batu lagi dah.

Di masa itulah kemuncaknya isu kafir mengkafir, sehingga berlaku sembahyang Juma'at berasingan .

Tetapi ketika di awal era 80an, iaitu diketika Anwar Ibrahim mula menyertai UMNO
keadaan telah berubah, pendekatan UMNO menhadapi isu hudud turut berubah, UMNO dibawah kepimpinan Tun Dr.Mahathir (ketika itu Datu Sri ) membawa pendekatan bahawa
UMNO bukan tidak mahu, tetapi perlu diteliti untuk mengatasi beberapa kelemahan .

Antara kelemahan-kelemahan dan kelonggaran yang terdapat dalam Hudud PAS itu menurut mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad itu ialah, di mana hukum tersebut tidak dibuat melalui proses mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan akidah feqah yang syaamil.

Kajiannya amat terhad dan tidak boleh ditafsirkan sebagai selari dengan kaedah feqah untuk mencapai muslihat ummah. Undang-undang itu juga hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam dikenakan mengikut Undang-undang Jenayah biasa, perbezaan antara kedua-duanya amat ketara, tidak mencerminkan keadilan dalam apa jua sistem nilai dan agama. Justeru itu maka Hukum Hudud yang ditaja oleh PAS itu terpaksa ditolak dan dikaji semula.

Pendekatan lembut UMNO itu telah melemaskan PAS, tetapi masih menyerang dengan menuduh UMNO tidak mahu kepada Islam, UMNO tolak hudud, UMNO tolak negara Islam .

Kenapa PAS masih boleh bersikap begitu ?

1- Kerana sasaran utama PAS adalah di Kelantan dan Trengganu yang penduduk bukan Islamnya adalah sedikit.

2- Kerana PAS pada ketika itu belum yakin untuk memperolehi kemenangan sehingga boleh memerintah dinegeri yang majoriti orang Islam nya kurang .

3- Anda boleh tambah sendiri .........................................................................

Kini selepas pilihan raya umum ke12 yang lalu, keadaan telah berubah, tiba-tiba PAS mendapat
dua orang Menteri Besar dari partinya, di negari yang belum pernah di kuasainya sebelum ini, walaupun di negeri Perak, PAS menang kecil sahaja.

Kini PAS juga sedar, bahawa tanpa sokongan orang bukan Islam, munkin PAS tidak boleh memerintah, cumanya masaalah besar ialah, selama ini PAS telah berjanji kepada penyokongnya untuk menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Haji Hadi pernah menyatakan bahawa jika PAS berjaya memerintah, tafsiran Islam sebagai Agama resmi akan ditafsir semula, sekarang difahami Islam sebagai Agama perasmian, tetapi jika PAS memerintah menurut Haji Hadi, Islam adalah ADDIN, maka perlembagaan Negara tidak perlu lagi dipinda untuk melaksanakan hukum Hudud.

Apakah benar begitu ? wallahhuaklam ...........................

Persoalannya sekarang ini ialah, apakah PAS boleh memerintah Malaysia ? Jawapannya ialah PAS hanya boleh memerintah Malaysia dengan sokongan lain-lain parti dari gabungan Pakatan Rakyat, Sama seperti UMNO, yang hanya boleh memerintah Malaysia dengan sokongan dari parti-parti komponen Barisan Nasional .


Oleh itu cakap-cakap jika PAS memerintah, adalah cakap-cakap politik sahaja, kerana PAS tahu tanpa keizinan parti-parti gabungannya didalam Pakatan Rakyat, tidak munkin hasrat PAS tersebut boleh menjadi kenyataan, baca di sini


Ada cadangan supaya PAS dan UMNO bergabung supaya hasrat merialisasikan Negara Islam dan Hukum Hudud tercapai .

Jika ini berlaku, maka suhu politik Negara menjadi tersangat panas, kerana orang-orang bukan Islam akan bersatu dan menentangnya dan kemunkinan akan ada campurtangan dari negara luar, apakah kita mahu kes di Iraq dan Afganistan berlaku di Malaysia ?

Munkin orang PAS akan marah kepada saya dari kenyataan seperti ini, mereka akan kata saya pengecut, kalau mati pun kata mereka, ketika mempertahankan negara Islam, akan mati Syahid.

Entahlah ............... betul juga kata mereka..... anda bagaimana ?

Maka diketika inilah perbezaan pendapat diantara mahu atau tangguh dibolehkan, apabila ada halangan yang besar didalam melaksanakan sesuatu yang asalnya wajib, dibolehkan kita memilih diantara salah satunya .

Saya rasa ramai pemimpin PAS sekarang yang memilih tangguh, tetapi malu, takut nanti dikatakan mengikut UMNO pulak, mahu tidak mahu terpaksalah bercakap atas dasar politik sahajalah .

Sampai bila cakap politik ini akan berlaku ?

Sampai Pakatan Rakyat berjaya memerintah, diketika itu hujjah dibolehkan memilih mudharat yang lebih kecil dari menghadapi mudharat yang lebih besar akan kedengaran dari mulut pemimpin PAS .


Sekian Sahajalah .





Selasa, 23 Disember 2008

SUATU PENGAJARAN BUAT UTUSAN MALAYSIA

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

mahfuz omarPesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya memutuskan perkataan yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Demonstrasi-Mahfuz isytihar bersama Keadilan" pada 4 Mac, 2001, adalah fitnah dengan niat untuk mencemarkan reputasi Mahfuz.

Demikianlah antara kandungan berita yang diterbitkan oleh Malaysia
kini harini dengan tajuk Mahfuz menang RM120,000 saman Utusan
disamping itu, masih ada satu lagi saman yang menanti juga terhadap Utusan Malaysia, tetapi kali ini Utusan tidak kesaorangan tetapi ada teman iaitu bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo .

Ahli parlimen DAP Teresa Kok yang memfailkan saman fitnah tersebut dengan kos
Khir Toyo, Utusan disaman RM30 juta

teresa kok khir toyo utusan malaysia lawsuit 231208 03Dalam tuntutannya, ahli parlimen Seputeh (foto) mendakwa Dr Mohamad Khir memetik coretan blog 'Pembela Melayu' dan membuat tuduhan salah terhadap plaintif pada 26 Jun lalu.

Plaintif menamakan ketua pembangkang di Dewan Undang Negeri Selangor itu sebagai defendan pertama, sementara penerbit harian itu Utusan Melayu Bhd sebagai defendan kedua.

Akhbar berpengaruh itu didakwa menerbitkan kata-kata defendan pertama berhubung perkara tersebut bertajuk 'Ada usaha larang azan di masjid Selangor' pada 8 Sept lalu.

Teresa berkata tuduhan dua defendan itu tidak berasas, berniat jahat dan membawa maksud beliau bersifat perkauman, seorang ahli politik yang anti-Islam dan tidak bertolak ansur.

Plaintif juga mendakwa tuduhan kedua-dua defendan telah menyebabkan beliau ditangkap dan ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 12 Sept lepas.

Berdasarkan apa yang berlaku ini, adalah diharapkan ianya menjadi suatu pengajaran berguna dimasa depan kepada Utusan Malaysia .

Saya tidak dapat membayangkan apakah BISIK-BISIK AWANG SELAMAT akan membuat komennya terhadap berita ini, tetapi yang pasti, sehingga coretan ini saya tulis, belum keluar
lagi beritanya didalam berita terkininya, munkin Awang Selamat malu untuk mengulas terhadap
berita ini, maklumlah biasanya ulasannya terhadap apa-apa yang berlaku kepada pembangkang adalah pedas-pedas .

Walau macam mana pun kita masih menunggu ulasan dari Awang Selamat .................


Sekian sahaja ...........................



Isnin, 22 Disember 2008

PAS TERSEPIT DENGAN HUKUM HUDUD TETAPI UMNO SELESA




Assalamualaikum, saya tertarik untuk mengambil bahagian, mengulas tentang hasrat Pas tetap laksana hudud seperti ditegaskan oleh naib presidennya Datuk Husam Musa semasa debat Wacana Transformasi Politik Negara di Balai Islam Lundang di sini malam kelmarin.

Menariknya hari ini pula Husam menyatakan Lambat lagi laksana hudud. ini semua ada kena mengena dengan bantahan dari DAP bantah hasrat laksana hudud yang disuarakan oleh setia usaha agongnya Lim Guan Eng .

Sebenarnya didalam bab hukum hudud ini, PAS berada didalam keadaan serba salah, ini adalah kerana sejak puluhan tahun lampau, PAS telah menjadikan hukum hudud sebagai salah satu
simbol perbezaannya dengan UMNO.

Mereka telah menwar-warkan dikampung-kampung bahawa PAS akan laksanakan hukum hudud, jika berjaya memerintah, sedangkan UMNO tidak mahu, isu hudud juga menjadi salah satu dari faktor kes mengkafirkan pengikut UMNO satu ketika dahulu dan munkin sekarang masih ada lagi .

Oleh itu, setelah puluhan tahun negara Islam dan Hudud dijadikan penambat hati pengikutnya,
dan sesetengahnya telah sebati dengan hasrat tersebut, maka bukanlah perkara mudah bagi para penyokong PAS untuk menerima kata-kata bahawa PAS tidak munkin berjaya menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di Malaysia .

Sebab itulah apabila Husam Musa diasak oleh Khairi Jamaluddin didalam debat tersebut dengan
masalah perlaksanaan Hukum Hudud, cepat-cepat Husam Musa menjawab bahawa jika PAS berjaya memerintah PAS TETAP akan melaksanakannya.

Sebenarnya jawapan tersebut, adalah jawapan politik semata-mata, sebabnya Husam tahu adalah tidak munkin PAS berjaya memerintah berseorangan, didalam keadaan penduduk Malaysia yang berbilang kaum, pendapat PKR dan DAP sebagai rakan kongsinya mesti diambil kira .

Oleh itu, sampai bila-bila pun UMNO akan selesa dengan kes hukum hudud ini, kerana UMNO dari dahulu lagi telah mengambil pendirian yang lebih realistik tentang perkara ini.

Hasrat Haji Hadi untuk melaksanakan hukun hudud keatas orang Islam sahaja pun, mengundang pelbagai pendapat dikalangan ulamak sendiri, apakah wajar didalam negara wujud
dua undang-undang, iaitu satu untuk orang Islam dan satu lagi untuk orang bukan Islam.

Betul sekarang pun telah wujud, dua undang-undang, iaitu undang-undang sivil dan undang-undang syariah, tetapi tidaklah melibatkan kes yang besar-besar seperti hukum hudud.

Maka didalam keadaan seperti ini, jika PAS mahu kembali menjadi rialistik dengan keadaan
politik negara, sudah tentulah akan menerima ejekan dari penentangnya seperti komen ini
Perak Bangkit
Kau terencat akal ker Husam?


Sebenar nya PAS semakin tersepit dengan hukum hudud, maka kepada para penentang PAS kasihanilah kawan kita itu, jangan lah ketuk kepala dia kuat-kuat..............


Sekian sahaja kali ini ........jumpa lagi .....







Ahad, 21 Disember 2008

DATUK SRI NAJIB WAJAR TERIMA SEMULA IBRAHIM ALI MASUK UMNO

Salam sejahtera, saya memilih tajuk diatas adalah kerana, setelah membaca tulisan sdr nobisha
didalam DEBAT RAKYAT, suatu himpunan tulisan para blogges dari seluruh negara yang ber jumlah lebih dari seratus, di dalam tulisan bertajuk IBRAHIM ALI YAKIN BN MENANG DI P36 KUALA TERENGGANU -

Dengan penuh kenyakinan, Ibrahim Ali mengisytiharkan "BN kena menang dan akan menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu".Ibrahim Ali kata, dia yakin BN akan menang dengan majoriti kurang dari 1,000 undi.





Saya bukanlah cuba mahu mempertikaikan apa yang diyakini oleh Ibrahim Ali tersebut, tetapi kalau kita fikirkan .........apakah kita boleh menilai hati para pengundi di Kuala Trengganu secara
tepat, tambahan pula Ibrahim Ali adalah orang luar, maka andaiannya itu hanyalah satu pandangan beliau sahaja. tambahan pula kalau diteliti hujah Ibrahim Ali selanjutnya, seperti berikut ........

Banyak isu-isu besar yang menyebabkan rakyat menolak BN dalam PRU12 telah diatasi. Selain itu, pengundi atas pagar dan penyokong UMNO yang mengundi PAS dan PKR dalam pilihanraya dulu sudah kembali kepada UMNO. Puncanya ialah mereka tidak yakin kepada kemampuan PAS untuk menjaga kepentingan Melayu-Islam, hujah Ibrahim Ali.

Katanya lagi, kegagalan Dato Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pada 16 September juga menyebabkan rakyat sedikit-sebanyak hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat.

Saya berpendapat, hujah Ibrahim Ali diatas hanyalah pandangan dangkalnya semata-mata yang tidak munkin sama dengan pemikiran orang-orang di Kuala Trengganu.

Bagi saya, segala luahan tersebut, sangat jelas memberitahu bahawa Ibrahim Ali telah meluahkan isi hatinya bahawa dia masih sayang kepada UMNO, dari perasaan sayanglah maka timbul pendapat yang sedemikian itu, lagi pun tawaran dari Nik Aziz supaya dia menyertai PAS
langsung tidak dihiraukannya .

Selain itu, cuba kita tanya pendapat orang yang condong kepada PAS atau PAKATAN RAKYAT
saya rasa sudah pasti orang tersebut akan memberikan berbagai-bagai alasan yang menyatakan bahawa PAS pula yang akan menang.

Kalau kita teliti sejak beberapa bulan terakhir ini , Ibrahim Ali yang walau pun menang sebagai
ahli Parlimen di Pasir Mas Kelantan pada pilihanraya ke12, awal 2008 yang lalu atas tiket PAS, tetapi boleh disifatkan sebagai satu sedekah dari PAS, saya berkata begitu kerana pada pilihanraya ke 11 pada tahun 2004, beliau bertanding atas tiket bebas dengan kekuatan dirinya sendiri, tetapi tewas sehingga hilang wang pertaruhan kerana mendapat 500 lebih undi sahaja, lebih kurang sama dengan undi Nenek calun bebas di Parlimen Kuala Trengganu 2008 yang lepas.

Satu lagi, rekodnya sejak beberapa bulan lepas menunjukkan dia tidak membunyai semangat PAKATAN RAKYAT, buktinya, dia juga pernah muncul di Astro awani bersama-sama ahli Parlimen Muar kalau tidak silap saya, begitu jelas sekali dia memperlekeh-lekehkan Datuk Sri Anwar Ibrahim dengan memek-memek mukanya sekali .

Maka berdasarkan apa yang berlaku, sangat jelas bahawa sebenarnya Ibrahim Ali masih sayangkan UMNO.

Oleh itu di sini saya mencadangkan kepada Datuk Sri Najib, apabila menjadi Perdana Menteri dan Presidan UMNO selepas bulan Mac 2009 ini nanti......ajenda utama yang perlu beliau dilakukan ialah, menerima semula kemasukan Ibrahim Ali kedalam UMNO.

Kepada Ibrahim Ali pula, saya mengingatkan beliau supaya cepat-cepat membuat surat permohonan untuk masuk UMNO semula, apabila masuk sahaja bulan Feb 2009 nanti, bukan apa saya bimbang pintu yang terbuka tiba-tiba tertutup pula.........habislah peluang nanti .

Sekian Sahajalah ............ jangan marah ........nanti kena jual .